Bab 9

1.2K 114 14
                                    

AKU membantu Tengku Diana menghidangkan makanan. Tengki Adrian sudah tersenyum tidak sabar untuk menikmati masakan air tangan ibunya. Aku duduk berhadapan Tengku Adrian tanpa sengaja kami memandang satu sama lain. Cepat - cepat aku menunduk sebelum mukaku jadi merah.

Aku menyuap lauk tomyam seafood yang dimasak oleh Tengku Diana. Aku memuji masakannya, ia sungguh enak!! Aku menambah lagi lauk tanpa henti. Tengku Diana ketawa kecil melihat gelagatku terus aku terkaku.

"Sedap sangat ye? Kalau kamu nak tahu itu makanan kegemaran Adrian. Bolehlah kamu masak untuk dia" aku mengangguk laju terus aku menambah lauknya. Apa yang aku tahu sekarang ini, aku mahu makan.

BAAMMM!!

Terus aku terlompat kecil. Siapa yang menghempas pintu macam nak robohkan rumah ini? Aku menoleh kebelakang terkejut aku melihat kelibat itu sehingga aku tersedak. Tengku Adrian menuangkan air putih lalu dihulurkan ke arahku.

"Hello Aunty Diana... Eh siapa ni?" aku terbatuk beberapa kali apabila dia bertanya. Aku mengangkat mukaku walaupun niatku tidak mahu mengangkat mukaku.

"Engkau?" Faridha terkejut memandangku.

"Hello Cik sedara Adrian" aku menyapa kearahnya sambil mengunyah makanan yang ada di dalam mulutku.

"Aunty kenapa perempuan murahan ni ada dalam rumah ni?" aku terbatuk dengan kuat apabila dia memanggil aku 'perempuan murahan'. Uish, perempuan ini memang mulut tak ada insuran.

"Faridha jaga bahasa engkau" aku memandang Tengku Adrian. Dengan aku berawak saya, dengan dia kau aku. Lain betul perangai dia.

"What? Betullah dia perempuan-"

"Stop Faridha... Dia tetamu dalam rumah ni. Jaga bahasa dan jangan buat tetamu terasa hati" lembut Tengku Diana. Faridha mendengus ke arah Tengku Diana.

"Apa? Saya pun tetamu juga aunty bukan dia sorang je tatamu dalam rumah ini. Kau pergi buatkan aku kopi" aku tidak mengendahkan arahannya. Sorry sikit aku bukan bibik kau eh.

Dia berjalan ke arah aku, kepala aku ditonyoh oleh jari telunjuknya. Aku masih tidak mengendahkannya. Kau nak tonyoh ke nak tarik kepala, aku tak kesah. Aku masih menikmati makananku dengan tenang. Dia sudah tersenyum sinis, dia campai air tea yang panas itu dan dia cuba mencurahkan air panas itu kearahku.

Your Bodyguard is Arrived!!

Tengku Adrian memeluk kepalaku. Aku dapat mendengar suaranya yang cuba menahan kesakitan itu. Aku jeling melihat tangannya. Tangannya sudah mula kemerahan, shit!! Aku kena cepat - cepat basuh tangan dia sebelum tangan dia melecur dengan teruk.

Aku menarik tangan Tengku Adrian ke singki dapur. Aku membukak paip air dan meletakkan tangan Tengku Adrian yang terkena air panas itu. Tengku Diana dan Faridha hanya perhati dari jauh. Aku mengambil kain lalu membasahkan kain itu, kemudian aku meletakkan kain itu ke tangan Tengku Adrian. Aku meminta Tengku Adrian untuk menekan kain basah itu ditangannya.

Aku berjalan macam diva ke arah Faridha. Kau nak cari gaduh dengan aku, mari kita gaduh!! Aku menampar muka Faridha dengan selambanya. Dia mengundur kebelakang dengan muka terkejutnya.

"Nanti kau tengoklah ear drum kau. Kut - kut telinga kiri kau pekak" aku tersenyum sinis padanya. Dia menarik tudung dekat dengan badannya, pipi kiri ditumbuk dengan kuat oleh Faridha. Darah pekat keluar dari hidung aku, aku mengusap kesan darah itu. Itu jer? Memang lemah betul perempuan ini.

