Tiga minggu kemudian.
Selimut bergerak-gerak. Rudy keluarkan kepalanya dari selimut. Matanya dibuka lalu melihat ke arah kanan sebelum dia duduk di atas katil. Dia menguap dan memisat matanya.
Dia dah bangun.
Tangan kanannya dilihat.
Kenapa setiap kali dia pegang tangan aku masa tidur mimpi tu hilang? Selama ni aku tak pernah dapat keluar dari memori silam tu secepat ni. Mimpi ibu dibunuh depan mata aku.
Pintu bilik diketuk lalu dibuka. Rudy melihat ke arah Evan yang membawa sarapan pagi ke dalam biliknya. Sarapan pagi diletakkan di atas meja pendek.
"Sarapan dah siap. Tuan Rudy ada dua jam lagi untuk bersiap. Event pelancaran novel mega mula pukul 10:00 pagi," beritahu Evan kepada Rudy.
"Aku tak nak pergi, boleh?"
"Tak boleh. Cik Sofia dah penat-penat siapkan booth tu. Ramai peminat datang. Jangan kecewakan mereka," nasihatnya yang kedengaran sedikit tegas.
"Kau la pergi. Bukan orang tahu pun."
"Eh?"
Rudy mengangkat ibu jari tangan kanan. Dia tersengih.
"Pakai mask. Orang tak kenal. Musuh tak cari."
"Kalau macam tu. Lebih baik Tuan Rudy je yang pakai macam tu."
Rudy baring di atas katil. Dia tarik selimut.
"Aku nak sambung tidur."
Evan mengeluh. Dia menghampiri Rudy lalu menarik selimut tersebut dengan kasar. Rudy segara melihat ke arah Evan dengan perasaan marah.
"Apa ni?"
"Sebagai peminat Author T. Saya sangat kecewa dengan sikap Tuan Rudy sebab abaikan peminat. Mereka penat-penat datang dari jauh. Tapi Tuan Rudy tak hargai pengorbanan mereka. Tak ada bezanya sikap Tuan Rudy dengan keluarga Tobias tu."
Rudy naik angin apabila dirinya disamakan dengan sikap keluarga itu. Dia segera bangun dari katil dan menuju ke arah bilik mandi. Pintu bilik mandi dibuka dan dihempas.
Evan menghela nafas lega sebab dia mampu menjinakkan manusia degil itu dengan satu ancaman, 'samakan Rudy dengan sikap keluarga Tobias.' Itu kelemahan Rudy yang membangkitkan kemarahan.
***
Pelitup mulut dibetulkan oleh Evan pada wajah Rudy sebab sejak tadi Rudy asyik membebel. Dia tidak selesa memakai penutup mulut berwarna hitam. Terasa gatal pada wajahnya. Hal ini menyebabkan Evan terpaksa mencari kedai untuk membeli pelitup mulut yang baru sementara Rudy melayani peminatnya di rerurai novelnya.
"Dah okay?"
"Okay. Tak rasa gatal."
"Tapi tak malu ke pakai corak beruang ni? Macam budak-budak."
"Kau yang beli."
"Tapi Tuan Rudy yang minta corak-corak. Saya pun terbayang pajama Tuan Rudy selalu pakai."
Dia garu kepalanya kerana terasa janggal tiba-tiba. Maklumlah, Rudy memang suka sesuatu yang kelihatan comel berbanding sikap ganasnya. Tiada sesiapa pernah melihat sikap baik Rudy selain daripada orang yang rapat dengannya seperti Evan.
"Ada masalah dengan pajama aku?"
"Saya nak pergi tandas kejap."
"Cepat sikit."
Evan segera ke arah sebuah kubikel tandas yang terbuka luas. Dia masuk ke dalamnya. Rudy membetulkan rambutnya di hadapan cermin sebelum menuju ke arah pintu ruangan tandas lelaki.
Pintu ditolak ketika Rudy menghampiri pintu tersebut. Kepalanya terhantuk pada pintu. Seorang lelaki sedang berdiri di hadapan pintu itu. Dia la yang membuka pintu tadi. Rudy melihat ke arah manusia di situ dengan perasaan geram. Dahi dan hidungnya keperitan.
"Sorry. Tak tahu pula ada orang belakang pintu ni."
