Beberapa muncung pistol diacu ke arah Rudy ketika dia berada di halaman rumah. Dia melihat ke arah mereka sambil menahan kesakitan pada kecederaannya sebelum ini. Mustahil dia mampu berlawan dengan mereka dalam keadaan lemah. Dia sepatutnya berehat tetapi dibawa pulang ke rumah ini pula.
"Kau dah tak boleh lari lagi," kata kakaknya, Daisy Tobias.
Tujuh orang adik-beradik Rudy mengelilinginya bersama-sama pengikut masing-masing. Kecuali Rex yang berada di dalam bilik kurungan kerana dihukum.
"Menyesalnya aku hidup lagi. Aku sepatutnya mati lepas kena tembak dengan Rex sebelum ni," katanya dengan sengaja.
"Rudy. Kau tak ada pilihan lain. Kau patut ambil balik kedudukan 1st Jester tu," kata abangnya yang keempat, Casper Tobias.
"Apa kata kalau kita buat satu ujian untuk 1st Jester baru. Siapa dapat bunuh aku, dia jadi pengganti aku," cadangnya.
Mereka terdiam sektika. Masing-masing memikirkan sesuatu.
'Kenapa perlu paksa Rudy kembali sedangkan ramai yang layak ambil kedudukan dia.' Itu yang mereka fikirkan.
"Tapi Daddy hanya nak kau. Kemampuan kau tak ada pada semua orang. Tak ada sesiapa boleh ganti kau. Ketua keluarga lain dan ahli Jester lebih percayakan kau berbanding orang lain. Sebab tu bila kau letak jawatan tu, keluarga ni macam tak ada nilai. Ada beberapa keluarga lain kerjasama dengan Hao untuk jatuhkan keluarga Tobias," beritahu kakak kedua Rudy, Rabica Tobias.
Rudy tersengih. "Jadi, kalau aku masuk mana-mana keluarga pun masih dialu-alukan? Macam mana kalau aku jadi 1st Jester tapi dipihak keluarga Hao? Menarik."
"Kau nak khianati kami?" tanya Levin yang berdiri di hadapan Rudy.
"Khianati? Tak. Aku cuma nak ajar kau orang untuk hidup sendiri tanpa harapkan orang tua tu. Aku tetap dengan keputusan aku. Aku keluar dari keluarga ni."
"Rudy!"
Rudy melihat ke arah bapanya di hadapan pintu rumah. Manusia itu membawa pistol bersama-sama dengannya.
Rudy mendepakan tangan ke arah bapanya lalu berkata dengan nada sindiran. Pistol diacu ke arah Rudy.
"Kau pun nak bunuh aku?"
"Aku tak akan bunuh kau. Aku akan seksa kau sampai kau insaf. Kau patut sedar diri. Kau tak patut pijak kepala aku hanya sebab kau dah dewasa. Fikiran kau masih kolot."
Rudy menarik nafas dan lepas perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa sakit pada dada kiri. Kedua-dua tangannya diturunkan ke sisi.
Penatnya. Kepala aku pun dah pening. Dada pun makin perit. Makin aku marah, makin sakit. Mungkin novel untuk bulan ni tak akan diterbitkan. Aku dah penat hadap keluarga ni. Tak ada sesiapa faham perasaan aku. Aku bukan senjata atau robot. Aku masih manusia malang.
Rudy mula rasa sesak nafas. Dia terbatuk-batuk sehingga keluar darah dari mulutnya. Mereka terkejut melihat keadaan Rudy walaupun mereka tahu manusia itu baru sahaja keluar dari wad. Dia tidak sepatutnya dibawa keluar dari wad sebab masih dalam pemantauan tetapi dia dibenarkan keluar atas kuasa keluarga Tobias.
"Rudy."
Adik-beradik dan bapanya mula cemas. Pistol diturunkan ke sisi. Mereka menghampiri Rudy.
Sekelip mata sahaja muncul seseorang berhampiran Rudy lalu menyambut tubuh Rudy yang lemah itu daripada jatuh ke tanah. Mereka bersiaga apabila melihat manusia bertopeng tersebut.
