BADANKU dirapat dengan badan Edric. Dia mengusap badanku dengan lembut, aku hanya terkau di dalam pelukan hangatnya. Aku semakin tenang dalam peukannya dan kepalaku sudah berkurangan sakit. Oh baguslah.
"Rasa lagi okay?" lembut dia bertanya padaku. Aku yang dalam pelukannya rasa nak cair mendengar suaranya.
"Ye... Ye" tergagap - gagap aku membalasnya. Aku mengangkat mukaku memandang rupanya yang kacang apatah lagi tenang. Lehernya dihiasi dengan balutan, cecair merah juga terkesan di balutan itu. Dia baru lepas kena kelar ke apa?
"Kenapa dengan leher?" aku bertanya pada Edric. Dia terketawa kecil sahaja.
"Tak perlulah risau. Tapi kau dah makan ke belum?" kali ini dia bertanya padaku. Aku geleng dengan laju. Aku tidak makan, hanya minum air masak sahaja. Terlalu takut, itu yang aku sangup duduk rumah yang tidak berpunghuni. Sekurang - kurangnya aku tinggal di rumah yang tak berpunghuni dari berhadapan dengan pembunuh bersiri.
Dia memandang aku dengan muka risau.
"Dah berapa lama kau tak makan"
"Hampir empat hari" Edrjc merenung dengan garang ke mukaku. Aku akan mati kerana kena tetak dengannya. Aku tersenyum senyet padanya, doa - doa dia bagi aku simpati padanya.
"Evan, kau cari segala makanan yang sedap" arahnya. Evan belari anak meninggalkan aku berdua dengan Edric. Dia mengusap kepalaku dengan ganas, rasa nak tercabut, kepalaku.
Evan membawa satu plastik makanan. Plastik itu kelihatan terlalu besar. Makanan apa yang dia beli?. Tunggu sekejap, aku kena habiskan makanan itu? Terlopong aku melihat makanan yang banyak macam ada sepuluh orang nak makan.
"Berapa semua?"
"RM 980.60" jawabnya. Bapak mahal, dia beli apa? Gucci punya makanan ke sampai beratus - ratus? Edric membjat muka tenangnya lalu mengeluarkan duitnya. Dia memberikan duitnya seperti memberikan gula - gula kepadanya. Aku shak Edric ini bapak gula.
"Leibling, kau patut makan" dia memberikan salah satu bungkus makanan kepadaku. Makanan apa yang dia bagi padaku? Beg plastik itu tertulis nama restoran, DAGING WAGYU.
"Daging wagyu?" aku berdiam, cuba memproses, kenapa daging ini terlalu mahal.
"Cepatlah jalan. Aku tak suka tunggu" dia berjalan dengan laju meninggalkan aku bersendirian. Aku belari anak ke arahnya dengan laju. Nanti aku tersesat, memang Edric terpaksa hantar satu pasukan swat untuk mencari aku di tengah - tengah shopping mall ini.
SUAMIKU ENCIK BODYGUARD
"Kenapa belikan saya daging wagyu!? Daging tu mahal tahu tak? Tak perlulah kut nak belikan saya daging mahal, saya ni bukan perempuan jenis kikis duit. Tak suka menyusahkan awak" bebelku. Aku masih tak berhenti disitu.
"Awak, saya ni perempuan biasa jer awak. Tak perlulah nak-"
"Diam sebelum aku buat kau terbaring untuk tujuh hari" ugutnya. Aku kunci mulutku dari bercakap. Jangan cari pasal dengan dia, jangan Arluna jangan.
"Makan" dia menyumbat daging wagyu padaku. Aku mengunyah daging yang enak dan lembut itu. Daging itu mula cair dimulutku menambahkan lagi rasa daging yang lazat itu.
"Lain kali... Jangan... Beli... Lagi... Tau" aku mengunyah makanan itu sambil bercakap.
"Iye.. Iye.. Makan. Jangan cakap. Nah" dia menyuapku daging itu. Daging ini terlalu enak. Aku perlu menikmati saat ini. Lagipun daging ini sangatlah mahal, bukan semua orang boleh beli daging ini. Dengan itu aku perlulah hargai usaha Edric yang sanggup membayar beratus - ratus untuk memiliki satu keping daging wagyu yang besar ini.
