Bab 10

1.3K 110 4
                                    

AKU duduk di atas tanah yang dihujanni dengan rumput yang kehijauwan. Langit yang berwarna biru dan dihiasi dengan burung berterbangan, ia sungguh tenang. Aku tersenyum miang sambil melihat langit biru itu.

"Seronok eh baring dekat situ" Tengku Adrian bertanya padaku tapi aku tidak dengar kerana terlalu menikmati pemandangan itu. Tengku Adrian baring bersebelahan, aku hanya membiarkan dia baring bersebelahanku asalkan jangan nak sentuh aku.

"Adrian!" seseorang memanggil Tengku Adrian, aku menoleh seperti nama aku diseru, kelihatan seorang jejaka yang berbadan besar. Jejaka itu memandang tepat ke arah mata aku.

"Arluna..." lembut dia bernya pada aku, terus aku manarik mukaku memandang ke tempat lain, kenapa dia muncul balik!!!

"Kau kenal ke dia ke Haziq?" Tengku Adrian bertanya.

"Kenal sangat, dialah perempuan aku selalu buli siap ejek gemuk" dia berkata tanoa rasa bersalah sedikit pun terhadap perasaan aku. Aku memandang melihat rumput itu, tolonglah pergi... Aku mohon, tolonglah pergi.

"Aku hampir tak kenal langsung. Kau memang dah berubah" anak mataku mengecil memandang rumput itu. Semua kata - katanya bohong!!

"Bukan tu jer, masa aku sama sekolah dengan dia memang aku suka buli dia. Sebelum aku mula buli dia, Arluna pernah luahkan perasaan dia dekat aku. Hanya sebab luahan dia, aku buli dia cukup - cukup sebab aku fikir... Dia tak sedar diri yang dia tak cantik dan tak layak untuk jadi girlfriend aku..." aku menggigil di sebelah Tengku Adrian, tolonglah tutup mulut dia.

"Kalaulah aku tahu dia akan jadi cantik macam ini..." aku menggengamkan tanganku dirumput ini sambil mengetap gigiku, air mataku menitik pelahan - lahan kerana tidak mampu untuk menahan tanggisanku.

"Kita berhenti dekat sini ya? Lagipun dia tunang aku" Tengku Adrian tersenyum memandang Haziq. Terkejut aku mendengar kata - katanya sama sekali tipu.

"Ya allah, maaflah aku memang tak tahu" dia mengusap kepalanya terus meninggalkan kami berdua. Aku mengeluh dengan kuat, rahsia paling besar akhirnya bocor.

"Aku... Pindah masuk sekolah menengah, masa aku tingkatan 3... Dah berapa hari, minggu, bulan dan tahun kau kena buli masa aku tak ada kat sekolah tu?" Tengku Adrian bertanya pada aku. Dia dah mula korek rahsia dah.

"Tiga... Tiga tahun. Aku kena buli masa tingkatan 3..." pelahan aku menjawab. Dia menoleh melihatku pipiku yang sudah dibasahi dengan tanggisan aku. Pipi aku diusap dengan lembut oleh tangannya.

SUAMIKU ENCIK BODYGUARD

"Kenapa kau tak pernah nengadu kat sesiapa?"

"Sebab Haziq pernah cakap yang aku ni mengada - ngada setiap kali aku nangis dengan mengadu masalah aku. Dan... Mulalah aku pendam perasaan aku. Paling teruk..." aku berhenti berkata - kata. Aku tidak mampu untuk habiskan kata - kata aku kerana ia mmebuatkan aku teringat kisam silamku yang sangat gelap dan perit.

"Kalau tak mampu nak habiskan kata - kata awak, jangan paksa" lembut dia menegurku. Aku menarik nafas dan cuba untuk habiskan jata - kataku.

"Paling teruk, aku pernah cuba bunuh diri" aku menutup mata aku dengan rapat - rapat. Dapat aku merasa suasana keadaan itu, di mana aku sudah berdiri di atas tingkap rumah aku yang berada di tingkat dua. Di bawah tingkat dua itu ada kolam renang. Kebarangkalian untuk aku hidup sangatlah tinggi. Aku tidak pedulikan tentang itu.

