Nama aku, Rudy Tobias.
Aku dibesarkan oleh seorang ibu di kawasan Black Side. Kehidupan aku penuh dengan tanda tanya sejak kecil sehingga kini. Aku tertanya-tanya sebab aku hidup berdua sahaja dengan ibu. Aku tertanya-tanya sebab kami jadi pelarian yang diburu.
Ibu terkorban untuk selamatkan aku. Aku pula dibawa ke rumah keluarga Tobias sebagai anak ketua keluarga itu. Kemewahan tidak mampu untuk membuatkan aku lupa kepada ibu.
Aku membesar sebagai seorang pembunuh dalam keluarga mafia ini. Nama aku tidak terlalu terkenal dalam media sosial kerana aku tidak dibenarkan mengguna nama Rudy Tobias. Aku terpaksa guna nama samaran lain.
Namun, nama itu terkenal dalam kalangan keluarga mafia di negara ini sejak aku menjadi 1st Jester. Gelaran Silent Killer mula menjadi mimpi ngeri semua keluarga mafia yang ada dalam majlis Jester sebab aku telah menghapuskan satu keluarga ternama ataa arahan Voldera Tobias.
Ketika mesyuarat dilaksanakan untuk kali pertama dalam majlis Jester. Tiada satu pun manusia yang membantah untuk aku terus memegang jawatan ini. Malah, mereka kata ketua keluarga mereka lebih memilih aku untuk terus menjadi 1st Jester berbanding orang lain.
1st Jester merupakan ketua Majlis Jester yang terdiri daripada 10 ahli. Setiap ahli mewakili satu keluarga mafia. Di sini la tempat berunding antara keluarga mafia jika ada pertikaian dan kerjasama. Namun, tidak semua keluarga mafia memiliki ahli Jester. Sistem ini telah lama wujud.
Untuk naik menjadi Jester sudah pasti perlu membunuh ahli asal atau ahli asal undur diri sebelum dibunuh. Kebanyakannya dibunuh. Selama ini keluarga Tobias bukan sebahagian daripada Majlis Jester. Sebab ini juga Voldera menyuruh aku untuk jatuhkan 1st Jester yang lama.
Lima tahun menjadi 1st Jester dengan pelbagai perlawanan antara keluarga luar dan pemberontak. Ketua keluarga lain cuba merebut aku untuk membantu mereka menghapuskan musuh mereka. Aku tiada pilihan lain kerana Voldera menerima permintaan itu. Aku hanya senjata bernyawa.
Tetapi era 1st Jester tamat apabila satu misi telah meragut nyawa rakan-rakan kumpulan aku. Mereka mati kerana Voldera tidak memberitahu aku tentang perangkap yang dipasang di dalam markas musuh.
Perangkap itu sebenarnya dia sendiri yang pasang untuk menerangkap musuh tetapi dia tidak memberitahu hal itu kepada aku dan ahli lain. Malah, dia tidak benarkan aku untuk menyertai mereka.
Segala kepercayaan aku kepada dia berakhir di situ. Sekali lagi, orang-orang yang aku sayang dan percayakan aku mati di hadapan mata aku. Aku rasa seperti aku mengkhianati mereka. Lebih baik aku tinggalkan semua ini. Aku tidak mahu lihat hal yang sama lagi.
Aku membawa diri. Bersembunyi tanpa khabar. Dia pula memanggil aku berkali-kali untuk kembali. Aku tidak akan kembali. Keluarga Tobias mula jatuh. Dia mula naik angin. Aku tetap tak akan kembali. Hati aku sakit disebabkan dia.
Aku lebih memilih untuk hidup sendirian dan menjadi seorang penulis sepenuh masa. Sebelum ini aku hanya menulis jika ada masa terluang. Aku menulis beberapa buah novel berdasarkan kehidupan aku yang kejam ini. Semuanya tentang diri aku. Aku menggunakan nama samaran sebagai penulis, Author T.
Selama ini aku diam-diam bertemu dengan editor untuk berurusan tanpa pengetahuan orang lain. Aku diam-diam mencipta dunia impian aku sendiri. Aku diam-diam membina perasaan sebagai seorang manusia, bukan senjata bernyawa. Aku sendirian.
Kesepian bersendirian berakhir pada musim sejuk apabila aku membuka pintu rumah. Evan Douglas muncul untuk bekerja dengan aku. Aku memang tidak peduli tentang orang lain sebab aku tidak mahu rasa kehilangan lagi.
Dia bekerja sebagai pembantu rumah. Dia tidak perlu disuruh banyak. Dia tahu apa yang aku perlukan. Aku hanya perlu beritahu perkara yang aku rasa nak cakap. Dia faham maksud aku tanpa perlu penjelasan panjang.
Ketika aku sudah mula menyayanginya sebagai seorang pekerja terbaik, Rex muncul di rumah aku. Dia mahu bawa aku kembali ke sana tapi dia juga mahu membunuh Evan sebagai ugutan dan amaran.
Aku tak akan benarkan orang yang tiada kaitan dalam masalah aku terlibat tanpa sebab. Aku perlu lindungi dia walaupun aku terpaksa mati. Aku tidak mahu kehilangan lagi.
