BAB 25

25 2 0
                                    

Rudy merebahkan diri di atas katil selepas selesai berurusan dengan seseorang bernama Genjel Weasper. Dia memberitahu Yome tentang orang yang dia cari. Nama orang itu tercatat pada diari bapa kandungnya yang diserahkan oleh datuknya sebelum ini. Orang itu seorang penjual maklumat dan ejen rahsia. Rudy mahu tahu tentang bapa tiri Evan.

Pintu diketuk. Rudy melihat ke arah pintu yang terbuka luas itu. Yome berdiri di situ. Yome juga sudah meminta maaf tentang kematian Nathan. Rudy telah memaafkannya tanpa dia sangka.

"Tuan Ruen boleh tidur ke? Bilik saya ni tak mewah macam bilik Tuan Ruen."

Rudy meletak lengan kanan di atas dahi. Matanya dipejamkan.

"Mana-mana pun aku boleh tidur kalau dah penat. Kau pun tidur la. Esok kau kerja, kan?"

"Tak apa. Tuan Ruen tidurlah atas katil tu. Saya tidur di ruang tamu."

"Thanks."

Yome menutup pintu bilik. Jam dinding dilihat seketika. Masih terlalu awal untuk tidur baginya.

Aku tak sangka pula dia boleh bergaduh dengan bos pasal ni. Dia pun fikir tentang bos. Aku tak faham apa dah berlaku sebenarnya.

***

"Aku memang nak bunuh dia sebab dia musuh utama aku. Tapi dia dah dua kali hampir terbunuh sebab selamatkan aku. Tak akan aku nak bunuh penyelamat aku. Aku tak tahu pun Rudy tu majikan aku. Hidup aku jadi tak menentu bila fikir pasal tu," jelas Evan yang kemabukan di situ.

Lee masih di sisi menemani Evan sambil mendengar penjelasan Evan. Dia sudah lama kenal Evan sebagai ketua keluarga Hao walaupun dia dari keluarga lain. Kawasan ini tidak terhad untuk sesiapa datang kecuali keluarga Tobias.

"Kenapa dia selamatkan kau?"

"Sebab Rex Tobias cuba bunuh aku kalau Rudy tak nak kembali ke sana. Rudy lari dari rumah sebab Voldera khianati dia. Semua kawan-kawan dia terkorban disebabkan rancangan Voldera. Voldera tak bagi dia ikut misi tapi hantar semua ahli kumpulan dia. Semua mati. Dia salahkan diri dia. Ibu dia mati pun sebab cuba lindungi dia."

"Lindungi daripada siapa?"

"Voldera Tobias. Rudy bukan anak dia. Dia dari keturunan Pavilion. Selama ni Voldera pergunakan dia demi kuasa. Dia tak tahu. Tak hairan kalau ramai ketua keluarga percayakan dia. Keluaga Pavilion banyak jasa dalam negara ni walaupun mereka bukan mafia atau geng macam kita."

Air mata Evan mengalir. Wajahnya yang kemerahan ditutup. Dia menangis.

"Aku dah buat dia marah lagi. Aku tak tahu macam mana nak pujuk dia. Dia mesti dah benci aku. Aku cuma nak jaga dia. Dia tak pernah gembira setiap kali dia bunuh orang. Selama ni dia bukan diri dia. Dia hanya senjata Tobias. Tak ada siapa yang faham perasan dia."

Lee menggosok belakang Evan untuk tenangkan Evan. Kasihan pula dia melihat Evan sedemikian.

"Aku tak tahu nak nasihat macam mana tapi daripada cara dia tadi. Dia sebenarnya pedulikan kau. Kau ada masalah ke?"

"Masalah?"

"Tadi dia marah kau sebab kau asyik fikir pasal dia tapi abaikan diri sendiri. Kau ada masalah, kan?"

Evan mengalihkan kedua-dua tangan dari wajahnya. Dia cuba ingat masalahnya.

"Hilos," katanya.

***

Wajah Rudy berpeluh-peluh. Nafasnya turun dan naik tidak menantu. Dia mengalami mimpi ngeri lagi. Dia bermimpi sedang berlari daripada sekumpulan manusia bersenjatakan pistol.

