Bab 34

783 63 5
                                    

Faolan memerhati jejaka dihadapannya sambil jilat lolipop yang berperisa masam manis itu. Jejaka itu cukup tenang seperti tiada apa yang berlaku. Tertanya, kenapa lelaki dihadapannya mampu memberikan peluang kedua dan melepaskan seseorang yang sudah membuat perbuatan keji pada anak sendiri.

"Kau tak rasa ke yang kau tak patut bagi peluang kedua pada Edward?" Faolan bertanya pada jejaka itu. Sungguh dia ingin tahu, apa yang buat diri jejaka itu sehingga mampu memberikan peluang kedua. Mata hazel milik jejaka itu memandang Faolan seperti harimau.

"Siapa kata aku bagi peluang kedua? Orang yang bodoh jer percaya apa aku cakap" selamba dia berkata. Dia mengeluarkan sekotak rokok lalu mengembil salah satu rokok di dalam kotak. Rokok yang diambil oleh dibakar lalu diletakkan di dalam mulutnya. Dia memandang dada langit yang gelap tidak dihiasi apa - apa.

Jejaka itu melepaskan asap rokok itu. Tangan yang memeganh rokok itu diletak ke bawah bagi abu rokok itu jatuh ke lantai. Tangan kiri miliknya diraup mukanya seperti kesal dengan sesuatu. Matanya tertangkap susuk tubuh besar yang sedang berjalan ke arah mereka berdua. Dia terkaku disebelahan Faolan.

Terukir senyuman manis di mukanya.

Seekor harimau kumbang berjalan ke arah jejaka itu. Dia menunduk lalu membelai bulu harimau kumbang itu. Mukanya disembam ke perut harimau kumbang itu. Bau wangi

"Kau ni tak ada tempat lain ke nak bawak kucing kau tu?" Faolan bertanya dengan nada sakit hatinya. Walaupun dirinya tersenarai orang paling berbahaya di dalam dunia mafia, cuma satu sahaja dia takut. Dia sangat takut dengan haiwan yang bernama kucing. Tidak kiralah dia besar ke kecik dia tetap takut, lagi - lagi haiwan yang berada di hadapannya yang tak jauh dari dirinya.

"Datang sini" arahnya. Faolan geleng laju tidak mahu. Mata jejaka itu dijeling memberi amaran pada Faolan. Akhirnya Faolan serah diri kerana takut dengan pandangan tajam setajam pedang katana milik isterinya. Faolan berdiri di belakang lelaki itu. Tangan kanan ditarik ke hadapan. "Weh jangan tarik - tarik!! Aku tak sukalah!!" jeritnya.

"Takkan kucing comel ni pun kau takut nak pegang? Malulah lelaki mafia takut kucing" ejak jejaka itu. Mahu sahaja Faolan cekik jejaka itu sampai mati. "Dah kenapa kau pandang aku macam itu? Nak bunuh aku ke?" terbantut Faolan dibuatnya. Cepat betul orang tua dihadapannya membaca niatnya.

"Cepat pegang"

"Yelah!" Faolan bercangkuk di belakang Jejaka itu. Kemudian dia jalan itik macam budak. Dengan pantasnya Harimau Kumbang itu datang dengan laju lalu gesek mukanya ke badan Faolan.

"Woi!! Ambik balik kucing kau ni!!" Foalan mengarah pada jejaka itu tetapi arahannya tidak diendahkan tapi disebaliknya dia membiarkan haiwan belaannya bermain bersama Faolan. Lidah milik Harimau kumbang itu jilat dimuka Faolan. Terkedu Faolam dibuatnya yang sudah disaluti dengan air liur harimau kumbang itu.

"Weh!! Buat penat aku sikat rambut aku ini, lepas itu kau senang - senang je rosakkan!!" Faolan menolak kuat muka Harimau kumbang itu. "Deo, stop" serta merta harimau kumbang itu berhenti lalu undur kebelakang jauh dari Faolan. "Pergh dia dengar cakap kau"

"Dah memang aku tuan dia"

"Ada betul juga"

"Ini aku nak tanya, kau dah dapat apa aku nak?" jejaka itu bertanya pada Faolan. Faolan angguk lalu mengarahkan salah satu anak buahnya menyerahkan file chocolate pada jejaka itu. Dia membukak file itu dengan berhati - hati. Dibelek lalu melihat satu demi satu surat yang ada di dalamnya. Lalu dia tersenyum puas melihat isi kandungan itu.

"Bagus. Kerja kau sangat bagus, aku suka. Teruskan perhati anak aku. Pastikan tak ada musuh pun dekat dengan dia" jejaka itu memuji pada Faolan. Automatik Faolan punya hidung kembang kempis dengar pujiannya. Jarang lelaki tua itu mahu memuji orang.

"Kau tengoklah kerja siapa, Hideo... Aku punya kerja memang tip top" Faolan menunjukkan ibu jari ke muka Hideo. Jari jemari milik Hideo diturunkan memberikan isyarat memintanya pergi dari kawasan itu.

