Kehidupan seorang pelajar di Universiti Visara Celestial bukan mudah keranan memakan dana yang besar untuk belajar di sini. Rumah sewa di kawasan berhampiran universiti tersebut juga mahal. Asrama pula hanya untuk pelajar Semester pertama dan para pelajar terpilih.
90% pelajar di sini tergolong dalam golongan bangsawan atau orang kaya. 10% pelajar dalam kalangan orang biasa yang mendapat tajaan biasiswa kerana kecemerlangan ketika di sekolah menengah sebelum ini.
Subjek yang terdapat di dalam universiti ini juga bukan mudah untuk dipelajari jika tiada minat untuk belajar. Universiti ini juga terkenal dengan kemahiran sains dan perubatan berbanding bidang lain. Tidak hairan jika universiti tersebut memiliki sebuah hospital besar bernama Hospital John Visara.
Hospital tersebut dibina oleh anak sulung keluarga Visara pada 50 tahun yang lalu. Tempat ini juga menjadi sebahagian daripada tapak penyelidikan para doktor dan saintis baru. Di sini juga rudy berada untuk dirawat.
Evan berdiri di hadapan pintu wad. Dia ketuk pintu tersebut tetapi dia tidak masuk ke dalam wad itu kerana Rudy tidak mahu melihatnya pada pagi ini.
"Saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa masalah. Call saya."
Sementara itu, Rudy masih lagi lena diulit mimpi indah. Musim sejuk memang sedap untuk tidur dan bermalasan selagi ada peluang. Lebih-lebih lagi kepada Rudy yang bekerja sebagai penulis novel. Mindanya perlukan rehat yang cukup sebelum kembali memerah idea.
***
Leher Evan dirangkul oleh seseorang dari belakang. Orang itu tersengih kepadanya.
"Bos. Pergi mana tiga hari ni? Pandai dah skip kuliah, ya?"
Evan meneruskan perjalanannya ke arah dewan kuliah bersama-sama rakan sekelasnya, Yves Grayson.
"Aku ada kerja."
"Kerja?"
"Bos aku masuk wad. So, aku kena jaga dia."
"Sampai tak sempat angkat call masa aku call?"
"Tak perasan. Silent mode."
"Ya la tu."
Rangkulan dilepaskan. Evan mengambil tempat di sebuah kerusi setibanya dia di dalam dewan kuliah. Begitu juga dengan Yves. Dia duduk di sebelah kiri Evan.
"Kau ada dengar cerita pasal Tobias tak?"
"Ha?"
Evan melihat ke arah rakannya. Dia menanti penjelasan daripada rakannya tentang soalan tersebut. Sudah pasti nama itu tidak asing lagi pada pendengarannya kerana dia sendiri terlibat dalam masalah keluarga tersebut.
"Aku dengar cerita dari group Kalen. Tobias dalam frasa kejatuhan."
Yves tersengih-sengih. "Family baru yang hot tahun lepas dah gegar family Tobias. Bisnes family Tobias pun dah nyawa-nyawa ikan. Kau tak rasa sekarang ni masa untuk mereka sedar roda akan berputar ke atas dan ke bawah ke?"
"Family yang banyak pengaruh macam tu pun boleh jatuh? Pelik. Mesti ada orang dalam."
Yves ketawa jahat. "Bagus la, kan? Aku rasa kemarahan aku terbalas kalau family tu jatuh sebab sebelum ni kawasan kita pun mereka rampas."
"Tak silap aku. Family Tobias ada orang kuat. Apa nama entah. Aku pun dah lupa sebab aku tak peduli pun pasal family tu." Evan silang lengan pada dadanya.
Yves pegang dagu sendiri ketika berfikir sebelum dia berkata sesuatu kepada Evan. Dia juga mendapat maklumat yang sama tentang orang kuat dalam keluarga Tobias.
"Rudy Tobias. Rasanya dia ada kumpulan sendiri tapi masih dalam family tu."
Rudy Tobias?
"Betul juga. Kenapa tak hantar dia je serang musuh? Lagi pun dia tu assassin. Dah banyak family terkubur sebab dia. Sebab tu family Tobias boleh bangga diri. Kawasan luas. Kita pula terpaksa hidup dengan kos sara diri yang mahal," keluhnya.
Aku baru tahu semua ni. Tapi kenapa dia tak sama macam yang aku bayangkan? Kenapa dia lari dari keluarga Tobias? Tak akan la aku nak tanya dia. Nanti kena marah lagi.
Yves melihat wajah serius Evan. Evan kelihatan sedang termenung pada pandangannya. Dia tidak mampu menbaca fikiran rakannya ini tetapi dia tahu bahawa Evan sedang memikirkan sesuatu yang penting pada masa ini.
"Bila kau nak datang lepak dengan geng lagi? Member lain asyik tanya pasal kau."
"Bos aku tak bagi pergi sana."
"Eh? Kawasan sendiri pun tak boleh masuk. Kejap. Bos kau tahu?"
Evan memandang sepi ke arah Yves. Rakannya pula tergamam. Tidak berkelip matanya tatkala melihat Evan angguk kepala.
"Dia yang hantar aku pergi hotel tu. Malam tu juga dia bawa aku balik rumah dia. Siap kena ceramah lagi. 'Kau tak patut tinggal di sana lama-lama. Aku tak suka pekerja aku duduk dalam kawasan Black Side tu. ' Macam-macam hal."
Yves ketawa sehingga ketuk meja. Air matanya juga keluar kerana rasa geli hati mendengar penjelasan Evan. Evan hanya ketawa kecil.
"Baik betul majikan kau tu. Aku pun tak sangka kau kerja jadi 'maid'. Mungkin lagi sesuai dipanggil sebagai butler."
"Lagi pun dia tak peduli pekerja lelaki atau perempuan. Setakat ni. Aku rasa simple thinking. Dia tak banyak komen pasal makanan spesifik. Dia hanya request kalau perlu."
"Untung dapat bos baik macam tu. Aku pun rasa nak kerja macam tu juga la. Duduk rumah majikan. Makan free. Bilik free."
Evan mengetuk kepala rakannya. Yves gosok kepala yang keperitan tu.
"Tak mudah macam kau fikir. Kau tu tahu mengemas? Masak?"
"Err...,"
"Jangan mimpi."
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Misteri / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...