Bab 42

871 79 3
                                    

"Woi betina bangun" badan Arluna dicuit dengan kesah menyebabkan Arluna terjaga dari pengsannya. Lelaki yang sedang cangkung dihadapannya tersenyum jahat memandang Arluna yang dalam keadaan penuh dengan luka berdarah.

Kepala terasa pening, mahu sahaja dia terbaring di atas lantai simen yang keras itu. Tetapi lelaki dihadapannya sudah menyimbah air sejuk betul - betul dimukanya. Hilang terus rasa peningnya. "Kau jangan berani nak pengsan macam orang koma. Aku malas nak tunggu kau bangun..."

"Kau nak apa? Huh!" Arluna merenung tajam muka lelaki yang agak bengis itu. Biarpun muka lelaki itu seram untuk dilihat tapi dia terpaksa menolam perasaan takutnya. Yang lagi penting adalah keselamatannya bukan perasaan pada masa ini. "Aku nak apa? Heh... Aku nak bodyguard engkau dan tuan aku!!" jeritnya.

Perlu ke dia jerit macam dirinya jauh dari lelaki itu? Padahal Arluna berada dihadapannya, betul - betul dihadapannya. "Tak perlu kut nak memekak macam puntianak" Arluna memerli secara sponta tanpa rasa gentar atau kaget. Memang Arluna tak sayang nyawanya.

Kepala Arluna ditunjal menggunakan jari telunjuk lelaki itu. Kepala ditunjal beberapa kali sehingga Arluna menepis dengan kuat.

"Woi! Kau main cucuk - cucuk kepala orang, kau ingat kepala aku ini apa? Squisy untuk dicucuk?? Bongok!"

Sentap pertama.

"Huh, tak pernah lagi aku jumpa penculik yang suka betul tunjal kepala orang berpuluh kali. Dua tiga cukuplah! Tak perlu nak tunjal kepala orang, nanti aku tendang kepala kau, tahu pula merengek macam cry baby"

Sentap kedua.

"Adab mana adab? Dah tahu diri penculik tak perlu nak menunjal kepala orang. Tolak bahu orang ke tak pun cekik koler baju ke, kan elok. Tempat lain boleh kau nak cucuk - cucuk tapi kepala, no!! Dasar tak ada adab!"

Sentap ketiga.

Terkaku lelaki yang berada dihadapan Arluna. Siapa sebernanya penculik? Dia ke atau perempuan yang tahu bagi ayat perli? Macam mana suaminya boleh hidup dengan perempuan begini? Huh pelik!

"Diamlah betina! Apa yang aku nak cuma bodyguard engkau dan tuan aku! Aku tak nak dengar bebelan kau yang macam burung pipit!" lagi sekali lelaki itu menunjal kepala Arluna tanpa memperdulikan sindirian oleh Arluna. Rahang Arluna rasa mahu tercabut. Tak sangka lelaki ini tak pedulikan nasihatnya.

Pipi kiri dan kanan milik Arluna ditekan dengan kuat dan ditarik dekat di hadapan lelaki itu. Dia memandang tepat ke arah anak mata Arluna sambil mengacukan sepucuk pistol ke arah pipi Arluna

"Aku tahu kau takut. Aku tak nak buat apa - apa kat kau. Aku cuma nak pertolongan kau. Panggil bodyguard kesayang kau jumpa aku. Dan suruh dia... Hantar balik tuan kesayangan aku."

"Kalau aku tak nak? Apa kau nak buat?"

Dia tersenyum sinis memandang tepat ke arah anak mata aku. Dia mencari sesuatu dimukaku. "Kitaorang takkan lepaskan kau" Arluna terkejut mendengar kata - kata lelaki itu. Pistol dipegang oleh lelaki itu dilempar ke atas lalu menangkap.

"Kita orang... Takkan teragak sedikit pun... Nak hancurkan diri kau dan kandungan dalam badan kau. Fikir baik - baik sebelum buat keputusan bodoh" lelaki itu meninggalkan Arluna bersendirian di atas lantai simen itu beserta tangan dan kakinya diikat dengan kuat menggunakan pita hitam. Arluna mendengus geram, kepalanya otak sedang serabut dengan segala masalah.

Sekarang ini, macam mana dia nak lepaskan diri??

SUAMIKU ENCIK BODYGUARD

"Edric jangan tutup mata kau Edric bertahan untuk isteri kau dan bakal anak kau yang akan lahir" terkumat kamit Faolan berkata ditepi Edric sambik gengam tangan Edric dengan kemas. Keadaan Edric sungguh kritikal.

Tembakan yang dilepaskan oleh Tengku Adrian telah terkena tepat dibahagian dadanya, dimana jantungnya diletak. Semasa dia berada diambulans tidak henti - henti dia mengeluarkan cecair merah dari mulutnya.

