Bab 13

1.1K 97 2
                                    

"HELLO, my bestie!!" Tengku Adrian senyum manis sambil menyapa semua orang yang berada di ruang tamu. Aku menyorok di belakang Tengku Adrian seperti budak hingusan.

"Arluna... Kau okay?" Haziq berlari ke arah aku tanpa mengendahkan Tengku Adrian. Muka Tengku Adrian berubah kosong dia memegang tangan Haziq dengan kuat sehingga tangan Tengku Adrian menunjukkan urat. Haziq mengerut mukanya, aku tergelak kecil.

"Opss!! Kau nak pergi mana Haziq?" Tengku Adrian bertanya dengan lembut.

"Aku nak pergi dekat bakal tunang aku, engkau ke tepi" dia menolak tubuh badan Tengku Adrian.

"Jadi gentle sikit Haziq. Kau dah lupa apa aku cakap? Aku ni tunang dia" Tengku Adrian merenung anak mata milik Haziq. Haziq tersenyum sinis padanya.

"Kau agak - agaklah nak menipu Adrian. Aku dah tanya sendiri dekat mak ayah Arluna..diaorang jata Arluna tak berpunya dan tak bertunang. So? Aku dah tunang dengan dia dan dia akan jadi milik aku" dia menarik tangan aku dengan kuat, aku meronta meminta di lepaskan.

"Fuck off Haziq. Kau kena ingat, dia sentiasa dengan aku. Atau lebih tepat, dia aku punya. Tak ada siapa boleh sentuh hak milik aku atau dia sendiri yang nak sangat jumpa tuhan" suara garangnya memberikan amaran dari Tengku Adrian.

"Kau... Memang tak ada perasaan malu kan? Dah buli anak dara orang sampai buat orang tu nak bunuh diri... Memalukan" Tengku Adrian ketawa sinis ke arah Haziq. Tengku Adrian menepuk bahu Haziq untuk beberapa kali.

"Untuk pengetahuan engkau... Aku yang selamatkan si Arluna dari bunuh diri... Jaga dia dari jauh... Dan selamatkan dia dari jantan tak guna macam engkau. Sedih betul aku jumpa orang macam engkau kan? Sanggup ambik kebahagian orang selepas kau buat benda jijik dekat orang tu"

"Kamu tak ada bukti nak tuduh Haziq!" jerit ibu Haziq. Aku sudah agak memang pasti si Ibu akan backup si anak. Sudah muak aku melihat drama seperti ini.

"Tak ada bukti? Miss i ada bukti yang sangat kukuh. Arluna Irasyah si mangsa buli yang dibuli oleh Haziq. Sweety you patut datang kedepan dan cakap apa yang patut" Tengku Adrian menolak lembut tubuh badan aku. Aku memandang melihat rupa ibunya yang sudah menunjukkan perangai sombongnya.

"Memang dia buli aku. Dia pukul kepala aku, tendang aku, dia dera perasaan aku cukup - cukup. Buat aku hilang kawan. But thank you for allah sebab sanggup hantar manusia yang mampu terima diri aku dengan baik. Siapa manusia itu? Manusia itu adalah Sofia dan Amir" aku menunding ke arah Sofia dan Amir. Mereka tersenyum kerana terharu mendengar kata - kataku.

"Also thank you juga hantarkan jejaka yang kacak apatah lagi baik. Selamatkan aku dari bunuh diri, jaga aku, pandai berjenaka dengan aku" Tengku Adrian sidah kembang kempis hidungnya kerana aku memujinya.

"But aunty kena ingatlah sesuatu, perasaan saya ni kosong sebab anak aunty. Dulu aku yang ceria berubah jadi pendiam. Aku yang lembut berubah jadi kasar sebab apa? Sebab anak engkau. Thank you layan aku macam sampah" aku memandang muka Haziq. Dia menunduk tahan malu.

"Kalau anak aunty bagi hantaran 100k pun saya tak nak terima dan tak hamak pun nak duit tu. Sebab saya dah jumpa lelaki lebih baik" aku mengeyit ke arah ibu Haziq.

"Keluarga Haziq rasanya dah boleh balik kut? Dengan rasminya saya menolak pinangan Haziq. Okay dah boleh kemas ye? Jangan lama - lama" aku menepuk tangan aku dengan kuat sambil mengomel meminta mereka keluar dari rumah ini.

"Arluna.." Haziq menyeru nama aku. Menyusah betullah mamat ni.

"Bodyguard~"

"Ai ai medam!" Tengku Adrian membawa keluar Haziq dari rumah aku. Aku tersenyum puas. Bagus dah tak ada sampah dalam rumah aku ini!

SUAMIKU ENCIK BODYGUARD

"Yeah... Boleh duduk dengan tenang" aku menghempas punggungku di sofa. Ibu baling bantak sofa ke arah aku.

"Kamu ni kan cuba duduk tegak sikit? Ini duduk macam dah cair. Dahlah ada tetamu lepas tu kamu duduk macam lelaki eee" Ibu mengomel ke arah aku.

"Macam manalah kamu duduk dekat rumah Tengku Diana?" ibu meraup mukanya sambil membayangkan perangai aku di rumah Teng Diana.

"Alah aunty dia okay jer dekat rumah saya. Dia siap masak dengan mak saya tau!" Tengku Adrian mula backup aku. Allhamdullilah jumpa juga manusia yang akan backup aku bila ada masalah.

"Iyelah iyelah, tapi siapa yang lelaki Arluna cakap tu?" Ibu sudah bersinar mata memandang aku. Muka aku sudah dibasahi dengan peluh. Tengku Adrian memandang aku tidak sabar untuk menyebut namanya.

"Dia..."

"Siapa dia?"

"Tengku Adrian..." pelahan aku menyebut namanya. segala darah dalam tubuh badan aku terus naik ke muka. Rasa nak menyorok jer sekarang ini.

"Lah? Tengku Adrian? Kalau macam itu, Adrian kamu tak nak hantar rombongan ke? Tak oun ajak Mak Ayah kamu datang rumah ni?" ibu memberikan cadangan kepada Tengku Adrian. Dia mengangguk laju lalu dia mengeluarkan telefonnya.

"Ibu!! Tak payahlahh"

"Alah kamu ni, Adrian dah ada kat sini, pamggil jelah ibu bapa dia datang sini!" Ayah pula membidas kata - kata aku. Mahu aku garu kepala aku sampai berdarah, memang malam ni aku jadi perempuan sewel.

"Ibuuuu" aku memegang tangan ibu aku sambil.merayu padanya.

"Assalamualaikum..." aku dapat menangkap suara Tengku Diana. Macam mana dia boleh datang selaju ini?

"Eh Tengku Diana? Cepat betul datang"

"Alah kebetulan lalu dekat area sini" ibu dan Tengku Diana bersembang. Aku mengeluh dengan kuat. Arghh kenapalah Tengku Diana datang selaju ini? Eee.

Aku dahlah tak bersedia, lepas itu kena hadap dengan ibu bapanya. Aku memandang pasrah pada Tengku Adrian.

Lelaki itu tersenyum mengejek pada aku. Argh! Aku nak cekik dia bagi mati terus! Kenapalah tak boleh tengok orang hidup aman.

Hatiku panas melihat senyumannya yang menguntum untuk diberikan kepada kedua orang tuaku. Aku nak jer tanam kepala aku kat tanah hanya kerana tak nak jumpa ibu - bapa Tengku Adrian.

TENGKU ADRIAN × ARLUNA IRASYAH

 1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√Where stories live. Discover now