"Macam mana kau boleh masuk kawasan ni? Kau siapa?" tanya si bapa apabila melihat orang yang tidak dikenali memegang anaknya.
"Aku, butler Tuan Rudy. Tugas aku untuk jaga dia."
"Macam mana butler macam kau boleh masuk kawasan ni tanpa amaran?" tanya Levin yang mencurigai lelaki itu.
"Kau ni siapa sebenarnya? Kau la yang dah belasah Rex sebelum ni, kan?" tanya Dasiy pula.
"Dia tak ada beritahu apa-apa selain tu? Contoh macam, kalau ganggu Tuan Rudy lagi. Aku akan bunuh kau orang."
Tembakan dilepaskan ke arah lelaki bertopeng, Evan. Dia melihat ke arah ketua keluarga yang berada di hadapan pintu rumah itu.
"Rudy tak akan pergi dari sini. Kau tak ada hak untuk ganggu urusan kami," kata lelaki tua itu.
"Tuan Rudy, majikan saya. Tugas untuk lindungi dia ialah kerja saya. Dia kata, dia dah tak ada kaitan dengan keluarga Tobias. Kalau keluarga Tobias masih ganggu dia. Aku akan jadi musuh keluarga ni demi kebebasan Tuan Rudy."
"Kau orang luar. Kekuatan kau tak setanding dengan kami," kata Levin pula.
Evan tersengih di sebalik topengnya. "Aku rasa macam pernah dengar ayat ni. Di mana, ya?"
***
Rudy membuka matanya selepas beberapa minit pengsan akibat kesakitan pada dada kirinya. Darah pada tangan kanannya pun hampir kering. Dia melihat ke arah kanan. Sekumpulan manusia sedang berlawan dengan seorang lelaki bertopeng. Ramai antara mereka sudah tumbang. Sama ada cedera parah atau terkorban.
Rudy duduk di atas tanah. Dada kirinya dipegang. Dia melihat ke arah bapanya sedang berdiri di hadapan pintu rumah sambil menyaksikan perlawanan adik-beradiknya dengan lelaki bertopeng itu. Dia kembali melihat ke arah mereka.
Apa dah berlaku? Siapa orang tu?
"Ni bukan tempat Tuan Rudy. Kalau kau orang hargai dia. Kau orang tak akan layan dia macam ni. Dia bukan senjata untuk membunuh demi orang lain," Evan menengking ketika melihat ke arah ketua keluarga itu.
Evan?
Pistol diangkat ke arah Evan. Rudy segera berdiri tatkala melihat bapanya mahu menembak manusia yang tidak bersalah itu. Dia berlari ke arah Evan. Tembakan dilepaskan.
BANG!
Darah mengalir keluar membasahi baju kemeja biru laut. Belakang bahu kanannya telah ditembak oleh bapa sendiri. Dia cuba melindungi Evan kerana dia tidak mahu nyawa orang yang tidak bersalah terkorban disebabkan dirinya lagi. Dia memeluk erat tubuh Evan.
"Tuan Rudy."
"Rudy!" Mereka tergamam.
"Bodoh! Kenapa kau pentingkan nyawa orang lain berbanding diri kau sendiri, Rudy! Kau dah gula ke?" Si bapa menengking anaknya.
"Kenapa kau datang sini? Kau tak ada kaitan dalam masalah keluarga ni." Perlahan suara Rudy berbicara.
"Sebab Tuan Rudy majikan saya."
Rudy senyum. "Aku tak patut jadi tuan kau. Hidup kau akan hancur."
Evan memeluk Rudy. "Selagi saya hidup. Saya akan jaga Tuan Rudy. Tolong hidup lebih lama lagi."
"Mereka kuat. Kau seorang...,"
Dia termuntah darah lagi. Nafasnya mula tidak menentu. Evan pula sudah cemas.
Pelukan dilepaskan. Dia segera mendukung Rudy untuk membawa Rudy keluar dari situ. Kakinya pantas berlari. Mereka pula mengejarnya.
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Mystery / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...