PROLOG

94 2 0
                                    

Bunyi tembakan kedengaran sangat jelas di kawasan perumahan pangsapuri kerana berlakunya aksi tembak-menembak antara seorang lelaki dan satu kumpulan manusia berseragam hitam. Mereka mengejarnya sambil menembak ke arahnya. Dia pula cuba bersembunyi seketika dan membalas serangan. Satu per satu musuhnya tumbang.

Suasana sepi tatkala mereka sudah hilang jejaknya. Mereka tercari-cari kedudukkannya dalam suasana gelap ini. Pistol diacu ke hadapan sebagai langkah berjaga-jaga. Dia pula perlahan-lahan menyusup masuk dalam sekumpulan manusia itu ketika mereka leka.

Tumbukan dan sepakan telah membuatkan mereka terkejut. Beberapa das tembakan dilepaskan kepadanya tetapi dia berjaya mengelak dengan menggunakan tubuh musuh-musuhnya sebagai perisai. Satu per satu kepala musuh ditembak selepas dia merampas dua pucuk pistol milik musuhnya. Pistol miliknya pula sudah kehabisan peluru.

"Jangan fikir kau orang boleh bunuh aku dengan mudah."

Dia bergerak pantas lalu dia melompat sambil melepaskan tembakan ke arah musuh-musuhnya tanpa ragu-ragu. Tubuhnya melayang di udara tetapi tiada satu peluru pun yang melekat pada tubuhnya.

Darah musuh-musuh membasahi tanah. Dia mendarat dengan selamat. Dua pucuk pistol dicampak ke atas tanah sebelum kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Apa masalah mereka sebenarnya? Siapa yang hantar mereka?"

Dia garu kepala.

"Ah. Serabut."

Langkahnya terus menuju ke arah destinasinya yang tertangguh akibat diserang tadi. Dia sendiri pun tidak tahu dalang sebenar di sebalik kejadian itu.

"Malam yang menyusahkan," katanya sambil mengeliat kerana mengantuk.

MR AUTHOR AND HIS BUTLERWhere stories live. Discover now