Bab 43

2.1K 95 42
                                    

Tergetar - getar Hazizol berada yang berada di hadapan Evan yang menunjukkan muka bengisnya. Dalam kepala otaknya aku memikirkan dengan keputusannya iaitu memunculkan dirinya dihadapan Evan dan yang lain?

Evan sudah menggegamkan tangannya, bersedia untuk menumbuk muka Hazizol. Dia sudah tidak pedulikan apa - apa lagi. Biarpun Hazizol hanya mangsa keadaan dia tetap mahu menumbuk mukanya, Kerana apa? Kerana mukanya seakan sama dengan Tengku Adrian.

"Evan, berhenti!! Kau tumbuk dia, tak ada apa - apa pun yang akan selesai. Kau mengeruhkan keadaan adalah, bukannya memudahkan kerja orang" Hiro memeluk tubuhn ya sambil bersandar di dinding. Evan melepaskan dengusan kasar. Habis niatnya terpaksa dibatalkan gara - gara ada manusia kacau.

"Huh, Manusia macam inilah layak kena tumbuk. Bukan tumbuk jer, lebih elok mati terus!! Entah - entah si sundal ini bersubahat dengan jantan anjing kurap tu, Sebab tu boleh hidup. Dasar pentingkan diri!!" Bidas Evan. Tergumam Hazizol mendengar kata - katanya. Hiro memicitkan dahinya yang rasa seperti mahu sakit itu.

Penat dia mahu layan perangai baran si Evan. "Relax, kepala kau pun dah berdarah balik. Aku tahu kau risaukan Edric dengan Arluna. Pasal Hazizol kau serahkan pada kami, okay?" Lembut Dani memujuk pada Evan. Naik turun dada Evan dibuatnya. Cepat - cepat dia Evan meninggalkan bilik itu. Buat semak mata jerlah kalau duduk sana lama - lama.

"Hazizol.. aku nak kau tenangkan diri kau. jangan panik" Dani menghulurkan cawan kertas yang berisi dengan air putih sejuk. Apa lagi, Hazizol terus merampas cawan kertas itu. Apa lagi, Hazizol minum air itu dengan laju. Anak tekaknya sudah membuktikan dia begitu haus. Entah apa masalah yang dia hadapi sampai dia berubah macam itu pun tak tahulah.

"Dah okay? Aku nak kau buat benda senang jer, tak susah. Bagitahu aku semua yang kau tahu tentang Adrian termasuk pembunuh keluarga kau dan macam mana kau boleh selamat" Dani bersandar di atas sofa empuk itu. Menunggu balasan dari Hazizol. Dia tak boleh memaksa Hazizol untuk beritahu semua benda. Lagi dia kunci mulut adalah.

Hazizol menarik nafas dengan lembut dan melepaskan nafasnya. Dia sudah bersedia untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Dani. "Malam yang satu keluarga kena bunuh... Aku tak ada dalam rumah. Ibu aku cakap, Adrian dengan isteri dia gaduh besar sampai Faridha sanggup acukan pistol. Ibu mintak aku balik rumah"

"Aku cuma cakap... suruh ayah yang hentikan pergaduhan itu... entah tiba - tiba panggilan dari mak aku terputus. Aku mula tak sedap hati, aku balik ke rumah mak aku terus. Aku masa itu dari Johor, terpaksa menempuh perjalanan yang selama hampir tiga belas jam"

"bila sampai rumah itu, hanya sunyi. Ada kereta Adrian, Mak aku, ayah aku. Tak ada perubahan. Semua nampak baik - baik sampailah aku terdetik mahu intai dari cermin luar rumah tengok apa dalam rumah itu. Aku terkedu. Aku tak mampu nak bergerak. Aku trauma lepas aku tengok. Aku... Aku takut. Aku terlalu takut.."

Tergetar - getar kata - kata terakhirnya. Satu tubuh badannya mula rasa meremang seperti dimana dia melihat situasi yang sangat ngeri itu. Kepala ditunduk dan air mata jatuh dengan deras. Suara jeritan dari maknya dan Faridha yang meminta tolong terngiang - ngiang di telinga kiri kanannya.

Pernafasannya mula semakin pelahan, air matanya jatuh dengan deras. Rasa bersalah kerana tidak mampu menyelamatkan ibu bapanya dan menantu keluarganya mula menyelubungi dihatinya.

"hazizol..."

"Diam!! Aku takut, ya allah. Aku takut!! Aku tak nak mati, aku tak nak" Anak matanya bergetar - getar memandang kakinya.

"Hazizol!! Hanya engkau sorang jer boleh selamatkan Arluna dengan yang lain! Kau nak tengok sorang demi sorang mati ke? Kau nak tengok Arluna mati? Edric mati? Faolan mati ke huh!?" Hiro memegang kedua bahu Hazizol.

 1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√Where stories live. Discover now