SUAMIKU ENCIK BODYGUARD

Bagunan gah di pandang oleh Edric. Cermin mata hitam miliknya dibukak lalu di letakkan di poket bajunya. Apabila Edric berjalan masuk ke dalam bagunan itu semua orang tertumpu pada Edric. Biasalah orang kacak mesti selalu buat orang tertarik.

"Handsomenya!!! Oh my god rasa tergoda!" orang pertama.

"Jomlah tanya nombor Telefon dia mana tahu boleh berkenalan dengan dia kan?" orang kedua.

Edric hanya memekakkan telinganya dari mendengar pecakapan mereka. Rasa geli pula dengar apa yang mereka cakap. Edric berjalan masuk ke lif VVIP yang ada dibagunan itu. Butang yang bernombor enam belas ditekan olehnya.

Sampai sahaja lif itu di tingkat enam belas, pintu lif dibukak. Mata Edric memandang ke kiri dan ke kanan mencari sesuatu. Dia membelok ke arah kanan dan terlihat semua pekerja yang sedang sibuk menyiapkan kerja masing - masing.

CLEO LAITH

Nama sahabatnya tertera di pintu. Dia tidak mahu membuang masa terus dibukak pintu tanpa mengetuk pintu. Apabila dibukak Cleo sedang tersenyum jahat sambil mengacu pistol Glock 46 dan dipasang dengan silencer.

Edric duduk di atas sofa yang ada di dalam pejabatnya. Memerhati lelaki yang di hadapn Cleo menangis penuh rayuan. "Cleo... Lepaskan aku cleo... Aku merayu" kata - katanya penuh dengan rayuan. "Tapi ladyboss nak kau mati. Terpaksalah aku ikut. Adios!" das tembakan tepat terkena di dikepala lelaki itu.

Darah terpecik di kasut milik Cleo dan diikuti di mukanya dan baju kemeja warna putih. Dia tersenyum riang lalu baring di atas lantai. Kemudian dia meminta anak buahnya untuk membawa keluar mayat itu.

"Bestie kenapa datang sini?" dia bertanya pada Edric sambil bermain dengan pistol kesayangannya.

BAMM!!

"Siapa pula yang datang tak ketuk pintu?" Cleo kendengus geram. Nak sahaja dia tembak orang yang main terjah masuk pejabatnya. Faolan memandang dengan rupa kepenatan. Rambutnya yang kembang itu mula basah kerana berpeluh.

Dengan pantas Cleo dan Edric menutup hidung mereka berdua. Tidak mahu hidu bau yang tidak enak. Faolan duduk di sebelah Edric. Kedua tangannya di letakkan di atas sofa yang dia sandar. Boleh nampak peluh di ketiaknya.

"Tak senonoh" selamba Edric berkata. Faolan mengerut mukanya lalu mnegeluarkan pisau rambo kemudian diacukan ke muka Edric. Muka tenang milik Edric dipandang oleh Foalan. Entah dari mana tiba - tiba muncul pistol G26 beserta dengan silencer di pegang kemas oleh Edric. Diacukan tepat di kepala Foalan.

"Ish korang ini kan, nak gaduh sampai main tembak - tembak jangan dekat sini. Ini bukan gelanggang ini pejabat aku. So pahal korang dua beruk ni datang tempat aku?" Cleo bersandar di kerusi kerjanya lalu dipusing macam orang gila.

"Aku nak bunuh Edward"

"Aku nak bunuh Adrian"

Serentak Edric dan Faolan berkata. Terhenti Cleo dari memusingkan kerusinya sehingga dia berhasil jumpa ayah pin. Cleo tersenyum nakal lalu ketawa tanpa sebab.

"Korang jodoh ke sampai nak cakap serentak? Sweetnya lahai" dia memegang perutnya kerana sakit disebabkan gelak tawanya.

"Sorry sikit aku dah ada isteri. Takkan aku nak bergay dengan jantan rambut panjang macam hantu kak limah ni" bidas Edric. Muka Faolan terkejut seperti tercekik biji buah anak mata kucing. "Apa kau cakap? Rambut aku macam hantu kak limah!? Bro ini feshion! Rambut aku ni namanya wolf cut apa je kau tahu!?" Kali ini Faolan bidas semula kata - kata Edric. Dia tidak boleh duduk diam jika rambut kesayangannya diejek.

"Dahlah, korang gaduh macam budak kecil. Ish ish" Cleo geleng pelahan dihadapan mereka. Edric mengacukan G26nya beserta Faolan mengacukan pisau rambo yang dipegang kemas ke leher Cleo. "Aku gurau jerlah. Tak perlu nak koyak macam tisu"

Clack!

Bunyi dari pistol Edric yang menunjukkan sudah bersedia untuk melepaskan peluru pada bila - bila masa. Anak tekak Cleo bergerak kerana takut. Kedua tangannya diangkat paras dada lalu terukir senyuman plastik di mukanya. "Okay sorry"

EDRIC SEBASTIAN × ARLUNA IRASYAH

 1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√Where stories live. Discover now