Bab 28

886 79 12
                                    

"My Arluna is back"

Aku menendang perutnya menggunakan kaki kiriku sekuat hati. Gigiku mengetap sekuat hati memandang Edric yang mengerut mukanya.

"Kau tahu tak sakit kepala aku ni!!" jeritku.

"Sekurang - kurangnya aku dah bagi memori lama kau" dia menjawab selamba. Mamat ni memang minta aku hantar dia jumpa tuhan.

"Kalau ye pun kau nak bagi memori aku, perlu ke kau tendang aku keluar dari katil?" nada dendam terus dikeluarkan.

"Hok aloh, dahlah aku nak tidur" Edric sudah malas mendengar bebelanku, dia menarik selimut menutupi badannya lalu baring di atas tilam itu. Aku perlu tidur sebelah dia ke? Perlu? Semstinya tak, entah - entah masa aku tidur, dia nak rogol aku. Tapi aku dah kahwin dengan dia, mana boleh kira aku kena rogol dengan dia.

Mungkin dia nak bunuh aku? Tapi aku tak nampak pistol pun. Mungkin dia sorok dalam badan dia? Tapi yang aku pelik, macam mana aku masih boleh bernafas selepas aku tidur bersamanya walaupun bukan sekatil?

Paling pelik, macam mana aku boleh kahwin dengan dia? Aku koma hampir tiga tahun, tapi macam mana aku boleh fall in love dengan dia? Apa dah jadi selama aku tidur tiga tahun itu?

Kenapa aku bodoh sangat?

Aku mengambil bantal yang ada di atas katil itu, tak apa. Hari ini aku tidur bawah, Edric akan tidur atas. Aku baring di atas lantai yang keras seperti hatiku. Aku memandang Edrif yang masih dalam kedudukan yang sama di atas katil itu.

Hati aku meronta - ronta meminta tidur di atas tilam yang empuk itu. Aku tak boleh ikut nafsu aku ini. Aku berkeras untuk tidak tidur di atas katil itu bersama Edric. Takkan!

"Leibling... Bangun" pelahan dia berkata.

Aku membukak mataku seluas - luasnya. Apabila bangun aku dari tidur, badanku berada di atas tilam. Aku memandang Edric yang sedang memakai baju kemeja putih. Sebelum dia memakai baju kemaja itu, aku boleh nampak kesan parut. Kenapa ada parut kat badan dia?

Bukan ke dis polis? Aku memukul kepalaku dengan kuat. Kenapa aku ni terlalu bengong? Dah nama pun polis mesti akan ada parut di muka, di badan segalanya. Takkan kulit dia jadi putih pula selepas jadi polis.

"Leibling, dah subuh. Apa kata kau solat"

"Kau dah solat?"

"Dah lama" jawabnya. Aku turun dari katil itu. Aku mengabaikan semua masalah yang aku fikir itu, apa yang penting aku kena mandi dan solat.

Habis sahaja aku mandi dan menunaikan solat subuh. Aku bertemu dengan Edric. Mukanya tenang menghirup tea lemon itu. Aku memandang cukup dalam, muka Edric yang tenang tadi berubah gelisah.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Aku ada buat salah ke?"

"Ye kau ada buat salah! Macam mana aku boleh dekat atas katil? Kau angkat aku?" ke kau rogol aku!?" suara menuduh terus disembur padanya.

"Sedap mulut kau menuduh aku. Kau tahu dosa menuduh lebih besar dari membunuh?" dia membukak kelas agama padaku. Aku menjulimg ke atas, aku tidak mahu mendengar tazkirah agama aku mahu mendengar jawapan.

"Orang tanya jawab, kau ada buat apa - apa dekat aku ke?"

"Cuba kau ingat apa yang aku cakap semalam" aku mendiam untuk ingat apa yang jadi sebelum ini. Dia tanya aku tentang tips buat anak... Lepastu... Tentang goda? Aku membatalkan niatku untuk ingat kata - katanya yang sungguh memalukan itu. Pemikiran Edric semestinya, otak kuning.

"Tak payah risaulah. Aku tak buat pun" lega aku mendengar jawapannya.

"Tapi aku tak pernah tolong engkau pun kan?" entah kenapa aku rasa bersalh padanya.

"Tak perlu risau pasal itu. Yang penting nanti aku 'claim' hadiah aku dengan cara sendiri" dia menghirup semula air teanya. Aku mengecilkan mataku memandangnya tidak puas hati. Menyampah aku dengan dia.

"Aku nak keluar" aku memberitahu hajatku padanya. Dia menarik tanganku dengan kuat. Apa pegang - pegang ni?

"Tak boleh?"

"Tak boleh? Aku kena dengar cakap kau sebab kau suami aku?"

"Yes" pelahan dia berkata. Aku mendekatkan mukaku di hadapan Edric.

