BAB 16

23 2 0
                                    

Lima hari kemudian.

Dia melihat ke arah sekumpulan manusia yang tumpas ketika cuba menyerangnya tadi. Tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket lalu dia mencapai pelitup mulut. Pelitup mulut dipakai pada wajah.

Dia berlalu pergi meninggalkan kawasan tersebut. Mayat-mayat di lorong itu diabaikan. Dia tidak mengenali mereka.

Evan berlari dengan perasaan cemas ketika Rudy tiada di hadapan kedai runcit. Dia hanya meninggalkan Rudy seketika di situ untuk membeli barang kerana Rudy tidak mahu masuk ke dalam kedai tersebut. Dia lebih memilih untuk luangkan masa di atas kerusi berhampiran kedai runcit.

"Tuan Rudy?"

Evan melihat ke arah Rudy yang baru sahaja keluar dari kawasan lorong gelap. Hidungnya terbau darah berhampiran.

"Apa dah berlaku?"

"Anjing Tobias. Jom balik."

"Macam mana mereka boleh masuk kawasan ni?"

Evan berjalan beriringan dengan Rudy. Mereka menuju ke arah tempat letak kenderaan.

"Mereka dibayar oleh orang tua tu. Dia masih mahukan aku. Along dah ambil kedudukan 1st Jester pun masih tak cukup lagi ke?"

Buku lima digenggam. Api kemarahan membuak-buak dalam dirinya. Mahu sahaja dia membunuh Voldera Tobias pada malam ini.

Evan memegang tangan kiri Rudy supaya bertenang. Rudy tidak memarahinya. Dia lebih selesa dengan Evan berbanding orang lain.

Rudy melihat ke arah langit. Bulan pernama menjadi cahaya terindah di langit pada malam ini. Suasana ini sudah lama dia tidak lihat kerana sering mengurung diri di dalam rumahnya untuk selesaikan tugasnya sebagai seorang penulis.

***

Evan terjaga daripada lena kerana mahu ke tandas. Dia keluar dari biliknya untuk ke bilik mandi di tingkat satu.

Ada orang dekat dapur?

Kedengaran bunyi sesuatu di kawasan dapur tetapi gelap. Hanya cahaya dari luar tingkap kelihatan. Evan berjalan dengan berhati-hati lalu menekan suis lampu pada dinding.

Rudy sedang memotong daging di atas singki. Di atas meja singki itu juga terdapat sebuah pinggan yang diisi dengan potongan daging mentah.

"Tuan Rudy buat apa dalam gelap?"

Rudy melihat ke arah Evan sambil memegang pisau. Evan tetap berdiri di situ tanpa bergerak.

"Aku lapar. Nak masak."

"Dalam gelap?"

Rudy terdiam. Dia sambung memotong daging.

"Kau buat apa dekat sini?"

"Nak pergi tandas."

"Cepat sikit. Esok kau ada kuliah."

"Tapi biar saya masak."

Pisau diangkat sama aras dengan wajahnya. Dia melihat ke arah Evan.

"Kau nak mampus?"

Evan kecut perut.

Rudy kena rasuk dengan hantu ke? Semacam je aura dia malam ni.

Dia kembali melihat ke arah daging. Tangannya memotong daging dan diletak di atas pinggan.

"Tidur."

"Baiklah."

Evan menuju ke arah bilik mandi kerana di dalam bilik mandi itu terletaknya tandas.

***

Rudy duduk sendirian di atas bumbung sambil makan daging yang suku masak. Dia memasak daging itu seketika di dalam oven sebelum dia panjat bumbung ini.

Dia tidak dapat tidur semula setelah terjaga daripada mimpi ngeri pada malam ini. Dia memilih untuk menghayati suasana malam di atas bumbung ini.

Kenapa aku tak mati? Ah, ya. Aku lupa diri. Aku bukan manusia. Aku hanya senjata bernyawa. Dia ambil aku sebab kelebihan aku.

Dia melihat ke arah pinggan. Kosong. Dia sudah makan semua daging yang dia masak tadi. Suasana malam di kawasan ini dilihat. Tiada sesiapa menghampiri kawasan itu pada malam ini. Tiada ancaman untuk dia dan Evan.

Siapa aku? Kenapa hidup aku macam ni? Kenapa ibu lindungi aku? Kenapa orang jahat asyik kejar aku dan ibu? Apa yang ibu sembunyikan daripada aku? Aku tak faham. Kenapa tak ada sesiapa boleh jawab soalan aku?

Rudy tutup wajahnya. Dia menangis. Hatinya sentiasa menangis sejak ibunya meninggalkan dirinya. Ibunya pesan untuk tidak percayakan sesiapa kecuali diri sendiri. Dia masih tidak faham amaran itu sehingga dia menjalani hidup yang kejam ini.

Mungkin Mama Falco boleh jawab soalan aku. Macam mana aku nak tanya dia?

Rudy merapatkan dahi pada lututnya. Hatinya kelam.

***

Mana Tuan Rudy?

Bilik Rudy kosong ketika Evan masuk ke dalam bilik tersebut. Mustahil Rudy bangun lebih awal daripada dirinya sebab Rudy selalu bangun lambat.

Evan memeriksa bilik kerja Rudy. Tetap kosong. Dia menapak turun anak tangga untuk ke dapur. Mungkin Rudy sedang menunggu sarapan.

Pintu rumah dibuka. Evan melihat ke arah Rudy yang membawa pinggan kosong dari luar rumah. Rudy pun terkejut melihat Evan berada di hadapannya. Hampir sahaja dia terlepas pinggan pada tangan kirinya.

"Tuan Rudy pergi mana?"

"Menyendiri."

Dia berjalan ke arah Evan lalu menyerahkan pinggan kosong kepada Evan. Evan menerimanya.

Lain macam je Rudy hari ni. Kenapa dia bawa pinggan ke luar? Eh? Ni pinggan malam tadi, kan? Tak akan la dia makan di luar? Tidur luar?

Rudy menapak naik anak tangga untuk ke biliknya. Dia masuk ke dalam bilik. Tubuh direbahkan di atas katil. Selimut ditarik lalu dia pejam mata.

Panasnya. Dah masuk musim panas ke? Atau aku yang panas? Sepatutnya sekarang ni musim bunga.

Dia selak selimutnya. Semua pakaian dibuka sebab panas. Selimut ditarik semula untuk menutupi tubuhnya.

Atau aku patut mandi? Malasnya gerak. Mengantuk sangat ni.

MR AUTHOR AND HIS BUTLERWhere stories live. Discover now