Bab 40

979 64 4
                                    

Edric membebel di sebelahan Arluna. Tidak dia menyangka Adrian sanggup tunjuk muka sampahnya di hadapan isteri kesayangannya. Memang lelaki itu tak sayang nyawa! Kedua tangannya digenggam dengan kuat, kukunya hampir menembusi kulit tapak tangannya.

"Abang... Janganlah marah... Emmm.." pelahan dia berkata. Baju kemeja Edric ditarik sedikit. Nasiblah gadis polos ini, pandai menenangkannya dan memujuknya. Dahlah comel lepas itu pandai pujuk orang. Memang pilihan dia tidak pernah salah.

"Macam mana tak marah? Berana dia tunjuk muka dia siap bagi flying kiss!! Ee" giginya diketap dengan kuat. Nak sahaja giginya tercabut kerana tekanan yang diberikan oleh gusi Edric. Hatinya sungguh panas sangat, nasib baik dia berada di tempat awam.

Kalau tak? Memang Adrian mampus terus ditangan Edric. Teringat balik kejadian tadi menambahkan rasa sakit hatinya.


"Arluna... Edric" Adrian menyeru nama mereka berdua tanpa rasa sedikit tanpa malah dia siap memberikan senyuman manis pada mereka berdua. Terbantut Arluna ingin makan aiskrim mint chocolatenya. Terlalu takut sampai tak mampu menyuapkan aiskrim itu kedalam mulutnya.

"Kau nak buat apa?" sinis Edric berkata. Matanya menjuling ke atas. Malas dia mahu layan lelaki sampah ini. Buat semak mata jer.

"Aku nak tengok BEKAS isteri aku pun tak boleh ke? Lagipun anak yang dia bawa tu pun, mungkin-" belum sempat dia habiskan ayatnya, bajunya dicengkam dengan kuat membuatkan semua orang memandang pada mereka.

"What? Mana tahu itu anak aku kan? Kau kena ingat aku yang buat dia hilang dara aku yang latah dia dulu. Kau hanya merasa sisa yang ditinggalkan oleh aku. Ingat dalam kepala otak kau" jari telunjuk menunjuk di kepala Edric sambil tersenyum sinis.

Memang lelaki ini tak ada perasaan malu! Terlalu menangkan sikap egonya dan pentingkan diri. "Kau bekas dan aku Suami yang sah! Aku nak kau... Pergi dari sini! Jangan berani tunjuk muka taik kau di hadapan kami berdua lagi!" Edric merenung tajam. Kata - katanya cukup tajam, tapi ia tidak membuatkan Adrian rasa takut malah dia ketawa sinis.

"Okay... But... Kau kena ingat sekali aku petik jari... Boom!! Kau hilang isteri kesayangan kau. Hihihi" bahu Edric ditepuk lembut. Edric melepaskan cengkamannya dengan kasar. Mendengus geram dihadapan Adrian.

Senyuman senyet diberikan pada Arluna lalu melemparkan flying kiss sambil mengenyit mata kanannya. Sah dia gila.

Terbantut Arluna melihat gelagat Adrian. Apa yang dia patut balas? Nak bagi flying kiss juga ke? Atau flying kick? Kepala Arluna menoleh memandang Edric yang sudah mengeluarkan Aura harimaunya.

Tak perlu tanya, dia mesti nak bunuh terus Tengku Adrian. Arluna menarik tangan Edric lalu kepalanya diltentokkan di atas bahu Edric. "Sayang... Apa kata kita pergi dari sini... Bau busuklah..." terkelip - kelip mata Arluna memandang.

Yang sorang tu dah nak jadi angry bird. Merah semacam macam cat di rumahnya. Edric terketawa kecil, ada - ada sahaja gelagat pelik isterinya. "Jomlah sayang... Berdiri lama di sini buat isteri kesayangan abang ni bau busukkan? Ha jom" tambahnya lagi.

Bunyi dengusan kuat dikeluarkan oleh Tengku Adrian. Agaknya dia nak jadi babi kut, itu yang dengus kuat sangat. Lebih bagus dia heret suaminya jauh dari Tengku Adrian sebelum mamat tu buat kerja gila.

SUAMIKU ENCIK BODYGUARD

"Faolan... Kau tengok tu si hiro. Alahai comelnya dia.." Carlo tersenyum seperti mahu dicampak tanjung rambutan di atas dashboard kereta. Matanya tidak bergerak dari memandang ke arah Hiro. Faolan memandang pelik, sejak bila kawannya naik miang sampai tengok anak dara orang?

 1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√Where stories live. Discover now