"Aku tak pernah cintakan kau, Edric" aku menyembur fakta yang benar dan pasti padanya.

"Kau lebih suka dengan pembunuh bersiri? Padahal bekas suami engkau tu pun ada niat nak bunuh kau. Sekurang - kurangnya, aku selamatkan hidup kau dari jatuh dekat tangan orang yang salah. Bukan tu jer, aku janji dengan mak sebenar kau untuk kahwin dengan kau. Aku suka engkau dari hati aku. Kau tak suka aku tapi aku suka engkau. Kau kena ingat, AKU SUKA ENGKAU TAPI KAU TAK SUKA AKU" dia menekan ayat terakhirnya.

"Kau tahu apa kau kena buatkan? Buat aku jatuh cinta macam mana Adrian buat aku jatuh cinta dekat dia"

"Senang" dia menarik pinggangku rapat dengannya. Mukanya betul - betul di hadapan muka aku. Dia merilit melihat muka aku yang memandang dia pelik.

"Aku... Suka kau... Arluna... Aku sukakan kau.." dia berkata pelahan dan lembut di tepi telingaku. Aku memandang anak mata biru tuanya. Anak matanya menjelaskan segala - galanya. Tiada lenipuan dalam anak matanya, memang dia berkata benar. Memang dia betul - betul sukakan aku. Dia melepaskan pingangku lalu berjalan meninggalkan aku bersendirian di tengah - tengah dapur ini.

Dah kenapa aku malu teruk ni?

SUAMIKU ENCIK BODYGUARD

"Edric..." Adrian menyeru namanya dengan Edric dengan pelahan. Senyuman jahatnya terukir di bibirnya.

"Kau nak apa? Tak cukup lagi ke kau tembak aku tepat dekat kaki aku?" Edric mendengus malas di hadapan Adrian.

"Aku nak... Isteri kesayangan kau..." dia berkata dengan senyuman jahatnya. Edric memandangnya seperti mahu menumbuk mukanya higga hidungnya darah.

"Langkah mayat aku dulu, kalau kau nak Arluna" Edric berkata dengan tegas. Adrian gelak jahat pada Edric lalu dia mengacukan pistol tepat di kepalanya.

"Aku dah brain wash Arluna sebelum dia amnesia lagi. Aku pasti, dia takkan sukakan kau Edric. Aku pasti.." dia berkata dengan yakin. Edric tersenyum sinis padanya lalu dia menarik koler baju Adrian dekat dengan mukanya.

"Tak lama lagi, kau pun akan jumpa tuhan. Pandai - pandailah kau tanggung dosa engkau yang bunuh orang yang tak bersalah apatah lagi berdosa dengan engkau" Edric membidas kata - kata Adrian. Adrian sudah mendiam. Tiada modal lagi untuk menjawab kata - katanya yang cukup berbisa itu.

"Kau ingat aku tak boleh bunuh isteri kesayangan kau?"

"Kau sentuh dia walaupun sehelai rambut, aku akan bunuh kau. Bukan bunuh tapi seksa kau secukup - cukupnya macam mana kau seksa mak Arluna"

"Awww takutnya titew!! Kau ingat kau boleh bunuh aku? Aku ni pembunuh bersiri!"

"Dan aku pula bekas pesakit psychopath. Aku boleh bangkitkan perangai aku bila - bila masa yang aku mahu Adrian. Setakat pembunuh bersiri, bukan satu masalah untuk diri aku" anak mata Edric menjelaskan segala - galanya. Dia tidak berbohong satu kata pun. Memang benar dia akan seksa Adrian kalau dia menyakitkan Arluna.

"Memang aku seorang polis... Tapi aku pun seorang psychopath.. Perangai aku, akan dibangkit pada orang yang berdosa padaku... Bukan pada orang yang tak berdosa dengan aku" pisau lipat bewarna hitam diacukan betul - betul di leher Adrian. Adrian mendongak ke atas kerana pisau di acukan di lehernya.

"Aku akan siat kulit kau... Guna pisau pemberian mak Arluna. Aku akan balas dendam maknya bila sampai waktu"

"Oh my god, fikir aku takut? Lam-" Edric belari dengan laju terus menyambar leher Adrian. Lututnya yang keras mendarat di muka Adrian. Kedua tangannya bergerak dengan pantas menumbuk muka Adrian. Evan menarik tubuh badan Edruc dengan kuat.

"Signore! Berhenti signore tangan kau dah berdarah tu! Signore nak cakap apa dekat sigbora Arluna? Kalau dia nampak tangan Signore mesti dia marah" Evan menyebut nama Arluna, terus Edric berhenti. Dia meludahkan di tepi Adrian. Dia meninggalkan tempat gelap itu dan membiarkan Adrian yang sudah nyawa - nyawa ikan aibat mencari pasal dengan Edric.

EDRIC SEBASTIAN × ARLUNA IRASYAH

 1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√Where stories live. Discover now