Bab 36

820 69 4
                                    

"Kau nak buat apa dekat aku ha!?" aku menjerit ke arah wanita itu. Dengan kasarnya menarik tanganku lalu menolak di atas puncah bagunan itu. Dia menarik rambutnya yang kehadapan yang ditiup angin ke belakang. G34 dan dipasang silencer dipegang kemas oleh wanita itu.

Aku mengundur kebelakang, kepalaku menoleh kebelakang supaya diriku tidak berada dihujung bagunan itu. Tidak pasal - pasal dia jatuh, arwahlah jawapannya. "Kau tak boleh gerak mana - mana Arluna... Kau akan mati juga..." pelahan dia berkata.

Mata dipandang ke arah kayu yang tidak jauh dari aku. Apabila dia menoleh memandang ke tempat lain, terus aku mengambil peluang keemasan ini.

BANG!!!

Peluru ditembak hampir terkena tanganku. Tidak jadi aku mahu ambil kayu itu. Wanita itu menarik kepalaku dengan kuat. Mukanya berada disebelah, bibirnya merahnya mengukirkan senyuman sinis. "Kau fikir aku boleh lepaskan kau sesenang macam itu? Jangan harap!" dia menendang tepat ke perutku.

Tanganku menggegamkan di bahagian perutku. Menahan sakit sambil berdoa supaya kandunganku baik - baik sahaja. G34 di acukan ke kepalaku. Anak mata hijau tua itu memandang anak mataku.

Aku merapatkan mataku serapat - rapatnya. Keadaan ini buat aku teringat pada hari kejadian dimana aku dilanggar dengan lori. Cuma keadaan itu aku terasa dipeluk dari belakang lalu terasa badanku dilanggar dengan sesuatu yang sangat kuat.

"Bye bye" ucap wanita itu. Aku berserah sahaja pada takdir, jika malam ini adalah malam terakhirku maka aku redha. Tiga puluh minit aku pejam mataku, tetapi tidak terasa apa - apa. Terasa diriku ditembak pun tiada. Aku membukak mata kananku. Terkedu aku melihat.

Carlo berada di belakang wanita itu sudah mengelar wanita itu tanpa membuat satu bunyi sedikit pun. Wanita itu jatuh dihadapanku, cecair merah keluar membanjiri dikawasan badan wanita itu. Terketar - ketar aku melihat darah yang banyak itu.

Edric memeluk tubuh badanku. Mukaku disembam ke dadanya. Pelahan - lahan dia usap kepalaku cuba menenangkan diriku yang sudah menggigil kerana melihat darah yang banyak. Mulutku terkumat kamit membaca selawat. "Shshh... Sayang... Tenang sayang... Tak ada apa yang perlu takut sayang... Shshh aku ada dekat sebelah kau sayang..." lembut dia berkata.

Aku memandang mukanya ke atas. Rasa comel pula tengok dia nangis. Aku mengusap lembut pipinya, entah kenapa kepala aku sakit. Aku cuba memandang mukanya buat kali kedua, aku hanya melihat mukanya seperti basah di dalam kolam dengan mata terlelap dan mukanya yang sedang menangis di hadapanku.

Seperti aku nampak dua Edric pada masa yang sama.

Aku mengerut mukaku kerana sakit. Edric memandangku risau lalu memimpin aku dengan berhati. Jika salah langkah memang dua - dua jatuh. Nanti adalah yang kena pergi hospital. "Sayang kau okay?" pelahan dia berkata. Aku mengunci mulutku dan hanya angguk.

SUAMIKU ENCIK BODYGUARD

"Mulai hari ini, aku nak kau duduk jer dalam bilik ini. Tak ada bantahan. Full stop" suaranya garang ke arahku. Aku memuncung mulutku. "Macam mana... Kalau saya nak ambik makanan ke?" aku bertanya pada Edric. Dia memeluk tubuhnya lalu menunduk memandang mukaku.

"Makcik Marsha adakan. Suruhlah dia ambil" balasnya. "Tapi... Saya tak nak susahkan dia.." Edric jeling tajam memandangku memberikan amarah terakhir. Sudahlah Arluna, kau terima jerlah apa yang disuruh oleh Edric. Terima jerlah dengan hati terbukak, Arluna oii!

Aku membukak tanganku seluas - luasnya, memberikan isyarat aku mahukan pelukan dari suamiku. Dia tersenyum nipis lalu memelukku dengan erat. Dia mengangkat tubuh badanku lalu letak di atas ribanya. Perutku sedikit buncit itu, diusap lembut oleh Edric.

