BAB 27

23 2 0
                                    

Evan melambai tangan kepada Qistina di tempat letak kenderaan. Qistina pula memandu keluar kenderaanya dari situ. Lima jam bersama-sama Evan bagaikan satu mimpi indah bagi Qistina. Mereka meluangkan masa bersama dan diakhiri dengan menonton wayang sebelum bersurai.

Evan berjalan ke arah pusat beli-belah semula sambil menelefon Rudy. Rudy tidak menjawab panggilannya.

Kenapa dia tak jawab? Dia ada dekat-dekat kawasan ni je, kan?

Evan tercari-cari kelibat Rudy ambil menelefon Rudy sekali lagi. Kali ini panggilan dijawab oleh seseorang.

"Tuan Rudy dekat mana?"

"Evan. Kalau kau nak selamatkan dia. Datang sini dan beritahu aku, di mana barang yang ibu kau dah curi tu."

Evan tergamam mendengar suara milik bapa tirinya. Buku lima digenggam.

"Kau jangan apa-apakan dia. Aku datang sekarang. Aku akan serahkan barang tu."

"Bagus."

Panggilan ditamatkan oleh orang itu. Evan segera berlari ke arah kereta milik majikannya. Kunci kereta ada padanya.

Tak guna! Macam mana boleh jadi macam ni? Aku sepatutnya lebih fokus untuk lindungi dia.

***

Rudy membuka matanya. Pandangannya samar-samar kerana bilik ini gelap. Hanya cahaya dari luar tingkap yang menerangi bilik ini. Bau darah yang likat menguasai deria baunya kerana dia berada di dalam bilik seksaan.

Macam mana aku ada di sini? Aku terlalu fokus sampai tak sedar orang culik aku? Macam mana aku nak lepas ni?

Dia meronta-ronta di atas katil besi. tangan dan kakinya diikat di atas katil itu. Mulutnya juga ditutup menggunakan pelekat. Bajunya pula sudah tiada. Hanya seluar yang masih ada pada tubuhnya.

Lampu dinyalakan apabila dia terdengar pintu bilik seksaan dibuka. Dia melihat ke arah orang tersebut. Seorang wanita masuk ke dalam bilik seksaan itu dengan pakaian seksi.

"Dah bangun? lama juga tunggu kau bangun."

Sebilah pisau diambil dari atas rak senjata di dalam bilik itu. Dia berjalan menghampiri Rudy. Kesan jahitan pembedahan pada dada kiri Rudy disentuh. Rudy rasa geli tatkala kuku panjang milik wanita itu mencecah kulitnya.

Apa dia nak buat dengan aku? Tak guna. Siapa dia ni?

Wanita itu senyum kepada Rudy. Dia berbisik pada telinga kiri Rudy. Tangan kanannya meletakkan mata pisau pada pipi kiri Rudy.

"Aku tahu siapa kau. Dan aku memang dah lama nak seksa kau. Ni peluang yang sangat bagus untuk realisasikan impian aku tapi aku kena tunggu dia datang sini. Kau dan dia boleh mati di sini sama-sama."

Dia? Siapa?

***

Pintu rumah dihempas kuat. Beberapa orang ahli keluarga Hilos mengacukan pistol ke arah Evan yang berada di hadapan pintu. Ketua keluarga ini juga berada di situ.

"Javen! Mana kau sorok Rudy!" Evan menengking bapa tirinya.

"Rudy? Oh, tebusan kau tu? Dia ada dengan Julien. Mungkin dah mampus."

Javen ketawa. Evan mengacukan pistol ke arah Javen.

"Kalau dia mati. Kau pun akan mati."

"Mana barang aku?" tanya Javen dengan serius.

"Aku tak tahu ibu simpan mana barang tu. Ibu pun tak ingat. Ibu aku jadi gila sebab kau."

"Salah aku? Kenapa salah aku sedangkan aku dah beri dia kemewahan," tegas Javen pula.

"Kau yang suruh orang bawahan kau culik Guinnes masa tu sebab nak bunuh abang aku, kan?"

"Dia penghalang aku. Aku tak akan benarkan orang yang halang aku hidup lama."

"Kau dan Voldera tak ada beza. Memang patut mati. Aku hidup untuk balas semua kejahatan kau kepada keluarga aku."

"Mungkin kali ni aku patut tembak kepala kau lebih dalam lagi. Baru kau boleh mati dengan aman. Abang kau pun dah tak ada untuk selamatkan kau," kata Javen yang menyindir Evan.

"Kalau kau tak tahu mana barang tu. Tak ada guna kau hidup, Evan. Sekarang masa untuk kau mati. Bunuh dia."

Tembakan dilepaskan ke arah Evan apabila arahan diberikan. Evan cuba mengelak peluru. Beberapa orang ahli keluarga Hilos ditarik untuk dijadikan perisai. Pertempuran hebat berlaku di situ.

***

Rudy berjaya mencabut pisau pada tangan kirinya untuk digunakan. Dia mahu menyerang Julien ketika Julien kembali ke arahnya.

Julien datang semula ke arahnya bersama-sama buah kapak untuk menyeksa Rudy lagi. Tidak cukup dia benamkan 10 bilah pisau pada tubuh Rudy.

Rudy membaling pisau pada tangan kirinya tepat pada leher Julien menggunakan teknik pembunuhan yang dimilikinya. Kapak terlepas dari tangan. Julien memegang lehernya dan mencabut pisau tersebut. Nafasnya tidak mampu berfungsi dengan baik. Dia terus rebah ke atas lantai.

Ada orang main bunga api ke?

Rudy terdengar bunyi beberapa das tembakan di tingkat atas. Bilik seksaan ini di tingkat bawah tanah. Dia tidak mampu bergerak dalam keadaan diikat sedemikian.

Kedua-dua tangannya telah ditikam tadi. Begitu juga dengan kedua-dua bahu, kaki, peha dan pinggangnya. Entah hidup, entah mati pada kali ini.

Evan mesti cari aku. Tak akan la aku nak tunjuk diri yang lemah depan dia lagi. Aku tak patut dilindungi.

Perlahan-lahan mata dipejamkan.

***

"Evan. Kita boleh bincang. Kalau kau biarkan aku hidup. Aku janji tak akan ganggu kau lagi. Barang tu. Kau ambil la," kata Javen yang merayu nyawa dengan Evan.

Semua orang bawahnya telah dibunuh oleh Evan. Hanya tinggal dirinya yang tersisa.

Tembakan dilepaskan tepat pada kepala Javen. Evan tidak akan memberi belas kasihan kepada manusia kejam itu.

"Kau tak layak untuk hidup."

Evan segera berlari ke arah destinasinya. Dia mencari keberadaan Rudy sehingga tiba di hadapan bilik seksaan. Pintu bilik seksaan diterjah.

"Tuan Rudy!"

Dia menghampiri Rudy. Sekilas dia melihat ke arah mayat Julien di atas lantai.

Evan segera membuka ikatan pada tangan dan kaki Rudy. Pisau-pisau juga dicabut. Darah mengalir deras dari tubuh Rudy.

"Tuan Rudy! Bangun la. Jangan la mati di sini."

Air matanya mengalir. Tubuh Rudy dipeluk.

"Saya minta maaf. Semua ni salah saya sebab abaikan Tuan Rudy."

MR AUTHOR AND HIS BUTLERWhere stories live. Discover now