AKU melihat Edric yang berada di balkoni itu. Dia memandang penuh tenang lalu mengeluarkan air matanya sedikit. Angin sepoi ditiup sehingga rambut hadapannya kedepan.
"Aku ada satu soalan" aku jongketkan keningku tinggi. Apakah soalannya?
"Kau sebernanya sayangkan aku ke?" soalan paling sakit dan berbisa!!
Aku melihat lampu tidur. Berdoa agar lampu tidur itu memberikan jawapan padaku. Badanku sudah berpeluh apabila Edric berada di tepiku. Dia melihat muka pucatku lalu mendengus pelahan.
"Kau sebernanya tak sukakan aku... Betul?" lagi sekali dia bertanya.
Aku diam.
"Kau nak aku ceraikan... Kau?" tersentak aku dibuatnya. Aku menoleh memandangnya. Dia sudah tersenyum plastik, air matanya jatuh kebawah. Aku geleng dengan laju. Badannya ditarik lalu aku memeluk badannya. Kepalaku disembam ke badannya.
"Hik... Hik.... Jangan..."
"Kenapa? Aku tak suka tengok orang yang aku sayang merana, sayang" dia mengusap pipiku penuh lembut. Aku sudah hilang kata - kata. Otak tak mampu memberikan jawapan, benar apa yang dia kata. Aku tak sukakan dia, tapi aku masih boleh untuk cuba cintakan dia.
"Kenapalah... Kau kena hidup di dunia kejam ni?" dia melihat dada langit.
"Tapi aku tetap cintakan kau Arluna.... Walaupun kau ada di dunia kejam.." gumamnya pelahan
"Aku sanggup korbankan apa - apa pun... Termasuk nyawa aku akanku korban untuk kau biarpun kau bukan milik aku lagi" air mataku sudah jatuh. Kenapa aku ini terlalu bodoh? Kenapa aku tak mampu menerima sesuatu yang baharu di dalam hisupku kenapa?
Aku menangis sekuat hati. Edric hanya melihatku dari balkoni. Air mataku deras jatuh ke atas tilam.
"Aku akan tetap lindung kau Arluna..." aku melihat Edric yang sudah mengukir satu senyuman.
"Arluna Irasyah binti Firdaus.... Aku-" sepantas kilat aku menutup mulutnya. Tidak sanggup aku mendengar kata - katanya. Air mataku dikeluarkan dengan bnayak, mukaku kemerahan sambil menggeleng kepalaku merayu untuk tidak meneruskannya.
"Hei... Hei... Jangan nangis sayang... Aku buat semua ni supaya kau akan lagi selamat... Kalau kau masih ada kat sini nyawa kau dihujung tanduk.." pelahan dia berbisik. Memang benar nyawa aku dihujung tanduk, dah berapa kali aku hampir dibunuh?
"Tak... Aku tetap nak ikut kau!!" aku sudah nekad, biarpun aku tak sauka dia, aku tetap mahu ikut kemana padanya.
"Kalau kau tak-"
"Aku mampu, Edric. Aku mampu!" jeritku dengan kuat. Dia mengusap kepalaku lembut. Ubun - ubun ku dicium.
"Tidur sayang.."
SUAMIKU ENCIK BODYGUARD
Aku membukak mataku apabila aku terasa sesuatu sedang memeluk tubuhku. Badanku rasa berat kerana pelukan itu. Aku sudah seperti macam budak kecik meronta dilepaskan.
"Emmm.... Jangan nak lari" suara ngantuk Edric dikeluarkan. Aku terkebil - kebil cuba untuk memandangnya. Muka comelnya terus terserlah. Benda pertama yang aku tengok adalah... Pipi!! Pipinya sangat gebu macam pau, rasa nak gigit jerr!!
"Ngap!!" aku gigit lembut di pipi Edric. Edric terkejut melihat aku gigit pipinya.
"Kau nak apa markonah!!! Eee sakitlah" dia menolak mukaku dengan kuat. Menambahkan gigitan ku lebih kuat. Dia mengerang sakit, aku tersenyum jahat.
