"Hari ini company ni ada sambutan ulang tahun ke berapa entah. Keluarga si Adrian datang. Jadi aku nak korang dua bawalah sesiapa pun datang ke majlis tu. Ada faham?" Cleo memandang mereka berdua. Edric memeluk tubuh badannya dan Faolan bermain dengan pisau rambo miliknya. Dua - dua manusia itu tidak memberikan perhatian langsung.
Nak sahaja dia buat dua manusia ini jumpa tuhan. Tapi dia terpaksa batalkan niatnya kerana mereka berdua lebih kuat berbandingnya. Cleo hanya mampu berniat tapi tidak mampu buat apa, sedih.
"Faham ke tak?" Cleo bertanya pada dua hamba tuhan itum serentak mereka geleng. Rahang Cleo terus dibeku. Sudah malas hadapi perangai macam setan dua manusia itu. "Korang jangan tak datang pula" Edric angguk malas lalu keluar dari pejabat milik Cleo. "Kesian kena palau. Apa - apa pun, palau itu indah" Faolan perli pada Carlo yang sudah membahang kerana kemarahannya.
"Berambus kau dari pejabat aku!!" pistolnya diacukan pada Faolan. Cleo memang cari mati. Faolan baling pisau rambonya di tepi kepala Carlo. Jika dia bergerak seinci mukanya akan terguris dengan pisau rambo miliknya.
"Kau memang cari mati" pisau rambo yang dibaling olehnya terus diambil. Lalu dibaling ke udara kemudian dia menangkap pisau itu. Cleo menendang Faolan keluar. Faolan keluarkan cermin mata bulatnya lalu keluar dari pejabat miliknya. Lalu bersiul tanpa mengendahkan manusia - manusia yang sedang buat kerja penuh kusyuk.
SUAMIKU ENCIK BODYGUARD
Aku memandang pintu kayu bersama Edric yang berada di sebelahku yang sedang bermain dengan telefon iphone 13 miliknya. Aku menarik lengannya untuk dipeluk. Lengannya di hayun kedepan dan kebelakang. Rasa seronok pula main lengan Edric.
"Wow Ex isteri aku datang" sinis Tengku Adrian berkata. Edric sangat tenang berada di sebelahku. Wanita yang memakai pakaian ketat dan terlihat bahagian atas bahunya memandang aku penuh dengan perasaan tidak puas hati.
Edric menarik badanku belakang seperti tubuh badannya pelindung bagiku. Dia masukkan telefonnya kedalam poket. Anak matanya tajam memandang Tengku Adrian. Tangan Tengku Adrian cuba mencapai tanganku dengan pantas Edric tepis tangannya.
Aura yang sengat gerun dikeluarkan oleh Edric. Aku yang berada di belakang Edric pun sudah rasa takut. "Kau sentuh, kau mati" ugutnya. Tengku Adrian tersenyum hambar lalu mengangkat kedua tangannya paras dada menandakan dia menyerah kalah.
Faolan muncul entah dari mana dengan rambut Wolf Cutnya diikat. Beberapa helaian rambut dibiarkan ke depan. Mataku memandang Faolan dengan sengihan. Faolan membalas semula senyuman manisnya, apabila dia menoleh memandang Tengku Adrian terus senyumannya hilang.
"Ledies and gentleman apakata masuk ke dalam dewan? Nak gaduh lepas habis majlis ni eh?" Carlo menolak tubuh badan Faolan dan Edric masuk ke dalam dewan. Aku dibiarkan bersendirian bersama Tengku Adrian dan wanita yang tidak ketahui itu.
"Awak tak pernah berubah sweety.." pantas dia memegang tanganku. Terbeliak aku melihat pegangannya. Aku meronta untuk dilepaskan tapi tanganku diangkat untuk cium oleh Tengku Adrian. Aku sudah rasa geli, nak jerit tapi peti suara aku tersekat. "Pervert!!"
Edric menolak tubuh badan Tengku Adrian ke dinding. Tangan kirinya menahan di leher Tengku Adrian manakala tangan kanannya mengacukan pisau lipat bewarna hitam. Tengku Adrian tersenyum sinis.
"Aku sentuh sikir jer bukannya lebih pun" tutur Tengku Adrian. Edric mengetap giginya. Tidak disangka dia dapat mendengar ayat paling bodoh. Renungan tajam diberikan oleh Edric. Faolan menarik bahu Edric. Dia tidak mahu perangai psiko Edric dibangkit. Cukuplah ada satu hari itu dia bangkitkan perangai psikonya yang sungguh ngeri. Tidak mahu lagi dia lihat perangai seramnya. Edric menepid tarikan oleh Faolan. Dia menarik tanganku masuk ke dalam dewan.