"Edric, tolonglah bertahan untuk Arluna dengan anak kau. Aku mohon tolonglah!!" Mata Hiro berubah merah kerana mengeluarkan cecair jernih tanpa berhenti. Tak putus - putus dia memberikan semangat pada Edric yang sedang terbaring dibawa ke bilik bedah.

Mulut terkunci rapat tidak mampu untuk membalas kata - kata mereka. Faolan dan Hiro berhenti dihadapan pintu bilik pembedahan kerana ditahan oleh dua nurse perempuan. Matanya tertangkap satu susuk tubuh badan yang dia sangat kenal dan pada masa yang sama dia terlalu benci pada pemilik badan itu.

Tak mungkin... Mama datang... Tak mungkin.

Hiro terduduk di atas kerusi, keala ditunduk kebawah. Sampai sekarang air matanya tidak henti keluarkan air jernihnya. Dia tak mahu kehilangan lagi seorang sahabat. Cukuplah Cleo sudah meninggalkan dirinya.

Rasa sebak menyelubungi hatinya. Muka Cleo bagaikan betul - betul dihadapannya. Ye, dia pandang Hiro penuh sedih dan sayu seperti mahu memujuk dirinya untuk tidak bersedih dengan kematian dirinya.

Dia langsung tidak faham dirinya, dia tahu cleo sangat sukakan dirinya atau lebih tepat gilakan dirinya. Tapi dia tak mampu nak sukakan Cleo pada masa itu. Bila dia sudah meninggalkan dirinya buat selama - lamanya, baru wujud perasaan cinta pada Cleo.

Bahu ditepuk lembut oleh Faolan. Cuba memujuk pada si gadis yang sedang menangis tanpa henti. "Kau perlu terima kenyataan, Hiro. Kau nangis sampai air mata darah pun dia takkan hidup balik. Hidup perlu diteruskan walaupun kau kehilangan orang yang paling kau sayang dan berharga dalam hidup kau. Aku pasti Cleo tengah sedih melihat rupa engkau yang dah basah dengan air nata kau." Lembut Faolan memujuk Hiro.

"Tapi... Tapi kenapa bila dia tinggalkan aku.. Baru sekarang aku rasa yang aku sukakan dia, aku rindukan dia? Kenapa?" mulut ditutup dengan tangannya. Tak mampu dia menerima kenyataan. Suara Cleo yang cukup riang itu terngiang - ngiang di telinganya. Tiba - tiba ada Nurse menyapa Faolan Dan Hiro. Maka terangkatlah muka Hiro dengan mata merahnya.

"Cik dan Tuan mesti kawan rapat encik Cleo, betul? Kami nak bawa Cik dan Encik untuk berjumpa dengan mayat Encik Cleo untuk kali terakhir" lembut nurse lelaki itu. Faolan menarik lembut tangan Hiro.

Satu demi satu langkah terasa berat. Faolan fikir dirinya tidak cukup kuat untuk hadap mayat sahabatnya. Mampukah dia? Mereka bertiga termasuk nurse lelaki itu sudah berada betul - betul dihadapan pintu Bilik Mayat.

Nurse Lelaki itu membukak pintu itu dan mengalu - alukan Faolan dan Hiro masuk ke dalam bilik mayat itu. Badan Cleo yang terkaku keras dan sejuk itu berada di atas tempat lhas untuk letak mayat. Seluruh tubuh badan Cleo ditutupi dengan kain putih.

Sebahagian kain yang menutupi dimuka Cleo ditarik pelahan oleh Faolan. Serta merta Faolan dan Hiro menutup mata mereka. Tak sanggup mereka melihat muka Cleo yang pucat itu. Tapi mereka tetap gagahkan diri mereka untuk menatap muka sahabatnya buat kali terakhir.

Muka Caolan sungguh pucat. Mata tertutup rapat, ada lesan tembakan di atas kepalanya. Tanpa ada rasa takut pun mengcuit hati Hiro untuk menyentuh pipi Cleo yang sejuk itu. Pelahan - pelahan air mata Hiro jatuh.

Kenapa dia perlu mati dalam keadaan tragis? Kenapa? Kedua tangan Hiro genggam tangan Cleo. Tangan kanan Faolan mengusap lembut dibelakang Hiro. Dalam bilik itu, hanya ada bunyi tanggisan yang dikeluarkan oleh Hiro.

Cleo Laith

14/08/1993 - 06/10/2021

03 : 30pm

Tembakan di kepala dan dada.

Cleo Laith... Itulah nama manusia yang berjaya menawan hati gadis yang dia mahukan. Cuma cintanya diterima selepas kematian dirinya. Semoga Caolan sentiasa berada di hati reader.

EDRIC SEBASTIAN × ARLUNA IRASYAH

 1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√Where stories live. Discover now