Setahun kemudian.
Teh Jasmin yang berasap diminum oleh seorang manusia bernama Rudy ketika di dalam sebuah milik mesyuarat, majlis Jester. 'Rudy Tobias'. Nama itu tidak lagi digunakan kerana namanya pada ketika ini ialah 'Rudy Pavilion'.
Pintu bilik mesyuarat dibuka. Beberapa orang ahli Jester masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut. Senjata masing-masing diserahkan kepada seseorang yang berdiri di tepi pintu itu, Yome Ye. Tugas memungut senjata bukan lagi tugas Rex atau Levin pada zaman Rudy Tobias.
"Welcome back, Rudy," sapa Lee Jin sambil menuju ke arah tempat duduknya.
"Thanks, bro. Kau pun nampak happy hari ni."
Lee Jin duduk di atas sebuah kerusi. Di atas meja pula terdapat kertas berwarna hitam dengan tulisan bernombor 10 yang berwarna putih.
"Mestilah. Semua orang happy sebab kau dah kembali. Antara manusia yang hebat dalam Jester."
Rudy meletak cawan di atas pelapik cawan. Dia tersenyum tatkala dipuji sedemikian.
"Aku hanya orang biasa. Yang hebat tu kau orang. Hebat sebab masih mampu bertahan dalam dunia macam ni. Sedangkan aku pula cuba lari daripada realiti."
"Tapi kau sah berjaya jatuhkan Voldera Tobias. Kira lagi hebat la, kan? Selama ni dia pergunakan kau," kata 8th Jester, Malona Fabius.
"Betul tu. Dia tu memang tak patut dimaafkan sebab cuba pergunakan kau selama ni. Kalau tuan aku tahu hal sebenar. Mesti aku dah cuba selamatkan kau dari penculik tu," ujar 2th Jester Salem Arbahar.
"Cepat betul berita tersebar," kata Rudy.
"Mestilah. awak orang penting. Mustahil penjual maklmat dan wartawan tak kecoh pasal awak. Pavilion bukan biasa-biasa," kata 4th Jester, Ovalia Odgan.
Aku tak pernah pun jumpa wartawan. Tak akan la family sana uruskan? Atau...
Rudy menjeling ke arah Evan yang berdiri di sebelah kirinya. Evan mengikutinya kerana memang itu mahunya. Rudy pun malas nak cakap banyak.
"Eh? Xi Hao? Kau buat apa di sini?" Lee baru perasan.
"Xi Hao?"
Mereka melihat ke arah Evan apabila Lee berkata sedemikian. Hanya ahli Jester sahaja dibenarkan masuk di dalam bilik mesyuarat ini ketika bersidang. Ahli lain akan tunggu diluar bilik mesyuarat termasuk pemungut senjata tadi.
'Kenapa ketua keluarga Hao ada dalam ni? Aku tahu la Rudy kembali jadi 1st Jester sebagai ahli keluarga Hao. Tapi kepada dia bawa ketua sekali?' fikir mereka semua.
"Abaikan dia," kata Rudy.
"Ha? Abaikan dia?" kata mereka dengan terkejut.
"Dia yang nak ikut. Lagi pun dia butler aku. Kalau aku tak bagi ikut. Dia menangis."
Menangis?
Mereka merenung ke arag Even.
Mustahil dia menangis.
Evan pusing ke belakang.
Apa hal semua pandang aku?
Tidak lama selepas itu, 3th Jester, 5th Jester, 6th Jester, 7th Jester dan 9th Jester masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut. Levin hadir dalam mesyuarat ini sebagai 3th Jester seperti yang dijanjikan oleh Rudy sebelum ini.
"Xi Hao?" kata 6th Jester seperti kebudak-budakkan, Jack Samuel.
Apa... Apa dia buat di sini? Masih kejar aku lagi ke?
Jack melihat ke arah kanan dan kiri lalu menyorok di belakang Levin. Levin hairan melihat ke arah Jack. Dia pun tidak kenal sangat Jack.