Selamba dia menarik tubuh badanku hempap ke atas badannya dengan kuat. Dia ini tak ada rasa sakit ke apa? Pipi pauku digigit lembut olehnya. Aku terketawa seperti bayi apa bila dia buat sebegitu.

Aku memusing badanku ke arah sisi. Tangan kananya merapatkan tubuhku ke badannya. Tangan kirinya pula diletak bawah kepala. Terpesona aku tengok Edric yang kacak seperti prince charming itu. "Kenapa tengok macam itu? Nak kena gigit ke kat leher?" dia bertanya padaku dengan senyuman nakal. Aku tersengih kemudian geleng dengan laju.

Tidak mahu aku kena gigit dengan Edric. Nanti dia tinggakkan kesan. Sakit!

Aku memeluk tubuh badan Edric yang hangat itu dengan erat. Kaki kiriku diletakkan di atas kaki kanannya seperti aku memeluk bantal peluk. Rambut hitam milikku diusap lembut oleh Edric. Ubun - ubun ku dicium oleh Edric. "Goodnight sayang... Assalamualaikum.." pelahn dia berkata. Maka aku pun lena diarus dengan mimpi.

ABAH GULA

Kaki Edric bersilanh dengan cermin matanya dipakai elok di mukanya. Melihat anak buahnya sedang bersiap sedia dengan pelbagai senjata. Hideo duduk bersebelahan Edric. "Sihat ke anak kesayangan aku?" Hideo bertanya dengan mulutnya menghisap rokok. "Mhm.. Sihat. Siap boleh makan enam ketul daging kambing"

Hideo terus melepaskan gelak tawanya. Tidak dia menyangka anak kesayangannya itu ada selera yang besar. Hatinya terasa sedikit lega mendengar khabar baik dari Edric. Selepas dia mendengar berita bahawa Arluna diserang oleh musuh, mahu sahaja jantung dia tercabut.

"Bila kau nak start game ini?"

"Bila lelaki itu mula bergerak" jawab Edric. Salah satu pedang yang dipegang oleh anak buahnya membuatnya tertarik. Dia meminta anak buahnya memberikan pedang itu padanya.

Pedang dipegang olehnya dipusing tiga ratus enam puluh darjah lalu diacukan tepat pada Faolan yang muncul tanpa beri salam. "Kau jangan nak bunuh aku. Aku tak buat salah pun dekat kau" Faolan memandang malas lalu berjalan ke hadapan untuk melihat senjata kesayangnya.

"Kau dah cakap ke dekat isteri kau?" Faolan bertanya pada Edric sambil memegang senampang M4. Edric hanya senyap tidak memberikan jawapan. Jika dia beritahu pada Arluna mesti dia akan menangis dan merayu untuk tidak pergi.

"Entahlah... Aku mungkin tak bagitahu" senapang yang dipegang oleh Faoaln jatuh kerana terkejut. Dia berjalan dengan laju ke arah Edric yang membuat pandangan kosong. Badan Edric ditolak, muka kejinya diberikan pada Edric. "Kau nak buat macam abang kau ke Edric!? Dia tak cakap isteri dia yang dia terpaksa tinggalkan dia! Dan bila dia mati tak ada sorang pun nak bertanggung jawab untuk memberitahu pada isteri dia!" koler baju Edric ditarik rapat. Pandangan dingin memandang edric.

"Sampai sekarang isteri dia tunggu kepulangan suami dia!! Sampai sekarang! Kau tak rasa kesian ke dekat isteri kau kalau apa - apa jadi dekat kau!? Kau nak biarkan Arluna bersendirian dengan anak yang tak dapat kasih sayang ayahnya!?"

Terkedu Edric mendengar Faolan.

"Arluna dah tak ada sesiapa! Keluarga angkat dia dah tinggalkan dia, dan memberikan tanggungjawab mereka pada kau! Kau nak tengok Arluna bersendirian macam dulu ke Edric? Macam mana dia dulu dijual dengan orang jantan sundal untuk melepaskan nafsu hawa mereka?"

Sentap kuasa dua.

Edric sudah tak ada modal untuk membalas kata - kata Faolan. Semua kata - katanya memng benar. Sebelum Arluna diberikan pada keluarga Tuan Firdaus.. Dia diberikan pada keluarga yang salah dan bermasalah. Mereka melayan Arluna dengan teruk sehingga menjualkan Arluna seperti barang.

Sungguh dia tidak mahu melihat Arluna dulu.

EDRIC SEBASTIAN × ARLUNA IRASYAH

 1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√Where stories live. Discover now