3 tahun kemudian...
Aku membukak mata dengan luas. Aku memandang siling putih itu. Bau yang tidak menyenangkan menusuk ke hidungku. Bau hospital. Aku cuba bangun tapi ia membuatkan kepala aku sakit.
"Arluna... Pelahan - lahan.." aku memandang wanita yang berada di hadapan aku. Siapa dia?
"Arluna.. Tak ingat ibu?" lembut dia bertanya pada aku. Aku masih tidak tahu siapa dia. Aku tersentak apabila nama ini muncul dalam kepala aku.
"Mana Adrian?" teruja aku bertanya pada ibu. Walaupun aku tidak tahu siapa wanita ini, tapi aku rasa dia tahu siapa Adrian. Nama Tengku Adrian disebut. Hanya dia seorang sahaja aku ingat. Dia adalah suami aku. Tapi kenapa dia tak ada dihadapanku?
"Dia.." ibu cuba untuk menyambungkan kata - katanya. Tapi dia tidak mampu.
"Arluna!!" Along memelukku dengan erat. Aku tolaknya pelahan dengan muka bingung
"Siapa awak?" aku bertanya padanya dengan nada lembut. Muka mereka berubah pucat. Doktor perempuan masuk ke dalam wad ini.
"Cik Arluna rasa apa sekarang ni?"
"Rasa.. Rasa pening sangat. Tapi saya tak ingat apa - apa.." pelahn aku menjawab soalan doktor itu.
"Cik Arluna, kemalangan 3 tahun lepas.. Dan sekarang ni... Cik Arluna disahkan ada Amnesia" terdiam aku. Aku geleng dengan laju aku tidak pedulikan tentang itu aku hanya mahu Adrian!
"Tak saya pedulikan sekarang ni. Saya cuma.. Saya cuma nak Adrian" anak mata aku menggigil memandang mereka semua. Along mengeluh pelahan dia memandang angah sambil geleng pelahan.
"Arluna.. Arluna kena bertabah ye?"
SUAMIKU ENCIK BODYGUARD
Terdiam aku menyaksi dari jauh, memandang dua manusia yang sedang beriang - ria. Wanita yang berada di sebelah Adrian sedang mengandung. Aku tidak percaya semua ini, tak mungkin Adrian sanggup menduakan aku.
"Adrian.." aku menyeru namanya. Tak disangka Tengku Adrian menoleh memandang aku. Mukanya cukup terkejut melihat tubuh badan aku. Aku mengalir air mataku sambil senyum kelihatan gigi.
"Arluna.." dia berjalan ke arah aku, secara pantas along halang Tengku Adrian datang dekat ke arah aku.
"Kau dah ceraikan dia masa dia tak sedar. Jangan berani engkau dekat dengan adik aku" suara along meninggi ke arah Tengku Adrian. Tengku Adrian merayu pada along sehingga dia memeluk kaki along.
"Bagi aku peluang kedua.. Aryan.."
"Peluang kedua? Kau dah tinggalkan dia masa dia koma. Dan kau pula sanggup ceraikan dia dan kau kahwin dengan orang lain! Paling teruk kau mengandungkan dia, kau ingat aku boleh bagi peluang kedua semudah tu? Jangan harap!"
Aku menarik bahu Along dengan kuat.
"Betul ke awak ceraikan saya Adrian?" Tengku Adrian tersentak mendengar persoalanku.
"Betul ke Adrian?" aku duduk di hadapn Tengku Adrian.
"Adrian.. Explain.." air mata aku makin banyak keluar. Aku menunduk memandang bawah. Aku teringat kata terakhir aku, 'aku harap dia akan jumpa peganti yang lebih baik dari aku'. Aku mengankat muka aku memandang Tengku Adrian.
"Bukan salah awak... Salah saya sebab tak pandai bahagiakan awak" aku berkata dengan hati hancur. Wanita yang dikenali sebagai Faridha berdiri di belakang Tengku Adrian.
"Lah aku ingat kau dah mati" sinis Faridha berkata. Along memandang Faridha dengan pandangan menakutkan.
"Benda dah berlaku. Nak buat macam mana?" aku memujuk along. Aku menarik lengan Along. Jeritan along kuat kedengaran di dalam kereta itu. Aku hanya membisu di sebelahannya.
"Kau tak patut dapat ujian macam ni Arluna. You deserve better" aku merenung memandang cermin kereta yang berada di hadapan aku. Aku sudah kehilang semua benda, aku hilang diri aku dan aku hilang.. Suami kesayang aku. Aku memejam mata aku sambil mengalirkan air mata aku.
