Pintu bilik yang memiliki papan tanda 'Author Studio' diketuk sebelum dibuka. Evan melangkah masuk ke dalam bilik tersebut untuk kali kedua pada hari ini. Sebelum ini dia masuk ke sini untuk menghantar sarapan. Sekarang dia ke sini untuk menghantar makanan tengah hari seperti yang diarahkan oleh Rudy.
Dulang berisi makanan dan minuman diletakkan di atas sebuah meja. Sepinggan daging bakar diangkat dari dulang lalu diletakkan di atas meja. Kemudian, Evan menuang teh suam ke dalam sebuah cawan sebelum dia mengangkat cawan tersebut untuk diletakkan di sebelah kiri pinggan tadi.
"Makanan tengah hari dah siap."
Evan melihat ke arah Rudy yang masih memberi fokus pada komputer riba di meja kerja. Dia tidak sangka bahawa majikannya ini merupakan seorang penulis novel Thriller dengan nama pena Author T. Dia juga merupakan penggemar novel Author T.
Rudy memegang leher yang lenguh. Dia berdiri dan otot direnggangkan. Langkahnya menuju ke arah sebuah meja yang memiliki dua buah kerusi. Evan pula masih berada di situ.
"Dah makan ke?"
"Belum."
"Pergilah makan. Tak perlu tunggu."
"Baiklah. Terima kasih."
Evan berlalu pergi meninggalkan ruangan tersebut. Rudy melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi. Garfu dan pisau dicapai. Daging dipotong. Potongan daging dimasukkan ke dalam mulutnya lalu dikunyah dengan penuh nikmat.
Lembut. Boleh tahan sedap juga dia masak. Lepas ni, aku tak perlu makan di luar.
***
Jam pada pergelangan tangan kiri dilihat, 8:40 malam. Evan sudah siapkan makan malam untuk Rudy. Dia hanya perlu membawa makanan dan minuman ke bilik kerja seperti biasa.
Namun, Rudy muncul di kawasan dapur sebelum sempat Evan menghidang makanan ke dalam dulang. Rudy duduk di atas sebuah kerusi. Cepat-cepat Evan menghidang makanan di hadapan Rudy.
"Saya minta maaf sebab lambat siapkan makan malam."
"Tak apa. Aku turun pun sebab kerja aku dah siap. Duduklah. Makan sekali."
"Eh?"
"Kejap lagi kau nak balik, kan?"
"Ya."
"Aku hantar."
***
Enjin kereta dimatikan setibanya mereka di tempat letak kenderaan berhampiran sebuah hotel murah. Rudy melihat suasana kawasan tersebut. Dia kurang tahu tentang situasi di sini tetapi dia hanya tahu bahawa kawasan ini bukan kawasan yang patut dia jejaki.
"Terima kasih sebab dah hantar saya ke sini."
Pintu pemandu dibuka. Rudy keluar dari kereta.
"Kemas semua barang kau. Kau pindah malam ni. Esok tak payah terkejar-kejar masa nak datang rumah aku."
"Malam ni?"
Pintu pemandu ditutup oleh Rudy. Evan pula segera keluar dari kereta mewah itu. Rudy menekan butang kunci kereta untuk mengunci keretanya sebelum dia menuju ke arah hotel tersebut. Evan berlari dan berjalan beriringan dengan Rudy.
"Kau tak patut datang tempat ni. Kenapa sewa bilik di hotel kawasan ni? Tempat lain tak ada ke?"
"Hotel di sini je murah."
"Dah berapa lama kau duduk situ?"
"Dua hari."
"Kau tak tahu ni kawasan terlarang? Kawasan ni dikenali sebagai Black Side. Tak pelik kalau hotel tu ada bilik murah sebab kawasan ni banyak sarang pelacuran."
"Saya tak tahu pula. Lagi pun, saya bukan dari daerah ni."
Pintu hotel dibuka. Mereka terus ke arah lif. Evan menekan butang lif bernombor lima ketika mereka berada di dalam lif tersebut.
"Kau dari mana?"
"Daerah Belgia. Kawasan perkampungan Merrylen."
"Jauhnya."
Mereka keluar dari lif. Rudy mengekori Evan untuk ke bilik sewa. Laluan di koridor ini muat untuk dua orang tetapi pintu bilik seorang pelanggan terbuka luas. Rudy memilih untuk berjalan di belakang Evan berbanding berjalan berselisihan dengan pintu tersebut.
Semacam je tempat ni. Risau pula kalau tiba-tiba kena tarik masuk bilik.
Evan membuka pintu biliknya yang bernombor 505. Dia dan Rudy masuk ke dalam bilik tersebut. Suasana di dalam bilik ini kelihatan kemas.
"Duduklah dulu. Saya nak kemas barang."
"Aku tolong. Lagi cepat, lagi bagus. Aku tak suka duduk sini lama-lama."
"Baiklah."
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Mystery / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...