"Kau dah buat dah apa dengan budak tu sampai takut macam tu?" soal Rudy kepada Evan.
"Budak tu?"
Evan melihat ke arah Jack yang menyorok tetapi terjenguk-jenguk melihat Evan. Evan garu kepala.
"Dia pernah masuk kawasan Black Side. Curi underwear saya masa saya tinggal di hotel dulu."
"Mana ada. Dulu orang lain duduk bilik tu. Mana aku tahu kau duduk situ," jerit Jack.
"Siapa duduk situ sebelum aku?" soal Evan dengan serius.
"Mana la aku tahu."
Suara ketawa bergema di dalam bilik mesyarat ini. Rahsia terbesar Jack sudah terdedah. Mungkin yang dicari itu pakaian dalam wanita di hotel itu sebelum ini tetapi Evan pula yang pindah ke situ. Tambahan pula hotel itu ada ampaian di luar koridor bilik.
Jack pula jadi malu. Dia masih menyorok di belakang Levin.
Ni ke ahli Jester? Tak macam yang aku bayangkan.
***
Rudy mengambil topeng milik Evan yang berada di atas meja ketika Evan tiada di situ. Evan sedang mengambil makanan di meja hidangan. Mereka masih berada di dalam bangunan yang sama untuk jamuan makan tengah hari.
Topeng dipakai pada wajah. Bau strawberi menguasai minda Rudy. Dua sendiri sudah tertaut dengan bau wangian topeng tersebut. Kadang-kala, diam-diam dia mencuri topeng Evan dan pulang semula sebab dia tidak jumpa botol wangian tersebut.
"Rudy."
"Ha?"
Cepat-cepat dia tanggal topeng lalu diletak kembali di atas meja tadi. Levin duduk di hadapannya bersama pinggan berisi daging bakar.
"Kau buat apa dengan topeng dia tu?"
"Tak ada apa."
Rudy tersengih-sengih. Jantungnya berdegup kencang kerana terkejut terhadap teguran Levin tadi.
"Kau ni semacam je."
"Eh? Mana ada."
"Dari tadi aku perasan. Kau asyik termenung sejak dia keluar dari bilik meeting. Masa bincang tadi pun kau nampak macam masuk telinga kanan. Keluar telinga kiri."
Rudy mencapai tangkai cawan lalu minum teh jasmin untuk tenangkan fikirannya dan hatinya yang terasa gelabah tadi.
"Kau merepek apa ni?"
Levin sengaja melihat ke arah mata Rudy yang tidak tentu arah tu. Kemudian, pandangannya dialihkan ke arah Evan yang menuju ke arah mereka berdua.
"Kau suka dia ke?"
Teh suam tertumpah di ataa dada Rudy ketika dia mahu minum tadi. Rudy terjerit sebab kepanasan. Evan segera mendapatkan Rudy. Dua pinggan makanan diletakkan di atas meja lalu tisu dicapai. Air teh tadi dilap menggunakan tisu.
"Tuan Rudy okay ke?"
"Ha?"
Wajah Rudy berona merah tatkala melihat wajah Evan dekat dengannya. Dada Evan ditolak untuk menjauhkan diri darinya. Evan terundur ke belakang.
Rudy berdiri lalu mencapai topeng milik Evan. Dia melarikan diri.
"Jangan dekat dengan aku," jeritnya. Topeng dipakai pada wajah.
Semua orang terkejut dan hairan. Evan pula terpinga-pinga. Levin tertawa. Evan melihat ke arah Levin dengan serius. Leher kemeja Levin digenggam.
"Apa kau dah cakap dengan dia?"
Levin cuba berhenti ketawa.
"Tak ada apa. Aku cuma nak pastikan sesuatu."
"Pastikan apa?"
Levin tersengih.
"Kau tak rasa apa yang aku rasa?"
"Rasa?"
"Rudy suka kau," bisiknya.
Leher kemeja Levin terlepas. Mata Evan tidak berkelip. Dia terkejut dan kaku di situ.
Mustahil. Lawak apakah ini?
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Mystery / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...