Bab 1

3.8K 225 20
                                    

AKU melihat ayahku yang berada di depanku. Aku memeluk tubuhku sambil mendengus. Aku memandang ke arah kiri melihat ibuku. Ibuku hanya buat reaksi yang tidak bersalah. Mari saya ceritakan apa sudah jadi.

Sebelum itu, nama aku Arluna Irasyah. Aku ini anak perempuan yabg pertama dalam keluarga aku, adik beradik yang lain semua lelaki, huhuhu. Back to the story, atas sebab aku ini hanya seorang sahaja wanita dalam keluargaku, ayah dan ibuku melarang sama sekali untuk keluar berseorangan dan terlalu strict sehingga ambil tahu aku kawan dengan siapa.

Bermakna aku kena pergi ke suatu tempat dengan seseorang, tapi masalahnya aku dah besar! Aku tak perlukan orang teman aku atau jaga aku.

"Ayah... Luna dah besar dah pun. Umur pun dah 25 tahun. Luna pandai jaga diri..." aku merayu pada ayahku.

"Memanglah kamu dah besar tapi nak tak nak, kenalah ada orang yang teman kamu ke mana - mana. Kamu tu perempuan bukannya lelaki. Kalau lelaki ayah tak adalah risau mana" Bidas ayahku. Aku mendengus tidak puas hati.

"Betul tu! Along sokong. Alah Luna kamu dengar ajer lah cakap ayah" abangku pula backup ayahku. Like father like son. Diaorang dua selalunya melekat, sorang memaksa sorang lagi menyokong.

"Tapi ayah... Luna dah besar"

"Kamu inikan degil betul, kalau kamu tak nak orang ikut kamu. Ayah ada cadangan" Aku tersenyum lebar. Apakah cadangan ayahku? Adakah ia berguna atau tidak?

"Kamu kena kahwin" Senyuman yang dimukaku serta merta hilang. Tak guna, sia - sia jer aku berharap yang ayah akan bagi cadangan yang sangat berguna.

"Memang tak lah ayah! Luna tak nak kahwin. Kasilah luna habiskan pelajaran luna atau kasilah Luna enjoy life luna dulu" aku merengek pada ayahku. Aku menarik tangan ayahku, moga- moga ayahku nersimpati padaku.

"Cuma ada dua pilihan, akan ada orang ikut Luna atau Luna kena kahwin" aku mengeluh dengan kuat. Pilihan kedua sama sekali aku tak nak, bermakna aku kena terima pilihan pertama walaupun aku tidak setuju.

"Yelah - yelah Luna setuju... Tapi luna tak nak kahwin" aku memeluk tubuhku. Ayahku terus tersenyum macam cengkerang busuk. Dia mengusap kepalaku dengan lembut. Ee, menyampah aku.

SUAMIKU ENCIK BODYGUARD

"Kau siapa?" aku bertanya pada jejaka yang berada di hadapanku. Siapakan jejaka ini? Siapa punya lelaki yang sesat datang rumah aku? Aku melihatnya dari atas bawah.

Jejaka itu memang cukup kacak, rambut dia terpacak sedikit. Matanya ala ala orang england dan bewarna kebiruan. Mulutnya bewarna kemerahan. Aku berjaya kesan lelaki ini jodoh orang!

"Ermmm... Tuan Firdaus tak cakap apa - apa ke pasal saya?" dia tersenyum palsu padaku. Aku mengaru kepalaku. Ayah mana ada cakap apa - apa, dia ada cakap pasal orang ikut aku jer.

"Eh kamu dah sampai Adrian?" ayah tersenyum pada dia lalu berjabat tangan dengannya.

"Ayah siapa mamat ni? Dia salah rumah ke?" selamba aku bertanya. Jejaka itu ketawa kecil. Ayah menjeling ke arahku dan aku pula mengankat bahuku tanda tidak tahu apa - apa.

"Lupa pula, ni nama dia Tengku Adrian Farzan. Dia yang akan jaga Luna" Ayah tersenyum mister padaku. Aku memandang ayahku macam pelik.

"Dia boleh percaya ke ayah? Kut - kut dia perogol bers-"

Papp!

Ayah terus menampar mulutku. Ayah tersenyum paksa pada Adrian.

"Jangan ambik hati ye dengan kata - kata si Arluna ni" ayah menekan kepalaku, memaksa aku untuk tunduk macam orang jepun.

"Eh tak apa, lagipun saya tahu dia cuma nak melawak. Eh rasanya dah lambat ni apa kata saya hantar Cik Arluna sekarang? Takut jem pula nanti" aku menarik tangan ayahku sambil memberikan isyarat untuk terangkan pada ayahku. Ayahku pula memaksa aku untuk ikut Tengku Adrian.

"Ish kamu ni kan, jangan nak malukan ayah. Kamu ikut je si Adrian tu jangan banyak cakap" ayahku menolak aku dengan kasar ke arah Tengku Adrian. Aku memandang kereta hilux yang berada betul - betul di hadapanku. Tak mungkinlah aku nak naik kereta yang sebesaf gajah ni kan?

"Tuan luna boleh naik ke kereta ni?" Tengku Adrian dengan gentle membukak pintu untuk aku. Aku hanya mengangguk lalu cuba naik ke atas kereta itu. Memang nalang nasibku, kereta itu terlalu tinggi sampai aku nak naik pun susah.

Badanku secara tiba - tiba terapung macam terbang. Aku menoleh ke belakang. tengku Adrian dukung aku? Zapp! Naik merah muka aku. Cepat - cepat aku duduk di tempat duduk belakang paling hujung. Arghh malu!!

Aku mengintai di sebalik tingkap cermin. Kelihatan Ayah sedang bercakap dengan Tengku Adrian. Tapi aku tak dengar apa - apa tentang perbualan ayah. Muka Tengku Adrian naik merah sampai mengusap lehernya. Gerak - gerinya aku dapat membaca bahawa dia gementar. Aku mendengus di tempat dudukku.

Entah kenapa mataku jadi berat. Rasa nak tidur padahal aku baru je minum secawan nescafe dan Expresso yang sangat pahit macam keria. Pandanganku semakin kabur dan akhirnya gelap.

Tengku Adrian hanya tersenyum kecil melihat aku tertidur dibelakang. Keadaan aku tidyr baginya kelihatan comel. Macam budak - budak.

Stereng keretanya memusing untuk membelok ke jalan yang berada di arah kiri itu. Bibirnya masih menguntumkan senyuman dan hatinya tercuit melihat aku tertidur dalam keadaan mulut terbukak.

Diam - diam, dia membukak telefon lalu mengambil gambar aku ketika tidur. Selepas dia mengambil gambar, telefonnya dicampak ke tepi. Ketawa kecil tersembur kerana tak mampu bertahan.

"Alahainya comelnya you sweety"

TENGKU ADRIAN × ARLUNA IRASYAH

 1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√Where stories live. Discover now