"Amboi!!! Dia nakal boleh pula, kita nak nakal dengan dia tak boleh!!" rengeknya. Aku melepaskan gigitanku bila aku sudah rasa puas. Dia jeling padaku. Aku senyum tak bersalah. Dia menyambar badanku lalu geletek seluruh badanku sehingga aku menangis cuba menahan gelak.
"Hahaha!!! Stop.... Ahahahaha!!! Stop Edric HAHAHAHAHAHA!!"
"Tulah nakal lagi!!" dia berhenti geletekku. Aku duduk di hadapannya. Dia memandang aku pelik. Entah kenapa aku rasa ingin memeluknya.
Badan sasanya dipeluk dengan kuat. Kepalaku ditolak dengan kuat. Aku masih memeluknya seperti koala. Dia sudah meronta meminta dilepaskan, tapi aku tetap degil.
"Sayang... Kau mengandung ke?" aku rasa macam nak jatuh macam nangka busuk apabila ditanya sebegitu. Aku geleng laju. Dia meletakkan jarinya di bibir sambil memandang siling. Dia angkat badanku yang setinggi seratus tiga puluh sembilan cm ini. Kepalanya bergerak memandang aku. Matanya turun ke bawah melihat perutku.
Dengan lajunya dia meletakka kepalanya di atas perutku.
"Eh!! Apa ni main letak - letak kepala!!" aku menolak kepalanya dengam kuat. Dia sudah tersenyum miang.
"Kau mengandung!!!"
"Macam mana kau tahu!?" Edric terus terbantut. Dia mendengus geram. Dia memeluk tubuh badannya lalu mengerut muka macam asam keping.
"Firasat ayah mana pernah salah!!!"
"Bukan firasat ibu ke?" aku bidas kata - katanya. Dia meroyan macam budak kepadaku.
"Yeye... Firasat ayah tak pernah salah" aku mengyekan walaupun kata - kata Edric tak betul pun.
"Hari ini kita buat ultrasound!!!" dia menjerit dengan gembira. Aku membiarkan sahaja apa yang dia mahu.
"Kalau aku betul... Kau kena panggil aku abang!! Tau!!" dia mula berkata macam budak. Aku memicit kepalaku, penat aku layan perangainya yang mengalahkan budak - budak.
ABAH GULA
"Tahniah puan!! Anda disahkan mengandung dua bulan!!!" lembut gadis itu berkata padaku. Edric terlompat - lompat macam monyet kerana terlebih gembira. Hari itu, bukan main dia menangis siap nak lafazkan cerai... Tapi hari ini dia berubah tiga ratus enam puluh darjah.
"AAAAAAAA thank youuuu sayanggggggggggg!!!!!!" dia mencium pipi gebuku bertubi - tubi. Sehingga air liurnya dikesan. Mahu sahaja aku tumbuk si Edric ini.
Gadis itu tersenyum manis lalu membukak kelas menjaga ibu mengandung pada Edric. Edric mendengar penuh kusyuk. Aku memuncung mulut mendengar tazkirah gadis itu.
"Untuk pengetahuan tuan, ibu mengandung akan dapat morning sickness. Saya harap tuan akan jaga dia baik - baik!" gadis itu berkata lagi. Edric ketawa kecil padaku. Aku mendengus geram. Terlalu geram!!
"Tapi tuan janganlah gembira sangat! Sebab tuan pun boleh kena morning sickness juga!" aku ketawa dengan kuat melihat muka Edric sudah pucat. Padan muka dia!!
EDRIC SEBASTIAN x ARLUNA IRASYAH
YOU ARE READING
1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√
RandomDia memandang tepat ke arah anak mata aku sambil mengacukan sepucuk pistiol ke arah pipi aku. "Aku tahu kau takut. Aku tak nak buat apa - apa kat kau. Aku cuma nak pertolongan kau. Panggil bodyguard kesayang kau jumpa aku" "Kalau aku tak nak? Apa ka...