Setiap kali aku rasa aku sudah mati. Rupa-rupanya aku masih bernafas lagi. Siling hospital juga sudah tidak asing pada pandangan aku sejak aku kenal Evan. Dia sentiasa ada di sisi aku.
Dia telah banyak membantu aku. Dia cuba membongkar rahsia sebenar Voldera sejak Falco Tobias memberitahu hal sebenar.
Banyak kejutan yang aku hadapi sejak dia bekerja dengan aku. Siapa sangka ketua keluarga Hao yang merancang peperangan antara keluarga Tobias sebenarnya ada di sisi aku. Malah, aku menjadi tuan dia. Falco juga pening kepala.
Evan telah membawa aku bertemu keluarga Pavilion. Dia menjelaskan hal sebenar kepada datuk, nenek dan saudara-mara tentang hal sebenar. Datuk menyerahkan sebuah kotak milik Bennet Pavilion kepada aku. Hanya itu peninggalan ayah aku.
Kotak itu kelihatan sangat berharga. Di dalamnya terdapat diari, lencana keluarga Pavilion dan sebagainya. Lencana itu di simpan di dalam kotak itu kerana dia tidak memakainya di luar negara. Bimbang diculik ketika ke sana. Namun, ayah aku terbunuh ketika dalam perjalanan pulang ke negara ini di dalam kapal terbang.
Aku sudah faham situasi sebenar. Peperangan kali ini sepatutnya menjadi peperangan antara aku dan Voldera. Aku tidak mahu orang lain telibat dalam hal ini.
Kematian Voldera telah menjadi mimpi ngeri bagi keluarga Tobias tetapi aku masih memberi peluang kepada keluarga itu untuk bangun daripada kejatuhan. Sejak awal aku sudah merancang semua ini dengan Falco.
Falco Tobias yang berada di negara asalnya menjadi ketua keluarga Tobias yang baru. Levin pula menjadi 3th Jester selepas Yome Ye menyerahkan kedudukan itu kepada Levin Tobias sebagai wakil keluarga Tobias. Aku pula kembali mengambil kedudukan 1st Jester selepas Falco undur diri.
Ketua keluarga tidak dibenarkan untuk menyertai Majlis Jester kerana mereka memiliki Majlis LORD. Dalam Majlis LORD memiliki isu yang lagi besar dan pening kepala sebab mereka akan berbincang tentang perniagaan, ekonomi, kawasan dan sebagainya.
Bukan hanya masalah aku yang selesai. Evan juga telah selesaikan masalahnya dengan menghapuskan seluruh keluarga Hilos yang menjadi mimpi ngeri dia selama ini. Aku pula hampir mati lagi. Dia tetap ada di sisi aku untuk aku terus hidup.
Siapa sangka manusia yang aku percaya selama ini ialah seorang penipu besar? Dia sebenarnya seorang doktor pakar bedah yang sambung belajar dalam bidang perubatan. Dia juga yang melaksanakan pembedahan kritikal untuk selamatkan aku.
Aku rasa tertipu tapi aku masih mahu percayainya. Hanya dia yang faham perasaan aku sehingga kini. Walaupun aku sendiri cuba lari daripada realiti.
Sehingga suatu hari dia demam. Dia beritahu aku, dia sayang aku lebih daripada nyawa dia. Dia mahu sentiasa ada di sisi aku dan dia tidak mahu aku sedih lagi.
Dia peluk aku dengan erat seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Tanpa aku sangka. Bibir aku jadi mangsa. Terus aku hilang sabar. Tampar dia. Ikat dia. Lepas tu, hantar ke hospital. Selesai.
Aku buang dia kerja bukan sebab aku benci tapi sebab aku tak nak kehilangan sesiapa lagi. Tapi entah kenapa hati aku berat untuk tinggalkan dia. Rasa hidup aku tak lengkap. Aku cuba hadapi realiti dan kembali kepada dia.
Aku baru sedar sesuatu. Aku pun rasa perasaan yang sama dengan dia. Tapi dia tak ingat kejadian malam tu. Aku maafkan dia. Aku tak mahu dia paksa diri untuk berfikir lagi.
"Tuan Rudy."
Dia menghampiri aku dengan beberapa jenis coklat yang penuh pada kedua-dua tangannya.
"Nak yang mana? Saya tak tahu Tuan Rudy suka coklat mana satu. Jadi, saya bawa semua."
Dia tak tahu. Dia tak tanya. Dia bawa semua. Sebab dia tahu aku akan makan semua. Aku bukan manusia yang memilih.
"Semua."
"Tapi satu hari, satu coklat. Tak boleh makan semua dalam satu hari. Tak baik untuk kesihatan. Gigi pun kena jaga. Makan manis banyak sangat. Nanti diabetes."
Mode doktor dah keluar.
"Baiklah, Dr. Evan."
Dia senyum. Aku suka senyuman tu. Rasa bebas daripada dunia kekejaman bila lihat senyuman dia.
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Mystery / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...