Bab 23

972 80 3
                                    

Sampai sahaja di rumah, aku membukak pintu rumah dengan kasar. Maata aku meliar mencari Edric. Mana dia? Kiri kanan atas bawah aku melihat. Tapi tubuh badannya aku tidak jumpa. Aku berjalan masuk ke dalam dapur, tidak ada pun kelibat Edric. Mana dia pergi?

"Kau cari apa Arluna?" along bertanya pada aku. Aku menelan air liur sambil memikirkan sesuatu.

"Oh along... Mana ada cari apa - apa" bohongku.

"Kau cari Edric?" Along menyebut nama Edric seakan dia membaca fikiran mindaku. Aku angguk pelahan sambil tersengih melihatnya.

"Cuba cari dalam bilik kau. Mana tahu kau jumpa dia" pinta Along. Aku belari sepantas cheetah dan bersedia untuk merempuh pintu bilikku. Tembol bilikku dicapai lalu dipusing dengan kasar. Buka sahaja pintu bilik itu, tiada apa yang muncul. Aku memuncung mulukku sambil berharap Edric muncul dihadapan aku.

"You late" aku pusing tiga ratus enam pulah darjah memandang suara yang amat aku kenali. Edric bercekak pinggang memandang muka aku dengan pandangan kosong. Dia berjalan masuk bilikku seperti bilik itu miliknya. Lampu dibukak, tubuh badan Edric dihempas ke atas tilam yang nersaiz king itu.

"Sorry... " pelahan aku berkata. Dia menepuk tilam itu meminta aku duduk disebelahnya.

"Bagi aku tiga soalan" dia mengarah pada aku. Aku memikir soalan yang sangat penting untuk ditanya olehnya.

"Kenapa... Masa kita jumpa pertama kali.. Awak pandang macam itu?"

"Second question?"

"Siapa Tengku Adrian?" dia angguk pelahan.

"Third question"

"Siapa awak?" Edric membisu. Kami berdua diam hampir 20 minit. Dia mendengus dengan kuat.

"Soalan pertama. Memang mata aku macam tu. Sebab mata akulah, aku dibuang oleh keluarga. Keluarga aku cakap... Bila aku pandang diaorang... Diaorang akan rasa jijik dengan aku. Aku tarik tangan kau, dan cakap benda tak elok sebab nak tarik perhatian kau jer.." Edric meraup mukanya.

"Aku tarik perhatian kau... Sebab kalau kau keluar dari kafe, kau akan kena bunuh" dia jelaskan lagi. Aku angguk faham dengar penjelasannya.

"Tapi aku rasa bersalah bila buat macam tu" dia mengeluh sambil meraup mukanya. Aku duduk dihadapannya, menunggu dia memberikan jawapan untuk soalan kedua dan ketigaku.

"Soalan kedua pula. Tengku Adrian dia, cucu kepada keluarga miomos. Mak dia asalnya keluarga dari keluarga mafia. Atas sebab Adrian tu anak pertama dalam keluarga dia terpaksa terjebak dengan hal mafia. dia terkenal sebagai pembunuh bersiri paling terkejam dekat german"

"Datuk dia arah dia untuk bunuh kau. Tapi dia, tolak permintaan datuknya. Katanya sebab dia jatuh cinta dengan kau. Aku harap kau janganlah terlebih percaya dengan kata - kata dia. Dia boleh berubah tiga ratus enam puluh darjah secara automatik. Dari Adrian yang lembut berubah kepada kejam" aku angguk tanda faham.

Kali ini dia berdiam. Dia garu kepalanya sambil merenung anak mata aku.

"Aku.. Aku tak tahu nak mula yang mana. Jadi bagilah soalan apa - apa tentang aku"

Belum sempat aku memberikan soalanku kepadanya, Along membukak pintu bilik aku dengan kasar. Dia membukak pintu itu seperti mahu merosakkan pintu itu terus. Along memandang Edric. Mata mereka bertembung.

"Jangan pandang aku macam tu, Aryan" matanya di alih memandangku.

"Keluarga.. Keluarga Adrian.. Semua mati terbunuh" muka Along berubah pucat memandang kami berdua. Edric tidak memberikan riaksi apa - apa pun dan aku pula merenung lantai itu. Aku baru sahaja jumpa Tengku Adrian dan Faridha sebentar tadi dan... Mereka semua meninggal dunia selepas jumpa aku?

"Dia dah mula dah" Edric bersuara. Dia membukak tingkap bilik aku.

