BAB 20

23 1 1
                                    

Beberapa orang ahli keluarga Hao terjenguk-jenguk pada dinding dapur untuk melihat Evan memasak. Mereka sudah lama tidak melihat ketua mereka memasak sejak Evan belajar di universiti.

"Sedapnya. Dah lama tak makan sarapan pagi sedap macam ni," kata Yome Ye yang berada dalam kalangan mereka.

Evan menghidang makanan di atas meja makan. Dia terlihat ke arah mereka berenam di situ.

"Jangan cuba-cuba nak curi makanan. Lepas Tuan Ruen makan baru kau orang boleh makan."

"Okay, bos," kata mereka.

Evan menuju ke arah biliknya di tingkat dua. Pintu bilik diketuk sebelum dia masuk ke dalam bilik tersebut. Dia melihat ke arah Rudy termenung di atas katil.

"Tuan Ruen. Sarapan dah siap."

"Ruen?" Rudy bertanya kepada Evan.

Dia terlupa bahawa dia sendiri memperkenalkan dirinya sebagai Ruen Trevis kepada ahli keluarga Hao pada malam tadi. Kebiasaannya Evan memangil namanya, Tuan Rudy. Evan juga terpaksa menukar sebutan nama Rudy ketika berada di dalam rumah ini. Rasa janggal.

Rudy berdiri lalu berjalan ke arah pintu bilik kerana di dalam bilik ini tiada bilik mandi seperti di rumahnya. Evan menutup pintu bilik dan mengekori Rudy ke ruangan dapur.

"Selamat pagi, Tuan Ruen," sapa seorang ahli keluarga Hao ketika Rudy tiba di ruang tamu.

"Selamat pagi. Dah sarapan ke?"

"Belum," jawab Yome di atas sofa ruang tamu.

"Jom la makan sekali. Evan. Siapkan makanan untuk mereka. Aku nak cuci muka kejap."

"Baik, Tuan Ruen."

Wah~ Bos layan kita la. Untungnya ada majikan macam Tuan Ruen. Kalau hari-hari Tuan Ruen duduk sini. Boleh makan sedap hari-hari.

Mereka tersengih-sengih melihat ke arah Evan. Evan mencapai bantal sofa lalu dibaling ke arah Yome tanpa sebab.

"Aduh."

"Nak makan. Ambil sendiri," kata Evan ketika Rudy sudah ke bilik mandi.

***

Hari Sabtu menjadi hari yang panjang bagi Evan kerana dia tidak perlu pergi kuliah. Sepenuh masa bersama-sama Rudy. Dia akan bawa mana sahaja Rudy mahu pergi.

Beberapa buah novel seram dipilih oleh Rudy lalu dimasukkan ke dalam sebuah raga merah yang dibawa oleh Evan. Kemudian, Rudy mengalihkan pandangannya ke arah kulit belakang novel ketika Evan sedang membaca novel di situ. Dia terperanjat kerana terdapat tanda berwarna merah yang tertera BL 18+.

"Kau baca cerita apa ni?"

"Buku cinta. Ada pekerja cadang saya baca buku ni."

Rudy melihat ke arah papan tanda yang tergantung pada siling. Papan tanda itu tertera BL 18+. Novel dirampas dari tangan Evan lalu dicampak ke atas timbunan novel di situ. Tangan kanan Evan ditarik untuk keluar dari kawasan terlarang itu.

Tak akan la dia tak nampak papan tanda atas tu? Buta ke? Apa hal pekerja cadang novel sampah macam tu? Nak bagi otak dia meletup ke?

"Tuan Rudy. Kenapa marah sangat ni?"

Langkah Evan berhenti. Rudy pun terpaksa berhenti. Dia melihat ke arah Evan dengan wajah berona merah kerana marah dan segan.

"Cuba kau tengok atas tu."

Dia tunding jari telinjuk tangan kanan ke arah papan tanda tadi. Evan melihat ke arah papan tanda tersebut lalu dia menutup mulutnya kerana terkejut besar.

MR AUTHOR AND HIS BUTLERWhere stories live. Discover now