"SAYANG!!" Tengku Adrian teruja memanggil aku. Aku terkejir kecil kerana terkejut melihat kehadirannya.
"Apa abang buat kat sini?" aku pula bertanya pada dia. Dia memuncung mulutnya sambil memeluk tubuhku. Pipiku menjadi sasarannya olehnya untuk dicium. Bertubi - tubi dia cium tanpa henti.
"Alah jumpa isteri pun tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh, kalau orang nampak apa jadi?"
"Bukannya kena tangkap basah pun" dia menjawab dengan selamba. Dia mengeluar cincin dari poketnya. Tegumam aku melihatnya, macam mana dia boleh dapat cincin itu?
"Kenapa bagi perempuan lain pakai cincin nikah kita? Nak abang kahwin lain ke?" ugutnya. Aku menumbuk perutnya dengan kuat, jangan dia berani kahwin lain sudahlah.
"Bukanlah, dah dia nak pakai. Nak buat macam mana?" aku memeluk tubuh badanku.
"Ke sebab sweety tak ada hati dekat abang, itu yang bagi cincin ni dekat dia?" aku jeling memandangnya. Memang gila mamat ini.
"Mana ada. Awak kena ingat, walaupun saya ni suka menipu cuma satu jer saya tak pernah menipu" aku membiarkan kata - kata aku tergantung. Bagi dia panaskan otaknya.
"Apa dia?"
"Cuma perasaan saya jer tak pernah menipu" dia memeluk tubuh badan aku, pipiku digesek dengan pipi Tengku Adrian. Pipiku rasa terbakar pula kerana digesek dengan laju.
"SAKIT!!!"
Tok!! Tok!!
Aku dan Tengku Adrian gelabah mencari tempat menyorok apabila mendengar bunyi ketukan.
"Abang, masuk dalam tandas!!" aku menolak tubuh badannya dengan laju masuk ke dalam tandas. Aku menutup pintu tandas dengan rapat agar tiada siapa nampak tubuh badannya. Aku membukak pintu bilik, terlihat muka Fareesha yang sudah naik merah.
"Aku suruh engkau turun, kenapa lambat?" aku mengaru leher aku yang tidak gatal ini. Matanya menandang ke atas katil itu.
"Kenapa cincin tu ada kat atas katil tu?" dia bercekak pinggang di hadapanku meminta aku jelaskan. Leher aku sudah berpeluh kerana gementar.
"Aku tanya ni, jawablah!" dia menolak bahuku dengan kuat. Aku masih berdiam aku tidak tahu untuk jawab. Dia mengambil cincin itu semula lalu menyarung ke jari manisnya. Kali ini dia menampar muka aku dengan kuat.
"Sakitlah!!"
"Memang patut pun kau kena tampar!!" Fareesha memukulku dengan kuat. Tengku Adrian yang berada di dalam tandas itu hanya mendengar pergaduhan kami berdua. Jika dia keluar sekarang, memang pasti Fareesha aku tertanya mengapa dia berada di sini?
"Apa kau buat kat adik aku?" Along menahan tangan Fareesha dari meneruskan memukulku.
"Dia tu pencuri! Selamba jer ambik cincin aku!" dia menjawab dengan bangga sekali. Along tersenyum sinis lalu merampas cincin yang tersarung di jari manis Fareesha.
"Ini kau kata cincin engkau? Weh ini cincin nikah si Arluna. Agak - agaklah menipu" pada masa yang sama Tengku Adrian munculjan dirinya dari bilik tandas itu. Mukanya cukup garang memandang Fareesha.
"Apa bising - bising ni? Tak malu ke orang dengar?" Mak angah munculkan dirinya.
"Along? Apa kau buat kat sini?"
SUAMIKU ENCIK BODYGUARD
"Aku nak ambik barang aku" Tengku Adrian menjawab bagi pihak Along. Tengku Adrian dukung aku lalu membawa aku keluar dari bilik itu. Aku meronta meminta dilepaskan. Sampai sahaja dihadapan keretahiluxnya baru aku dilepaskan. Dia memandang aku cukup dalam. Matanya sedikit kemerahan lalu mengeluarkan cecair jernih itu.
"Kenapa sweety sanggup rahsiakan dari abang? Kenapa nak sangat peegi rumah tu tanpa abang? Abang ni tak penting ke dalam hidup sayang?" bertubi - tubi dia bertanya pada aku.
"Abang call sayang berpuluh kali lepas ibu dengan ayah cakap sayang selalu kena pukul dengan diaorang" makin laju cecair jernih itu mengalir. Muka aku menunjukkan betapa bersalahnya aku tak cakap tentang keluarga mak anagh aku yang berperangai seperti setan itu.
"Abang cuma... Tak nak kehilangan sayang. Cuma tu jer.. Abang tak nak lebih abang cuma nak sayang" badan aku ditarik dalam pelukannya yang hangat itu.
"Abang... Abang ni milik sayang. Milik sayang buat selama - lamanya.."
"Kenapa kita tak boleh pegang tangan macam pasangan lain?"
"Kenapa kita tak boleh cium sesama kita? Kenapa?"
"Abang harap kita boleh jadi macam tu.."
"Sebab abang ni milik sayang.." aku tersedar yang aku ini isteri yang tidak guna. Aku dah seksa perasaan Tengku Adrian tanpa rasa bersalah sedikit pun. Aku membalas semula pelukannya, aku memgeluarkan tanggisan aku kerana aku rasa bersalah sangat. Aku dah seksa perasaan dia, aku buat dia susah hati.
"Saya.. Saya bodoh.." pelahan aku berkata.
"No.. You not stupid sweety. Sayang terlalu ikut ego dan trauma dulu" dia memujukku. Pelahan - lahan dia mengusap tubuh badanku.
"Kenapa.. Kenapa abang nak kahwin dengan saya? Abag boleh kahwin dengan Faridha dia cantik, sempurna tapi kenapa saya?" aku bertanya padanya. Dia mengangkat mukaku hadap ke mukanya.
"Don't ask me a stupid question. Mungkin sayang bukan cinta pertama abang tapi sayang akan sentiasa jadi cinta terakhir abang. I love you, my wife. Abang akan terima seadanya isteri abang, biarpun cacat sedikit abang tetap sayang dia, tak lebih tak kurang" kata - katanya cukup buat aku terharu.
"Tapi.. Saya mampu ke terima abang? Saya tak kuat.."
"Abang pasti, sayang mampu. Don't give up okay? Jangan nangis - nangis, muka sayang buruklah bila nangis" dia mengusap air mata aku di pipiku.
"Abang pun sama" aku pula mengusap pipinya yang sudah dibasahi dengan air mata itu. Kami terketawa kecil sesama kami. Aku doa, yang aku ini mampu untuk terimanya macam mana Tengku Adrian menerimaku.
YOU ARE READING
1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√
LosoweDia memandang tepat ke arah anak mata aku sambil mengacukan sepucuk pistiol ke arah pipi aku. "Aku tahu kau takut. Aku tak nak buat apa - apa kat kau. Aku cuma nak pertolongan kau. Panggil bodyguard kesayang kau jumpa aku" "Kalau aku tak nak? Apa ka...