"Awak nak pergi mana!?" aku menjerit ke arahnya. Dia menoleh memandang aku. Dia tersenyum manis ke arah aku.

"Aryan, kalau aku tak balik selama dua puluh empat jam. Pergi report polis. Apa yang kau kena cakap adalah, Tengku Adrian Farzan, dua puluh lima tahun, tinggi 190cm. Muka kacukan german dan melayu. Pembunuh keluarga Tengku Diana. Jaga Arluna baik - baik untuk aku"

"Jangan tunggu aku, leibling" dia terjun dari tingkap itu. Aku memandang bawah di tingkapku. Dia sudah lesap, menghilangkan diri.

SUAMIKU ENCIK BODYGUARD

Aku meraup mukaku sambil menunggu kehadiran Edric. Mana dia pergi? Sudah 10 jam dia menghilangkan diri. Dari pukul 7 malam sehingga pukul 4 pagi dia tak balik. Ke hulu hilir aku berjalan. Along memberikan aku air ais lemon.

"Minumlah dulu. Dah lewat malam ni. Kau patut tidur."

"Tapi kalau apa - apa jadi dekat dia macam mana?" aku memberitahu isi hatiku pada Along. Dia mengusap kepalaku dengan senyuman pahitnya.

"Kita doa baik - baik okay? Pergilah tidur"" aku angguk pelahan. Aku memandang jam yang sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Dah nak masuk waktu subuh.

"Saya tunggu sampai waktu subuh"

Punggungku di hempas atas sofa itu sambil menunggu waktu subuh masuk. Along sudah lesap, mingkin dia tidur semula lepas menemani aku yang tidak tidur - tidur ini. Hanya ada dua sebab kenapa Edric tak balik. Dia mati kena bunuh dengan Tengku Adrian atau orang yang aku tidak tahu, atau dia kena culik. Jauh betul engkau fikir Arluna. Hahaha.

Berapa minit sudah berlalu akhirnya masuk juga waktu subuh. Aku memgerjakan solat subuh itu di ruang tamu. Terlalu malas untuk naik bilik, jadi aku solat sahaja di ruang tamu. Habis sahaja solat aku baring di sejadahku yang bewarna merah kebiruan. Mataku pelahan - lahan ditutup.

"Leibling... Leibling. Kenapa tidur sini?"

Badan aku digoncang lembut oleh Edric. Aku membukak mataku untuk memandang manusia yang mengejutkan aku dari tidur. Mata aku digosok oleh tangan kanan aku, barulah mata aku dibukak memandangnya. Lebar senyumanku apabila aku melihat Edric.

Aku memeluk tubuh badannya dengan erat. Tidak mahu aku melepaskan pelukan ini kalau boleh. Tapi Edric sudah mula menolak pelukanku. Akhirnya aku melepaskan pelukan itu. Dia mengukirkan senyuman manis kepadaku dan kepala aku diusap lembut olehnya.

"Kenapa tidur sini? Bukan aku dah cakap, jangan tunggu aku?" suaranya meninggi ingin memarahi aku.

"Apa salahnya isteri dia nak tunggu kepulangan suaminya? Pintaku.

Dia senyum senyet kepadaku.

"Edric? Arluna?" ibu dan ayah muncul dihadapan kami berdua. Aku senyum plastik pada mereka berdua. Aku tidak tahu untuk memberikan reaksi apa.

"Arluna kamu tahu ke siapa.."

"Tahu" aku terus jawab tanpa rasa teragak sedikit pun. Mereka mengeluh lega.

"Aunty Faiz dan Uncle Firdaus saya mintak diri dahulu dan saya mintak kebenaran untuk bawa isteri saya pulang ke rumah saya" lembut dia berkata pada ayahku.

"Uncle boleh percayakan kamu ke?"

"Uncle boleh percayakan saya. Saya takkan ulang semula benda yang sama yang dilakukan oleh Tengku Adrian. Kalau apa - apa jadi dekat Arluna, dan dia terpaksa tidur untuk tempoh yang lama. Saya setia menunggu. Biarpun seribu tahun, saya tetap setia menunggu"

Dengan bersemangat Edric berkata. Ayah berpuas hati mendengar kata - kata Edric lalu mengangguk tanda setuju.

"Aryan... Keluarga Arluna aku serahkan dekat kau" dia berkata pada Along. Ali dan Edric meminta diri untuk keluar dari rumah ini. Aku tertanya bagaimana keadaan rumah itu?

EDRIC SEBASTIAN × ARLUNA IRASYAH

 1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√Where stories live. Discover now