Evan membuka matanya dan tercungap-cungap mengambil nafas. Dia duduk di atas katil. Suasana di dalam bilik ini dilihat.
Ni bilik aku. Tapi kenapa aku ada di sini. Aku sepatutnya ada di rumah Tuan Rudy, kan?
Evan bangun dari katil. Dia terus keluar dari biliknya untuk memastikan sesuatu. Dia melihat keadaan di dalam rumah ini. Ya, dia berada di rumah keluarganya.
"Selamat pagi, Abang Evan."
Evan melihat ke arah kanak-kanak perempuan berusia enam tahun. Kanak-kanak itu berjalan sendiri. Evan mendukungnya.
"Selamat pagi, Laura. Adik mana?"
"Adik mandi dengan mama."
"Dah makan?"
"Belum."
"Jom kita makan."
Evan menapak turun anak tangga menuju ke arah ruangan dapur. Si bapa sedang sarapan di situ.
"Selamat pagi, ayah."
"Selamat pagi."
***
Bunyi tembakan kedengaran sangat jelas di kawasan perumahan pangsapuri kerana berlakunya aksi tembak-menembak antara seorang lelaki dan satu kumpulan manusia berseragam hitam. Mereka mengejarnya sambil menembak ke arahnya. Dia pula cuba bersembunyi seketika dan membalas serangan. Satu per satu musuhnya tumbang.
Suasana sepi tatkala mereka sudah hilang jejaknya. Mereka tercari-cari kedudukkannya dalam suasana gelap ini. Pistol diacu ke hadapan sebagai langkah berjaga-jaga. Dia pula perlahan-lahan menyusup masuk dalam sekumpulan manusia itu ketika mereka leka.
Tumbukan dan sepakan telah membuatkan mereka terkejut. Beberapa das tembakan dilepaskan kepadanya tetapi dia berjaya mengelak dengan menggunakan tubuh musuh-musuhnya sebagai perisai. Satu per satu kepala musuh ditembak selepas dia merampas dua pucuk pistol milik musuhnya. Pistol miliknya pula sudah kehabisan peluru.
"Jangan fikir kau orang boleh bunuh aku dengan mudah."
Dia bergerak pantas lalu dia melompat sambil melepaskan tembakan ke arah musuh-musuhnya tanpa ragu-ragu. Tubuhnya melayang di udara tetapi tiada satu peluru pun yang melekat pada tubuhnya.
Darah musuh-musuh membasahi tanah. Dia mendarat dengan selamat. Dua pucuk pistol dicampak ke atas tanah sebelum kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Apa masalah mereka sebenarnya? Siapa yang hantar mereka?"
Dia garu kepala.
"Ah. Serabut."
Langkahnya terus menuju ke arah destinasinya yang tertangguh akibat diserang tadi. Dia sendiri pun tidak tahu dalang sebenar di sebalik kejadian itu.
"Malam yang menyusahkan," katanya sambil mengeliat kerana mengantuk.
Pintu sebuah kedai runcit dibuka. Langkahnya terhenti kerana tidak mahu terlanggar pintu tersebut. Mata bertentang mata tatkala bertemu.
"Tuan Rudy?"
"Hm? Kau siapa?"
"Eh? Tuan Rudy tak ingat saya? Saya pembantu rumah Tuan Rudy," katanya bersungguh-sungguh.
"Aku tak pernah ada pembantu rumah lelaki. Kau ni dah gila ke?"
Mustahil.
Evan tercengang. Rudy pula berlalu pergi meninggalnya di situ.
Mustahil selama ni hanya mimpi aku je. Kenapa boleh jadi macam ni? Tuan Rudy.
***
"Tuan Rudy!" jerit Evan.
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Mystery / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...