Aku memandang langit gelap yang tidak dihiasi dengan bintang kerana pencemaran cahaya. Aku memandang tepat ke arah bulan sabit itu aku tersenyum manis memandangnya. Aku sudah penat terlalu penat untuk hidup. Kaki kiri aku sudah melangkah keluar dari atas tembok itu, senyuman aku masih terukir. Selamat tinggal dunia.

Aku sudah siap sedia untuk terjun, Ibu ayah aku menjerit memanggil nama aku, malangnnya mereka lambat sampai. Aku sudah terjun. Cuma aku pelik kenapa aku rasa badan aku dipeluk dari belakang.

"Kau Arluna... Kau memang bodoh sanggup kau bunuh diri tanpa fikir pasal perasaan aku sedikit pun" suara itu terngiang - ngiang dalam telinga aku. Setiap kali aku cuba untuk cederakan diri mesti suara itu berbisik.

BOSHHHH!!

Aku berjaya menjunam ke dalam air kolam itu. Kepalaku aku terhentak dengan pelahan di lantai kolam membuatkan kepala aku mengeluarkan cecair merah. Aku membukak mata aku secara pleahan - lahan. Hanya muka Jejaka yang tidak sedarkan diri berada di hadapan aku. Aku ralit memandang mukanya mencari jawapan, kenapa dia lompat bersama dengan aku? Dan siapa dia? Tapi sayang sekali... Aku tidak dapat jawapannya. Dan aku kembali ke dunia gelap gelita.

"Ah.." pelahan dia cakap. Aku mengangjat kening aku.

"Saya dah ingat, perempuan yang saya pernah selamatkan sebab dia cuba bunuh diri. Awak... Awak Arluna" tergumam aku mendengar kata - katanya. Tak mungkinlah dia.

"Tak mungkin"

"Awak pakai baju warna putih labuh. Macam pontianak" aku membisu untuk beberapa minit. Memang betul apa dia cakap, aku pakai baju putih yang macam pontianak. Aku mengambil pakaian putih itu merana Haziqlah orang yang selalu cakap 'kau dahlah hodoh baik bagi baju ni dekat orang lain' perit hati aku mendengar kata - katanya.

"Memang kaulah orangnya. Tapi macam mana kau boleh ada kat situ?"

"Ibu ayah awak yang ajak saya datang makan" jawabnya. Aku mengangguk pelahan, masa itu memang ada tetamu datang cuma aku tak melihat rupa mereka.

"Kau percaya tak, aku tak pernah jatuh cinta atau luahkan perasaan aku sebab Haziq?" senyuman palsu aku terukir dibibirku.

"Percaya"

"Baguslah, sebab dia aku hilang diri aku. Aku yang dulu periang apatah lagi lembut berubah 360 darjah kepada perempuan kasar, pendiam" pelahan aku berkata sambil mengeluarkan tanggisan. Dia menarik badanku rapat dengan badannya, tangannya lembut menepuk bahu aku meminta berhenti menangis.

"Don't cry sweety. Lagi awak nangis lagi buruk muka awak, sweety. Saya tak nak tengok bakal isteri saya muka buruk sebab dia menangis. Tutup buku lama dan bukak buku baru, okay sweety?" lembut dia berkata pada aku sehingga membuatkan aku mengukirkan sebuah senyuman. Senyuman yang ukir tiba - tiba hilang.

"Tunggu sekejap kau panggil aku tunang kau kan?"

"Ya, kenapa?" dia bertanya pada aku.

"WOI AKU TAK READY LAGI NAK KAHWIN!!!!" Aku menepuk bahu Tengku Adrian dengan kuat. Semalam aku jadi girlfriend jadian hari ini jadi tunang jadian? Kurang asam Tengku Adrian!!!

Dialah punca aku jadi pelakon tak berbayar!kalau berbayar aku bolehlah terima sebab duit masuk. Tapi ini!? Sekeping haram dia tak bagi!

Tengku Adrian tersenyum lembut memandang langit. Huh, nasib baiklah aku sayang dia sebab selalu selamatkan aku dalam situasi yang 'mematikan'

TENGKU ADRIAN × ARLUNA IRASYAH

 1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√Where stories live. Discover now