Nama aku, Evan Douglas.
Aku dilahirkan dalam keluarga yang serba mewah dan bahagia sebelum ini. Tiada masalah yang berlaku dalam keluarga aku. Aku juga bebas untuk membuat apa sahaja tetapi aku perlu jaga nama baik keluarga aku.
Douglas merupakan salah satu daripada cabang keturunan Visara yang terkenal dalam dunia kedoktoran, sains perubatan dan pendidikan di negara ini. Nama keturunan Visara juga sama besar dengan nama keturunan keluarga Pavilion. Tetapi tidak seekstream keluarga Pavilion.
Anak-anak dari keturunan Visara dilatih untuk menjadi kuat demi menjaga keluarga yang besar dan harta di dalam negara ini. Berbanding keluarga Pavilion yang memerlukan perlindungan. Namun, ada sahaja kes penculikan disebabkan musuh mahu kawasan terutama kumpulan-kumpulan mafia di dalam negara ini.
Kehidupan normal dan bahagia hilang apabila ibu bercerai dengan ayah kerana kepentingan diri sendiri. Ayah pula tidak menghalang kerana dia sudah tidak tahan dengan bebelan itu.
Kehidupan sebagai doktor bukan ada masa yang banyak di rumah. Malah, ayah juga sudah memiliki bakal isteri baru yang bekerja di hospitalnya. Lebih memahami, lebih bagus.
Aku memilih untuk bersama ibu. Tinggalkan kehidupan mewah dan hidup di Black Side. Kehidupan aku di Black Side sangat berbeza dengan kehidupan normal aku.
Ibu pula selalu keluar malam dan pulang pada waktu pagi. Aku cuba abaikan semua itu walaupun aku tahu hal sebenar sebab ibu akan marah aku jika aku bernasihat. Dia mahukan kebebasan. Aku pun bebas dengan cara aku.
Aku cuba fahami cara untuk bertahan hidup di Black Side. Aku cuba selidik keadaan Black Side sehingga aku mendapat tahu bahawa ini ialah kawasan orang susah yang ditindas oleh ekonomi semasa. Kos sara hidup yang tinggi di kawasan lain. Terutama kawasan milik keluarga Tobias.
Di kawasan Black Side ramai sahaja kaki gaduh yang dikenali sebagai geng bergaduh di sini untuk mendapatkan hak kawasan. Aku juga tak ketinggalan untuk bergaduh bersama sebab mereka yang menyerang aku ketika aku lalu di situ. Niat mahu pulang ke rumah.
Masa berlalu dengan pantas. Aku juga sudah memiliki geng sendiri, Knight B.S. Aku memegang kawasan ni selepas mengalahkan semua ketua geng yang cuba merebut kawasan ini. Aku juga telah membuat beberapa perjanjian dengan mereka jika mahu masuk kawasan aku. Semuanya berjalan dengan lancar.
Setengah tahun daripada kejayaan aku. Aku dibawa ke rumah keluarga mafia bernama Hilos. Ibu berkahwin dengan ketua keluarga itu. Aku sudah tinggalkan Black Side tapi masih ada kawan-kawan lain tolong jaga kawasan tu.
Ibu bahagia bersama-sama suami barunya. Dia tidak perdulikan aku. Aku pula bosan duduk di dalam rumah ini sebab tidak boleh keluar dari rumah. Rasa seperti dipenjarakan. Aku mula isi masa lapang dengan membantu pembantu rumah memasak dan urus rumah ini.
Semakin lama tinggal di sini, semakin sakit hati aku melihat bapa tiri aku melayani ibu aku. Dia hanyalah manusia kejam yang mudah kebosanan. Kadang-kala aku melihat dia membawa perempuan lain pulang ke rumah. Dia melayani ibu aku seperti pembantu rumah.
Bukan itu sahaja, dia juga menyeksa ibu ketika sedang marah. Dia marah kepada ibu tanpa sebab. Mungkin kemarahan itu berpunca daripada pekerjaannya.
Setahun lebih tinggal di sini. Ibu juga sudah tidak waras lagi. Bercakap sendiri, menangis dan ketakutan. Dia memangil-manggil nama ayah kandung aku dan minta maaf sebab tinggalkannya. Dia kesal memilih kehidupan yang kejam ini.
Aku tiada pilihan lain. Hanya ada satu cara. Lari dari neraka dunia ini. Aku membawa ibu lari pada waktu malam selepas menidurkan ibu supaya dia tidak bising. Aku terus membawanya ke rumah keluarga aku dengan bantuan abang aku. Selama ini abang aku tinggal berasingan dengan keluarga aku. Dia tinggal di perumahan polis kerana kerjayanya.
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Mystery / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...