Bab 25

934 75 3
                                    

"LAPAR" pelahan aku berkata dalam keadaan terbaring. Empat hari aku tidak makan, hanya minum air masak yang ada di dalam peti sejuk. Mana semua orang? Rumah yang aku berada sekarang ini seperti rumah dah kena tinggal hampir sepuluh tahan.

Aku memandang dinding yang berada di hadapanku. Ada kayu seperti dibukak dalam keadaan tergesa - gesa. Aku berjalan ke arah dinding itu. Lalu menyentuh seluruh dinding itu. Kayu yang terbukak itu ditarik dengan olehku.

Laci.

Beberapa keping surat yang kelihatan sudah usang dibelek olehku. Hanya kosong, tiada satu huruf pun ditulis atas surat itu cuma ada kesan chat merah di atas kertas itu. Aku cuba hidu bau kertas itu. Bau lemon. Aku mencari lilin. Syukur aku berjaya jumpa lilin. sekarang aku kena cari lighter. Setengah jam aku mencari akhirnya jumpa juga lighter itu. Aku mengambil kertas itu.

Lighter itu dipasang lalu meletakkan kertas di atas lighter tersebut. Maka muncullah tulisan.

23/12/2019

kepada Arluna Irasyah,

Kalau kau berjaya jumpa surat ini, jatuhkan maruah Edward Alvin. Paling penting kau kena jatuhkan dia. Jangan bagi dia menang. Dia pembunuh bersiri paling terkuat. Kalau kau jumpa Edward. Larikan diri. Paling penting kau perlu jumpa Edric Sebastian. Hanya dia boleh merungkai semua rahsia.

Edric? Patutlah dia tahu semua latar belakang Adrian. Tapi siapa pula Edward Alvin? Mungkin Edward itu Adrian?

Aku tidak boleh berharap pada Edric buat masa ini kerana dia pun hilang tanpa jejak. Maka hanya aku sorang sahaja boleh diharap dan menolong semua orang. Sementara aku kusyuk memba surat itu. Bahu aku dipegang.

Aku tidak bergerak apatah lagi menoleh. Aku terlalu takut. Segala suroh dibaca dalam hatiku. Meminta pertolongan pada tuhan.

SUAMIKU ENCIK BODYGUARD

"Signora Arluna" suara lelaki muncul.

Aku sangat kenal suara ini. Suara ini yang meminta aku jangan pergi ke arah Edric. Aku memusing kepalaku enam puluh darjah. Terlihat muka jejaka yang sudah kepenatan seperti baru lepas dikejar oleh anjing.

"Awak buat apa kat sini?" Aku bertanya padanya.

"Bagilah saya rehat sekejap" dia dudukj disebelahku. Air botol yang diisi dengan air putih diberi olehnya. Dia minum air putih itu dengan gelojoh. Mungkin dia terlalu penat.

"Terima kasih" dia beri semula air botol yang sudah habis diminum olehnya.

"Macam mana awak tahu saya ada kat sini?" Soalan sama diajukan olehnya.

"Gps, signore Edric bagi telefon dia dekat saya. Dia ada cakap yang dia akan datang semula pada Signora Arluna. Dia mintak Signora jangan terlalu susah hati dengannya" pintanya. Aku garu kepala aku yang tidak gatal ini. Bila masa Edric letak gps dalam badanku.

"Apa nama awak?" sejujurnya kali pertama aku jumpa dia semasa dia tergesa - gesa jumpa edric.

"Evan Goffredo" namanya sungguh unik.

Aku mengambil semula surat yang jumpa tadi. Evan mengintai di tepiku iku sama membaca isi surat itu. Kali ini dia tertulis tentang biodata Edward Alvin dan Edric Sebastian.

24/12/2019

Nama : Edward Alvin/Tengku Adrian Farzan

Umur : 25 tahun

Jantina : lelaki

sejarah Hidup : Cucu kepada keluarag mafia Miamos yang terkenal di negara Italy. Dibesarkan dalam keadaan yang hidup gelap. Pada umur 12 tahun, dia berpindah ke malaysia. Bermula dari umur 18 tahun, dia masuk kumpulan mafia milik datuknya sebagai pembunuh bersiri. Salah satu target mangsanya adalah : Arluna Irasyah, Diana Alvin, Faridha Alvin. Aryan Firdaus. Motif membunuh, tidak ketahui. Umur 24 tahun dia menolak serta merta untuk membunuh salah seorang targetnya atas sebab kasiha.