Dia tidak sendirian kerana bayang-bayang ibunya sedang berlari dengannya sambil berpegangan tangan. Mereka terus berlari ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.

"Ibu."

Si ibu menyembunyikan anaknya di belakang apabila mereka dikepung. Beberapa das tembakan kedengaran. Tubuh si ibu berdarah akibat ditembak oleh mereka.

"Ibu. Jangan tinggalkan Rudy."

Air matanya mengalir. Dia menangis teresak-esak seperti kanak-kanak.

***

Yome terjaga daripada terlelap di sofa apabila pintu rumah diketuk. Dia segara menuju ke arah pintu rumah. Pintu dibuka.

"Yo," sapa Lee sambil memapah Evan yang kemabukan itu.

"Seorang lagi? Masuklah."

Mereka berjalan ke arah ruang tamu. Yome menguap. Dia duduk di atas sofa.

"Ibu!"

Mereka terkejut mendengar suara Rudy di dalam bilik. Evan tersedar. Dia menolak tubuh Lee sebelum sempat Lee meletaknya di atas sofa. Evan memaksa dirinya berjalan ke arah bilik Yome.

Yome dan Lee mengekori Evan. Evan masuk ke dalam bilik itu. Tangan kiri Rudy dipegang erat.

"Tuan Rudy. Saya di sini. Tak perlu takut. Saya ada."

Perlahan-lahan Rudy kembali tenang. Evan menyempatkan kepalanya pada birai katil sambil berpegangan tangan.

"Saya minta maaf," ujarnya.

"So sweet," kata Lee perlahan.

Aku tak pernah pun tengok bos macam tu.

***

"Selamat pagi, Tuan Rudy."

Rudy tercengang melihat Evan sedang menghidang makanan di atas meja makan. Dia mendiamkan diri dan terus ke bilik mandi.

Rudy kembali ke meja makan selepas mencuci muka dan berus gigi. Dia duduk bertentangan dengan Evan. Hanya mendiamkan diri.

Macam mana dia tahu aku ada di sini? Ada GPS ke dalam badan aku?

"Kejap lagi Tuan Rudy nak pergi mana? Kalau tak pergi mana-mana. Kita balik rumah. Saya dah beritahu Yome, kita balik hari ni."

Rudy menyuap pasta ke dalam mulutnya. Pasta dikunyah.

Sedap.

"Tuan Rudy. Pasal semalam. Saya minta maaf."

"Maaf je tak cukup."

"Kalau macam tu. Apa yang perlu saya buat?"

"Beritahu aku semua pasal kau. Biar aku hadap ayah tiri kau tu. Aku pun tak suka dia."

"Tapi...,"

"Kau masih nak kerja dengan aku?"

Evan terdiam. Rudy meletak garfu di atas pinggan.

"Kalau kau tak nak kerja dengan aku. Aku tak akan peduli pasal kau lagi. Kau bebas. Aku pun bebas. Aku boleh jaga diri. Aku tak lemah dan tak perlu dilindungi. Kau jaga diri kau."

Rudy bangun dari kerusi. Dia mahu melangkah pergi dari situ. Evan segera bertindak memeluk Rudy dari belakang. Rudy terkejut.

"Saya akan beritahu. Kalau saya tak ada di sisi Tuan Rudy. Tuan Rudy akan ada dalam mimpi ngeri lagi."

"Aku boleh cari orang lain."

Dia melepaskan Rudy lalu berdiri di hadapan Rudy. Wajahnya kelihatan serius.

"Ha? Mana boleh. Nanti orang lain pergunakan Tuan Rudy lagi."

"Kenapa kau peduli pasal aku? Aku bukan sesiapa pun. Atau kau nak kuasa juga?"

"Tak. Saya tak peduli pasal kuasa. Saya cuma nak tengok Tuan Rudy selamat. Bebas daripada beban berdarah. Tuan Rudy bukan senjata tak berperasaan."

"Kau memang macam ni, kan? Penatnya aku hadap kau hari-hari."

"Eh? Apa maksud Tuan Rudy?"

"Tak ada apa. Aku nak mandi."

Tubuh Evan ditolak ke tepi. Dia menuju ke arah bilik Yome untuk mengambil pakaian sebelum mandi.

MR AUTHOR AND HIS BUTLERWhere stories live. Discover now