"Itu jer kau ada? Lemah betul" aku menarik rambutnya dengan kuat lalu badannya dipusing 360 darjah. Aku meletakkan lengan tanganku dibawah mukanya, mukanya diangkat ke atas dan dirapatkan ke badanku. Tangan aku menahan pipinya. Aku mendekatkan muka aku di tepi telinga aku.

"Memang betul aku ketot, tapi tak bermakna aku lemah. Aku nak kau... Keluar dari rumah ni sebelum aku jadikana makan petang aku berubah jadi tahlil arwah khas untuk kau" aku meelepaskan dirinya. Faridha belari keluar dari rumah. Penakut rupanya perempuan itu tadi bukan main dia berani sampai nak simbah aku dengan air panas.

"Ya allah Arluna kamu okay?"

"Okay jer aunty!! Tak payah risaulah ye!" aku mengusap darah yang keluar dari hidung aku. Tapi darahnya tidak henti - henti.

"MANA ADA KAU OKAY, SEKARANG KITA PERGI KLINIK!!!!" Tengku Adrian jerit dari dapur. Memekaklah mamat itu. Dia berjalan ke arah aku dengan Aura garangnnya. Dia buat aku teringat kejadian disekolah menengah, dimana aku dibuli dengan teruk oleh budak lelaki dan diselamatkan oleh Tengku Adrian. Padahal dia hanya berjalan, dia tidak buat apa - apa pun dengan lelaki itu.

"Kau nak ke tak nak memang tetap kita pergi klinik" dia menarik tanganku. Kepala aku ditunduk beberapa kali sambil mulutku berkumat kamit meminta maaf pada Tengku Diana.

SUAMIKU ENCIK BODYGUARD

"Dia okay ke, Adrian?" aku dapat dengar suara Tengku Diana yang bertanya tentang aku. Uish rasa bersalah pula buatkan Tengku Diana rasa bersalah. Tengku Adrian masuk kedalam bilikku dengan muka monyoknya. Aku menelan air liurku, jangan dia bebel dekat aku sudahlah.

"Tangan kau okay tak?" aku bertanya pada dia. Dia jeling padaku. Aku gerun dengan pandangannya.

"Awak... Memang tak ubah perangai lama awak. Lebih pentingkan keselamatan orang lain baru pentingkan keselamatan diri" aku tak tahu sama ada dia mahu memujiku atau perli pada aku.

"Jadi? Masalah engkau ke?" sombong aku bertanya pada dia.

"Sebab itu, saya sukakan awak" dia mendekatkan mukanya sambil tersenyum manis padaku. Aku nenampar dengan kuat pipi kirinya. Fikir aku kesah dengan perasaan kau tentang aku?

"Ingat aku kesah?"

"Dulu saya yang badboy... Now... Awak pula jadi badgirl?" dia ketawa kecil ke arah aku. Naik merah muka aku mendengar kata - katanya.

"Eh masalah kau ke kalau aku kalau aku jadi badgirl ke? Tomboy ke?" aku emmeluk tubuhku. Dia merenung dinding kosong dihadapannya. Dia tengah fikir apa? Fikir pasal dia kahwin dengan siapa?

"Awak... Akan jadi lembut dengan siapa agaknya?"

"Dengan jodoh aku"

"Kalau macam itu... Saya kahwin dengan awak dan perangai lama awak yang lembut macam wanita melayu terakhir abad 18 akan muncul balikkan?"

"Itu pun kalau kau berjaya buat aku jatuh cinta balik dekat kau" aku menarik selimut lalu baring di atas katil itu tanpa mengendahkan kelibatnya.

"Arluna...." dia menyeru namaku. Aku menoleh ke belakang dah kenapa mamat ini tiba - tiba panggil nama aku?

"Tak boleh ke kita kahwin?" lembut dia bertanya ke arah aku sambil merenung anak mata aku. Aku terkaku melihat renungannya. Perasaan yang aku harap tidak muncul dalam diriku akhirnya ia muncul kembali. Kenapa perasaan cinta ini kembali semula? Kenapa? Makin aku memandang mukanya makin buat aku sedar. Setiap kali aku memandang mukanya, muka Tengku adrian akan membuat aku rasa tenang. Tapi kenapa? Kerana dia jodoh aku?

TENGKU ADRIAN × ARLUNA IRASYAH

 1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√Where stories live. Discover now