"Terima kasih" aku tersenyum hingga ke telinga selepas habis makan. Rasa bahagia lepas makan makanan mahal, hahaha.
"Nak naik-" aku berhenti berkata apabila tanganku ditarik oleh Edric. Dah kenapa dengan dia ini? Dia merenung anak mata hitamku. Dan aku pula memandang mata biru tuanya. Zapp!! Terus aku malu. Dah kenapa dengan aku ini? Entah - entah ini dapanggil cinta pandang pertama, sebab itu aku malu.
"No, jangan naik. Kau dah menghilang hampir empat hari sanggup engkau nak berpisah dengan aku" suaranya sedikit murung. Aku memandang dengan muka musykil. Aku tinggal dengan dia serumah kut, memang tiap - tiap hari aku akan jumpa mukanya.
Aku membatalkan niatku untuk naik ke atas. Jadi, apa yang dia mahu sehingga dia larang aku untuk naik ke atas?
"Kau dah baca dairy tu, kau ada ingat apa - apa?" Edric bertanya sambil memandang dairy yang aku letak di atas rak buku itu. Aku angguk dengan laju.
"Ada perempuan sebut nama saya, lepastu perempuan tu cakap dia itu mak saya" aku menjelaskan padanya macam budak umur lima tahun cuba untuk menjelaskan pada ibu bapa mereka.
"Memang mak kau pun" selamba dia menjawab sambil minum kopinya. Tanpa sengaja dia tersembur kopi itu, betul - betul di hadapan mukaku. Mulut aku dibukak seluas - luasnya kerana terkejut. Aku mahu menjerit tapi peti suara tidak membenarkan mengeluarkan suara. Terbeliak mata Edric melihatnya. Cepat - cepat dia mengambil tisu lalu lap kesan kopi dimukaku.
"Kurang ajar" pelahan aku berkata.
"Sorry?"
"Tak ada apa"
"Fikir aku tak dengar? Aku buat kau tak boleh ada period sembilan bulan, baru tau" ugutnya. Aku tergelak mendengar ugutannya. Lalu aku berdiam. Kenapa aku gelak dengan ugutannya? Padahal ugutannya ada terselit makna yang sangat seram. Sesuatu yang aku harap takkan jadi selepas berkahwin.
"Saya gurau jer!! Janganlahh" aku meroyan padanya.
"Kalau kau tak cakap pun, aku tetap akan buat" dia hirup semula kopinya. Apa masalah Edric ini? Nak main ugut - ugut pula. Tahulah aku amnesia, tapi aku masih tak sebodoh sehingga aku tak tahu makna 'tiada haid selama sembilan bulan'.
"Agak - agak kau tahu tips nak buat anak?" naik merah mukaki mendengar persoalannya. Memang malam ini aku buat si Edric tidur sedalam tujuh kaki.
"Edric!!"
"Kau ada nama yang sesuai untuk anak kita, leibling?" aku mengetap gigiku dengan kuat dan dia pula hanya senyum sinis.
"Kau tak terfikir ke nak go-" aku menutup mulutnya denganku. Mataku merenung sedalam - dalamnya meminta Edric untuk mengunci mulut kuningnya.
"Okay - okay aku diam"
"Good" aku memuji padanya dengan malas.
"Kau tak terfikir ke nak goda aku malam ni?" dia terus menyembur kata - katanya yang dia tidak dapat diucap sebentar tadi. Mukaku sudah panas kerana terlalu malu. Mukaku menebal dengan kemerahan. Hidung aku rasa nak berdarah kerana kepala aku terasa panas.
Dia mengusap kepalaku dengan lembut.
"Dahlah tu. Muka kau dah macam angry bird. Merah semacam" tegurnya. Memang betul - betul hari ini aku nak buat Edric tidur di tanah kedalaman tujuh kaki dan hantar dia terus ke tuhan. Biar dia taubat sikit.
EDRIC SEBASTIAN × ARLUNA IRASYAH
YOU ARE READING
1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√
RandomDia memandang tepat ke arah anak mata aku sambil mengacukan sepucuk pistiol ke arah pipi aku. "Aku tahu kau takut. Aku tak nak buat apa - apa kat kau. Aku cuma nak pertolongan kau. Panggil bodyguard kesayang kau jumpa aku" "Kalau aku tak nak? Apa ka...