"Kau tak rasa ke... Kau patut bersama dengan isteri kesayangan kau?" sinis Tengku Adrian berkata pada Edric. Mukanya kemerahan menahan marah di hadapan Tengku Adrian. Dia tidak faham dengan masalah mamat ini. Dia mahu apa?
"Huh, aku dah hantar anak buah aku untuk jaga isteri aku" Edric menjawab pertanyaan oleh Tengku Adrian dengan nada dingin. Tengku Adrian memeluk tubuh badannya lalu mengeluh kecil. "Kau... Kau tahu Caolan.. Dah mati kena tumbuk dengan Farhan?" tersentak Edric mendengar kata - kata Tengku Adrian.
Tidak mungkinlah budak yang perangai mengalahkan beruk boleh mati dengan mudah? Dan siapa pula Farhan? Namanya seakan dia pernah dengar cuma dia tidak ingat.
"Moga - moga... Isteri kau selamatlah ye!! Adios!" Apabila Tengku Adrian cuma meninggalkan gudang usang itu, langkahnya terhenti apabila dia melihat lelaki sedang mengacukan pistol.
"Huh mainan jenis apa ini Edric? Mudah sangat" sinis dia berkata. Edric masih terkaku bagaikan tidak mendengarkan kata - katanya. Dia ingat dirinya terlalu bodoh? Jangan harap! Semua kawasan itu sudah dikepung dengan polis Malaysia, Tengku Adrian tidak akan berjaya melarikan diri!
"SIAL!!" Jeritan kata - kata kesat disebut oleh Tengku Adrian. Malang tidak berbau, tembakan dari pistol Tengku Adrian mengena tepat di bahagian dada Edric. Terlalu leka sehingga tidak menyedari musuh sudah mengacukan pistol.
Tubuh badan Edric terbaring tidak bergerak. Hanya jari jemarinya sahaja mampu begerak cuba untuk capai pistol disebelahnya. Tengku Adrian gelak sinis pada Edric. Baginya dia rasa sungguh kelakar melihat Edric cedera.
BANG!!!!
Tembakan terkena dibahu Tengku Adrian menyebabkan dia terjatuh sujud ke lantai. Dani memandang tajam ke arah Tengku Adrian. Dia mula bergerak ke arah Tengku Adrian dan menendang pistol yang dipegang oleh Tengku Adrian jauh darinya. Tak pasal - pasal dia pula jadi mangsa keadaan kerana ditembak oleh Tengku Adrian.
"Tahan dia" Dani memberikan arahan pada Affandy dan Saiful untuk gari Tangan Adrian. Tengku Adrian adalah orang yang paling dikehendaki. Dia terlibat dalam penyebaran dadah jenis Flakka Drug yang sangat bahaya. Dadah sejenis Flakka Drug itu mampu membuat pengguna menjadi seperti mayat hidup atau nama lainnya Zombie.
Pengguna dadah itu akan berada di imaginasi mereka sendiri dan akan memandang orang di sekitarnya sebagai mangsa. Maka mereka akan mula menyerang mereka dalam keadaan tanpa sedar kerana dalam keadaan pengaruh dadah itu.
Bukan itu jer, dia juga terlibat beberapa kes pembunuhan ngeri di negara asalnya dan pembunuhan keluarganya. Memang Tengku Adrian ini manusia paling Psiko yang dia pernah jumpa. Edric pun tak Psiko sepertinya.
Matanya memandang Edric yang terkaku baring di atas lantai itu. Boleh nampak ada kesan darah sedang mengalir dari kesan tembakan itu. Muka Edric sudah mula naik kebiruan kerana kehilangan banyak darah.
Jeritan kuat memanggil pasukan penyelamat untuk mengangkat Edric ke hospital. Sempatlah juga dia hentikan pendarahan di dada Edric. Kalau tak hentikan... Memang matilah si Edric itu. Badan Edric diangkat untuk masuk ke dalam perut ambulans.
Tiba - tiba dia tahan tangan Dani. Mulut birunya cuba untuk bercakap sesuatu. Kepala Dani didekatkan untuk memudahkan dia dengar kata - kata Edric yang cukup pelahan macam nak berbisik. "Selamatkan... Arluna.... Da... Dari Farhan..." itulah kata - katanya. Dan badan Edric diiringi masuk ke dalam Ambulans.
"Arluna? Siapa pula-"
RINGGGGGGG!!!!!
Tersentak Dani apabila mendengar bunyi deringan telefonenandakan ada seseorang membuat panggilan telefon. Mata meliar mencari telefon pinyar yang berbunyi itu. Jauh nun sana terdapat telefon jenis samsung yang terbaru tercampak jauh.
YOU ARE READING
1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√
RandomDia memandang tepat ke arah anak mata aku sambil mengacukan sepucuk pistiol ke arah pipi aku. "Aku tahu kau takut. Aku tak nak buat apa - apa kat kau. Aku cuma nak pertolongan kau. Panggil bodyguard kesayang kau jumpa aku" "Kalau aku tak nak? Apa ka...