Falco Tobias? Kenapa dia ada dalam mall ni? Shopping? Dia seorang atau ada yang lain?
"Kau okay ke?"
"Okay."
Pintu kubikel tandas dibuka. Evan berjalan ke arah singki untuk membasuh tangannya. Tangan dibasuh.
"Hidung kau berdarah," kata Falco ketika melihat pelitup mulut berwarna putih terdapat setompok darah melekat.
Evan yang mendengar kata-kata itu segera melihat ke arah Rudy. Dia menghampiri Rudy selepas selesai mencuci tangan.
"Tuan Rudy. Kenapa ni?"
Kepala Evan tiba-tiba sahaja diketuk oleh Rudy. Evan memegang kepalanya yang keperitan.
Ish. Dia ni. Falco depan aku la.
Falco melihat ke arah mereka berdua. Evan pula mengalih pandangannya ke arah Falco.
Falco Tobias? Patutlah aku kena ketuk.
"Rudy. Jadi, betul la Daddy kata kau dah jadi penulis novel sekarang ni. Aras dua ni pun ada event novel mega. Tak pelik kalau ada orang nama Rudy dalam tandas ni," kata Falco.
Evan berdiri di antara mereka berdua. Rudy pula memegang hidungnya apabila dia merasakan darah hampir memasuki mulutnya.
"Jangan risau. Aku tak beritahu Daddy aku jumpa kau. Lagi pun, yang berkuasa dalam keluarga Tobias bukan kau lagi. Aku dah ganti kau. Itu yang kau nak, kan? Kebebasan. Adik kesayangan aku dah beritahu aku. Aku pun sebenarnya tak suka Daddy."
"Jadi, apa rancangan Along lepas ni?"
"Pulihkan keluarga Tobias."
"Singkirkan keluarga Hao?" soal Rudy lagi.
"Tak. Mereka cuba pertahankan apa yang mereka rasa betul. Mama kata, aku tak patut masuk campur dalam peperangan ni. Aku tahu apa nak buat. Cara aku dan Daddy tak sama. Macam cara kau dan Daddy pun tak sama. Aku lebih suka diplomasi berbanding kerah tenaga."
Tangan kanan dihulurkan ke arah Rudy. Evan memberi ruang di antara mereka berdua. Sama ada Rudy menerima salaman tersebut atau mengabaikannya.
"Aku dah sertai keluarga Hao. Apa kau nak buat?"
"Kenapa kau pergi ke sana sedangkan keluarga sendiri perlukan kau?"
"Kebebasan. Masih ada yang perlukan aku. Masih ada yang faham aku. Aku bukan senjata yang tak ada perasaan."
"Nathan dibunuh oleh Yome Ye. Dari keluarga Hao. Dia kawan kau, kan?"
"Ya. Aku tak ada sebab untuk membenci kalau itu pilihan mereka sendiri. Nathan tak nak undur diri. Dia lebih rela mati daripada gagal dalam tugas. Aku kenal dia."
"Kalau la ahli Jester lain tahu pasal ni. Mungkin keluarga Tobias lagi ramai musuh sebab mereka hanya ikut kau. Ke mana je kau pergi. Ke situ la kepercayaan mereka. Aku tak tahu apa kau dah hasut ketua-ketua keluarga dan ahli Jester. Tapi tu hakikatnya."
"Aku hanya manusia biasa."
Falco masih menghulurkan tangannya. Dia menenti Rudy untuk menerima persetujuan itu.
"Kau patut jaga diri. Kau dah jadi sebahagian daripada musuh keluarga Tobias. Aku boleh lindungi kau kalau kau perlu. Mama pun tak nak tengok kau terpaksa hidup dalam kesakitan lagi. Dua kali kau hampir mati disebabkan keluarga tu."
Rudy menerima salaman Falco kerana dia tahu ibu Falco rapat dengan ibunya. Selama ini pun ibu Falco yang memberi wang sara hidup kepada mereka berdua untuk bertahan hidup sebelum Voldera Tobias mengambil Rudy pulang ke rumah keluarga Tobias.
"Kau siapa nama?"
Falco melihat ke arah Evan. Salaman dilepaskan.
"Evan Douglas."
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Mistério / SuspenseDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...