-Tamat.-

Semua kata - kata Edric memang betul. Dia tidak menipu sedikit pun. Aku meraup mukaku kerana tidak percaya aku pernah berkahwin dengan orang sebegini. Alangkah bagusnya, tuhan memadamkan memori hidupku bersama Adrian.

"Wah... dia bukan lelaki sebarangan " komen Evan. Aku angguk setuju mendengar pendapatnya.

"Surat lagi satu tentang apa?"

"Tentang Edric" Aku mengambil surat tentang EDric pula. Macam biasa Evan akan berada di tepiku membaca surat itu bersamaku.

26/12/2021

Nama : Edric Sebastian

Umur : 26 tahun

Jantina : Lelaki

Sejarah Hidup : Salah seorang polis paling terbaik di german. Ditugaskan untuk menangkap Edward Alvin selepas dia terlibat dalam pembunuhan perdana menteri german. Dia pindah ke malaysia sebagai identiti yang baharu iaitu, Adam Aryan. Telah berjumpa Aryan Firdaus di balai polis malaysia dan mereka berdua berkerja sama untuk menangkap EDward.

-Tamat.-

"Pelik, kalau along tahu siapa Adrian kenapa dia biarkan adiknya kahwin dengan orang macam itu?" Aku berfikir sambil letakkan jari telunjuk di bibirku.'

"Muka dia tak dapat dikenali pasti. Diaorang berjaya dapat muka dia selepas 3 tahun. Tepat pada hari Signora sedar dari koma" Evan menjelaskan padaku.

Aku memandang semula kayu yang tarik itu. Hanya kosong. Tapi aku masih tidak puas hati, firasatku berkata masih ada sesuatu di dalam tempat itu. Aku memasukkan tanganku ke dalam lubang itu. Seluruh kawasan itu diraba - raba mencari sesuatu. Satu haram pun tak ada di situ.

Aku mendengus dengan kaut lalu ketuk seluruh dinding itu. Aku ketuk dari atas bawah sehinggalah bahagian tengah - tengah dinding itu. Bahagian tengah - tengah itu berbunyi lain. Di bahagian atas dan bawah bunyi ketukannya sedikit kuat dan keras tapi bila di bahagian tengah bunyinya sederhana kuat dan lembut bagaikan ada ruang di sebalik dindin itu.

Aku memandang Evan. Dia sudah faham dengan mukaku. Dia menumbuk dengan kuat sehingga dinding di tengah - tengah itu hancur. BINGO! Memang betul ada sesuatu di kawasan itu. Aku melihat ke dalam dinding itu. Ada sepucuk pistol, rantai, botol kecil dan kotak.

"Macam mana signora tahu ada barang dekat belakang dinding?"

"Tak tahu. Saya hanya ikut firasat saya" pintaku. Evan memgambIl sepucuk pistol itu dengan botol itu. Manakala aku mengambil surat dan kotak itu.

Aku membukak kotak itu sambil berfikir apakah isi dalam kotak itu. Buka sahaja kotak itu hanya terisi dengan pisau yang pendek. Pisau itu sangat cantik dan bewarna merah putih. Aku menyentuh pisau itu lalu meletakkan di tepi dengan berhati - hati. Aku melihat kotak itu, di bawah kotak itu tertulis nombor.

3.1279° N, 101.5945° E

"Nombor apa tu?" Evan bertanya padaku. Aku mengerut memandang nombor itu. Otak cubalah berjalan sikit. Aku memaksa otakku untuk berkerja. Akhirnya jawapan terlintas di otakku.

"Coordinat untuk sesuatu tempat. Evan bagi telefon awak" dia menyerahkan telefon Iphone 13 miliknya. Aku mengerut mukaku seperti nenek lalu aku berhen[i mengerut.

"DAH DAPAT JAWAPAN!"

EDRIC SEBASTIAN × ARLUNA IRASYAH

 1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√Where stories live. Discover now