Aku harap dia bahagia.
ENCIK KAKI PARKOUR
"Oi" suara jejaka kedengaran. Aku menoleh memandang suara itu. Jejaka itu memandang aku dengan kosong. Edric mengaru kepalanya sambil mengeluh. Dia turun dari almari baju aku. Dia datang ke arah aku. Aku mengundur ke belakang.
"Aku tak nak cederakan kau lah. Relax" dia duduk di lantai itu.
"Macam mana awak masuk dalam rumah ni?"
"Kau tak ingat aku?"
"Apa?"
"Lupa pula kau kena langgar dengan lori. Memang patutlah kau ada amnesia" dia mendengus sambil memmuncung mulutnya. Aku duduk bersebelahan Edric. Aku cucuk pinggangnya. Dia memandang aku dengan aura ingin membunuh.
"Kau jangan nak cucuk - cucuk aku. Aku cucuk kau guna pisau, baru tahu" dia mendengus dengan kuat. Rambut hadapan miliknya di sikat ke belakang.
"Siapa awak?" aku memerhati mukanya yang ada parut yang panjang di bahagian mata belah kanan. Tapi parut itu tidak mencacatkan muka kacaknya.
"Siapa aku? Aku ni Edric sebastian, perogol bersiri" dia tersenyum jahat. Aku terkaku tidak faham apa.
"Tahu tak perogol bersiri tu apa?"
"Tak"
"Memang otak kau dah terbalik" dia bersandar di dinding.
"Kau sayang Adrian?" dia bertanya pada aku. Aku angguk dengan laju. Dia mengusap kepalanya, memandang siling bilik aku.
"Aku ada satu permintaan"
"Kau kena jadi isteri aku" aku mendengar permintaannya. Entah kenapa permintan terasa lucu bagi aku. Aku tergelak dengan kuat. Muka Edric naik merah memandang aku.
"Tak payah nak gelakkan aku hanat!" dia memukul bahu aku dengan kuat.
"Sa.. Sakitlah!!" dia juling ke atas. Dia berhenti memukul bahuku. Matanya memandang tepat ke anak mata aku.
"Kau tahu siapa Adrian?" lagi sekali dia tanya aku. Aku geleng tidak tahu.
"Yang saya tahu dia bekas suami saya" itulah jawapan aku.
"Haih.. Macam mana aku nak tolong kau?" dia mengaru kepalanya dengan kuat. Dia jeling memandang muka aku.
"Kalau kau nak tahu, dia tu pembunuh bersiri. Kalau nak tahu lagi. Sebut jer nama aku" tidak tahu kenapa terus dia beritahu tentang Tengku Adrian. Aku tidak mempercayai kata - katanya secara seratus peratus.
"Edric. Sebastian" dia menyebut namanya satu persatu. Tingkap di bilikku dibukak dengan kasar. Edric terjun dari tingkap itu. Pada masa yang sama along masuk ke dalam bilik aku.
"Kau cakap dengan siapa?"
"Dengan prince charming" aku tersenyum miang ke arahnya. Bantal yang berada di katil itu dicampak dengan kuat oleh along.
"Sakitlah! Awak nak buat saya lagi dapat amnesia ke apa?"
"Sekurang - kurangnya aku nak betulkan sebahagian otak kau yang tak pernah betul tu" dia keluar dari bilikku. Kemudian kepalanya muncul di tepi pintu.
"Turun bawah, makan" dia menghempas pintu bilikku. Aku menoleh memandang tingkap itu. Kepala aku dikeluarkan dari tingkap itu lalu dipandang bawah. Edric memandang aku dari bawah dengan senyuman manisnya terukir di mukanya.
Okay bagaiman dia boleh turun dari situ tanpa ada tangga? Dia hanya melompat? Badan dia tak rasa sakit ke? Tak ada luka ke?
Atau dia itu keturunan spiderman sehingga dia boleh turun dari bagunan dua tingkat ini tanpa ada masalah?
??? × ARLUNA IRASYAH
YOU ARE READING
1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√
RandomDia memandang tepat ke arah anak mata aku sambil mengacukan sepucuk pistiol ke arah pipi aku. "Aku tahu kau takut. Aku tak nak buat apa - apa kat kau. Aku cuma nak pertolongan kau. Panggil bodyguard kesayang kau jumpa aku" "Kalau aku tak nak? Apa ka...