"Mana Rudy?" tanya Levin dengan serius.
"Tuan Rudy ada urusan dengan Voldera. Lebih baik kau jangan masuk campur. Tuan Rudy tak nak libatkan ahli keluarga Tobias dalam hal ni sebab tu mereka masih hidup. Kalau bukan disebabkan arahan Tuan Rudy. Aku dah bunuh semuanya. Termasuk kau."
"Kau tak sentuh Mommy aku, kan?"
"Aku tak naik tingkat tiga. Jadi, aku tak jumpa Mommy kau. Bilik Mommy kau di tingkat tiga, kan?"
"Macam mana kau tahu?"
"Tuan Rudy beritahu."
"Rudy belot keluarga sendiri ke? Atau kau yang paksa."
Evan memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Dia kelihatan santai sahaja di hadapan musuhnya ini.
"Untuk pengetahuan kau. Tuan Rudy bukan anak Voldera."
"Apa maksud kau?"
"Tuan Rudy, anak Bennett Pavilion. Bennett Pavilion, anak kedua Karl Pavilion. Voldera sebenarnya culik Tuan Rudy untuk kegunaan sendiri. Pengaruh. Kau tak hairan kenapa ramai ketua keluarga percayakan Tuan Rudy? Selama dia jadi 1st Jester. Keluarga ni tak pernah hadap peperangan besar atau rusuhan."
"Mustahil. Peperangan besar tak pernah berlaku sebab dia kuat. Semua orang takut dengan dia. Tak ada sesiapa boleh kalahkan dia," Levin membantah.
"Aku, Pavilion Shadow yang baru. Keluarga Hao ditubuhkan untuk lindungi keluarga Pavilion. Aku dah bawa Tuan Rudy jumpa keluarga asal dia. Ujian DNA pun positif. Kau masih nak nafikan yang Daddy kau tu penculik? Pemberontak terbesar dalam negara ni?"
"Apa sebabnya Daddy nak buat macam tu? Apa bukti Daddy buat semua tu?" tengkingnya kepada Evan.
"Aku dah tanya beberapa ketua keluarga yang lain. Mereka tahu pasal Tuan Rudy sebab Voldera kata dia ambil Rudy sebagai anak dia atas permintaan sahabat dia. Tapi kalau ikut sumber lain. Voldera yang selama ini buru Tuan Rudy dan ibu dia."
"Aku masih tak percaya."
"Terpulang. Tapi tu hakikatnya. Tuan Rudy bukan ahli keluarga Tobias. Aku akan jaga dia. Keluarga ni tak layak miliki dia. Cukuplah seksa jiwa dia selama ni."
Levin tundukkan pandangannya. Pistol diturunkan ke sisi. Dia cuba untuk terima hakikat itu tetapi hatinya masih berat untuk percayai kata-kata musuhnya ini.
"Apa rancangan kau lepas ni? Daddy dah langgar perjanjian tu. Along pun macam tak peduli masa aku telefon dia sebelum ni sebab dia tahu hal tu akan jadi."
Evan pusing ke belakang. Dia berjalan ke arah destinasinya, tangga untuk ke tingkat tiga.
"Aku hanya ikut arahan Tuan Rudy."
"Tapi kau ketua keluarga Hao."
"Tuan Rudy, tuan aku. Urusan ni ada kaitan dengan dendam dia. Aku tak akan masuk campur."
***
Perut Voldera berdarah kerana dia telah ditikam oleh Rudy. Voldera tersandar pada dinding. Dia memegang perutnya yang cedera itu.
"Aku akan hantar kau ke neraka."
Tembakan dilepaskan ke arah Rudy. Topeng Rudy terbelah kerana peluru tersebut lalu jatuh ke atas lantai. Voldera terkejut melihat wajah Rudy yang senyum kejam kepada dirinya.
"Ah. Topeng aku dah rosak. Tak akan la aku kena pinjam topeng dia lagi? Tak boleh fokus."
Voldera melepaskan tembakan lagi. Rudy membaling pisaunya lalu melekat pada pistol tersebut. Pistol meletup pada tangan Voldera. Voldera mengibas tangannya kerana sakit selepas melepaskan pistol ke lantai.
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Mistério / SuspenseDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...