Seminggu kemudian.
Siling putih menjadi hiasan di hadapan matanya setiap kali dia bangun dari tidur sejak akhir-akhir ini. Tubuhnya juga bertambah sakit berbanding sebelum ini. Namun, dia masih hidup sehingga ke hari ini. Entah kenapa nyawanya liat sangat. Dia juga tidak tahu.
Rudy melihat ke arah kanan. Tiada sesiapa di atas kerusi itu. Dia sendirian di dalam wad peribadi ini.
Evan pergi kuliah ke?
Pintu wad tiba-tiba sahaja dibuka. Seseorang masuk ke dalam wad tersebut. Rudy hanya memerhati. Orang itu duduk di atas kerusi yang berada di sebelah kanan katil.
Hud diturunkan dari atas kepala. Rudy dapat melihat wajah manusia di hadapannya itu. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Kau datang sini untuk heret aku balik sana lagi ke?"
"Tak. Aku tak ada kaitan dengan hal tu. Kau pun tahu Daddy tak suka aku, kan? Mustahil dia nak minta tolong aku. Aku pun bersyukur sebab tak perlu bergaduh dengan kau," kata manusia bernama Qistina. Dia sama umur dengan Rudy.
"Jadi, kau nak apa?"
"Lawat kembar sendiri pun tak boleh ke?"
Gadis itu ketawa. Rudy melihat ke arah Qistina.
"Kembar? Ibu kita lain."
"Daddy kita sama."
"Keh! Aku bukan anak dia dah. Aku dah keluar dari keluarga Tobias."
"Kau ada rancangan lain ke? Kau pun tahu Daddy akan buat apa saja untuk pastikan kau jadi 1st Jester semula?"
"Tak habis-habis pasal tu lagi. Anak-anak lain ada. Tak akan la semuanya sampah? Kecuali kau sebab kau pun protes dengan Daddy, kan?"
Qistina senyum. "Betul. Aku boleh jadi geng kau kalau kau nak jatuhkan Daddy. Macam mana?"
"Jatuhkan Daddy? Menarik juga idea tu."
Qistina angkat kening. Rudy pula angkat ibu jari tangan kanan sebagai tanda setuju.
"Kau boleh buat geng baru. Aku jadi spy dalam keluarga Tobias. Kalau tak nak buat geng baru pun tak apa. Kau seorang pun dah boleh bunuh orang tua tu," Qistina mencadang.
"Kalau Daddy mati. Keluarga tu akan huru-hara."
"Tak apa. Kita heret Along jadi ketua baru."
"Aku tak rapat dengan Along. Kau saja la uruskan hal tu."
"Tak ada masalah. Kau pun jangan asyik jadi perisai je. Nasib baik ada orang jaga. Kacak tak? Aku pun nak tengok juga."
Qistina tersengih-sengih seperti kerang busuk. Rudy pula hanya mengeluh kerana dia tahu gadis cantik ini suka sangat menyakat. Tetapi jika Qistina serius, tiada sesiapa berani dekat sebab dia akan bunuh sesiapa sahaja yang menghalangnya. Hanya sahaja dia tidak mampu berhadapan dengan bapa mereka.
***
Evan melihat ke arah Rudy yang lena di atas katil ketika dia tiba di dalam wad itu. Hari ini dia lambat sikit ke sini kerana dia memeriksa keadaan rumah Rudy. Bimbang ada musuhnya di kawasan rumah itu. Musuh yang dimaksudkan sudah pasti ahli keluarga Tobias.
Dia merebahkan dirinya di atas sofa selepas meletak beg sandang di atas meja berhampiran. Dia hanya baring sambil memikirkan beberapa hal dalam mindanya. Masih terlalu awal untuk tidur.
Hari ni tak ada sesiapa ganggu dia. Aku dah pesan dekat doktor dan nurse. Jangan biarkan sesiapa bawa dia keluar dari sini. Rumah tu macam tak selamat. Mereka mungkin akan serang lagi. Aku kena cari tempat lain.
Telefon pintar bergetar di dalam poket seluar. Dia segera mencapai telefon tersebut lalu melihat nama si pemanggil, Yome Ye. Panggilan diangkat.
"Hello?"
"Hai, bos. Awal tidur."
"Eh? Kau tengah stalker aku ke?"
Evan pandang ke arah kanan dan kiri. Tercari-cari CCTV di dalam wad ini. Tiada CCTV kelihatan. Jejaka dalam talian ketawa.
"Saya teka je."
"Ish. Seram la. Kau nak apa?"
"Saya dah dapat maklumat terkini pasal keluarga Tobias. Anak pertama, Falco Tobias. Dia dalam perjalanan pulang ke sini. Mungkin sebab mimpi ngeri."
"Oh. Macam mana dengan keadaan dalam sana?"
"Jester?"
"Ya."
"1st Jester masih tak ada pengganti. Mungkin siapa yang mampu jatuhkan keluarga Tobias akan jadi 1st Jester. Bos tak nak cuba?"
Evan meletakkan lengan kiri di atas dahinya. Dia mengeluh berat. Matanya melihat ke arah Rudy yang berada di atas katil pesakit.
"Aku tak minat. Lagi pun aku ada kerja yang lagi penting."
"Tak apa la kalau macam tu. Hairan juga. Kenapa Rudy Tobias letak jawatan macam tu je. Sayangnya~ Dah la hebat. Dengar cerita, ramai ketua keluarga mafia percayakan dia. Sebab tu mereka berpihak kepada keluarga Tobias."
"Maksudnya, selama ni dia la selayaknya jadi ketua?"
"Saya fikir macam tu. Saya pun baru tahu pasal Nathan, 3th Jester yang saya bunuh sebelum ni. Dia kawan Rudy. Risau pula kalau saya mati masa tidur nanti."
"Hal dah berlaku. Ada apa-apa lagi ke?"
"Bos pun kena hati-hati. Sekarang ni kawasan Black Side dah tak selamat untuk bos. Orang-orang ayah tiri bos tengah cari bos di sana."
"Aku dah keluar dari sana. Sekarang ni aku tinggal serumah dengan majikan aku. Jadi bodyguard."
"Tahniah. Tapi boleh fokus untuk belajar ke?"
"Bukan susah pun."
"Ehhhhh...,"
"Dah la. Aku penat. Nak rehat kejap."
"Okay, bos."
"Jaga tempat tu baik-baik. Kawan-kawan aku ramai di sana."
"Okay, bos. Jangan risau. Black Side sentiasa selamat selagi saya yang jaga. Muka innocent bos pun tak akan ada orang tahu bos bukan hanya ketua geng jalanan." Dia ketawa.
"Dah. Kau perli atau puji pun aku tak tahu nak beza."
"Selamat malam, bos."
"Hm."
Panggilan ditamatkan. Telefon pintar disimpan semula ke dalam poket seluar. Matanya dipejamkan.
Dunia aku dan dia, sama. Aku dengan jalan aku dan dia dengan jalan dia. Aku lebih bebas berbanding dia. Dah dua kali dia selamatkan aku. Tak akan aku nak duduk saja. Mustahillah aku tetap dengan tujuan asal aku. Bunuh dia. Kenapa la aku baru perasan nama tu.
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Mystery / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...