Mukanya ketat sepanjang majlis itu. Aku pun sudah pening dengan perangainya. Sebelum dia jumpa Tengku Adrian, sungguh manja denganku dan riang dia melayan orang disekelilingnya tapi selepas dia jumpa Tengku Adrian terus jadi singa.
Carlo tersenyum riang di belakang Edric lalu memukul kepala Edric mengguna microphone. Edric menunduk menahan sakit. Carlo menunduk memandang Edric. "Senyum" dia berkata pelahan. Edric angguk pelahan. Dia angkat kepalanya dengan senyuman. Aku terlompat kecil melihat perubahan itu.
"Abang... Awak okay?"
"Okay jer!" senyuman misteri masih diukir menambahkan aku rasa takut bersamanya. Tadi dia macam singa sekarang macam budak baik? Sumpahan apa kawannya guna sehingga buat Edruc berubah?
Kerana bosan dengan majlis itu, aku meminta izin pada Edric untuk pergi ke tandas. Padahal aku nak menjelajah seluruh kawasan itu. Destinasi pertama adalah, tandas perempuan. Benda pertama aku buat, semestinyalah membuah hajat. Takkan aku nak nyanyi pula.
Selesai sahaja buang hajat aku hadap ke cermin untuk betulkan apa yang patut. Manalah tahu tudung senget ke, lipstick ada kat gigi, tak manis orang tengok. Aku melihat mukaku di cermin dan membetulkan tudungku sedikit. Perempuan yang bersama Tengku Adrian mula muncul di sebalik pintu tandas.
Terkaku aku dibuatnya. Tidak tahu apa aku patut buat. Wanita itu merenung tajam seperti ingin memakan diriku yang berbadan dua ini. Dia berdiri sebelahku dan aku buat tidak tahu.
Zapp!!
Satu pedang kecil sepanjang lima sentimeter diacu di leherku. Aku tidak bergerak atau buat apa - apa. Aku berdoa banyak - banyak dan berharap Edric menyelamatku.
"Kau gerak, kau mati" ugutnya. Macam mana aku nak gerak kalau dia letak pedang mininya di leherku?
"Dah berapa lama dia pergi ini?" Jam coach milik Edric dipandang. Muka Edric penuh gelisah mencari tubuh badan isterinya. Matanya memandang ke kiri dan kenan tidak dapat menangkap susuk tubuh badan Arluna. "Kau cari apa?" Faolan bertanya pada Edric yang sudah gelisah.
"Isteri aku dah hilang tiga puluh minit... Dia kata nak pergi tandas tapi... Dia tak balik.. Balik pun.." Edric meraup mukanya sambil mengeluh. Faoaln jeling ke arah Edric lalu memandang Caolan yang sedang bercakap di hadapan.
Anak matanya direnung lama kearah Caolan. Pandangnya didapati kesan oleh Caolan dan dapat difahami hanya mereka dua. Caolan berbibisik sesuatu pada gadis disebelahnya. Dia turun ke bawah dengan muka ketat lalu keluar dari dewan itu.
Edric mengikuti langkah pergerakan Caolan. Sempat lagi dia memandang muka Tengku Adrian yang tenang dan tidak menunjukkan reaksi gelisah atau panik. Edric meminta pada Faolan untuk perhati Tengku Adrian supaya dia tidak bergerak ke mana - mana. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Caolan mengeluarkan pedang katana yang dibawa oleh anak buahnya. Sepuluh anak buahnya mengikuti ke arah Caolan. Mereka dipecahkan kepada lima kumpulan. Dua orang ikut Caolan dan Dua orang Ikut Edric lagi tiga kumpulan mereka diarahkan ke tempat berasingan.
Edric mencari susuk tubuh isterinya di tandas yang berdekatan di dewan itu malangnya dia tidak berjaya jumpa Arluna. Dia menggegamkan tangannya seperti penunbuk. Edruc menumbuk dinding tandas kerana tidak puas hati. "Bodohnya aku. Kenapa aku bagi dia pergi tandas sorang - sorang?" Edric cangkung di hadapan dinding itu dengan tangannya meraup mukanya.
EDRIC SEBASTIAN × ARLUNA IRASYAH
YOU ARE READING
1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√
De TodoDia memandang tepat ke arah anak mata aku sambil mengacukan sepucuk pistiol ke arah pipi aku. "Aku tahu kau takut. Aku tak nak buat apa - apa kat kau. Aku cuma nak pertolongan kau. Panggil bodyguard kesayang kau jumpa aku" "Kalau aku tak nak? Apa ka...