BAB 6

25 2 0
                                    

Evan terlopong melihat wad yang kosong ketika dia mahu menjaga Rudy selepas selesai kuliah. Bilik tersebut juga sudah kemas. Dia berjalan ke arah bilik mandi untuk memeriksa jika Rudy berada di dalam tetapi tiada sesiapa.

Dia pergi mana? Doktor sepatutnya call aku kalau dia dah boleh keluar.

Evan keluar dari wad peribadi itu. Dia terus menuju ke arah kaunter pertanyaan untuk bertanya tentang Rudy. Wajahnya kelihatan cemas kerana bimbang tentang keadaan Rudy.

"Nurse. Pesakit bernama Rudy Tobias pergi mana?"

"Rudy Tobias? Sekejap saya periksa."

Jururawat itu memeriksa nama pesakit pada komputer di atas meja kaunter. Nama Rudy Tobias dicari sehingga jumpa.

"Encik Rudy dah keluar wad pukul 2:20 petang. Keluarga dia datang ambil tadi."

"Siapa?"

"Levin Tobias."

Buku lima digenggam. Dia terus berlari keluar dari hospital tersebut. Dia perlu mencari keberadaan Rudy kerana dia rasa dia perlu lindungi majikannya itu.

Macam mana aku nak cari dia? Tak guna. Aku tak patut pergi kuliah tadi.

***

Rudy merapatkan kepalanya pada tingkap kereta. Dia memerhati suasana indah di sepanjang jalannya. Namun, wajahnya tidak kelihatan bahagia. Bagaikan ada awan mendung di atas kepalanya.

"Rex masih hidup. Kalau kau nak bunuh dia pun Daddy tak peduli sebab dia hampir bunuh kau."

Levin melihat ke arah Rudy sekilas melalui cermin pandang belakang. Ketika ini dia sedang menandu menuju ke rumah keluarga Tobias.

"Kau boleh bunuh dia kalau kau nak. Dia abang kau. Bukan abang aku. Walaupun kita ada ayah yang sama. Ayah? Heh!"

Rudy masih marah Daddy sebab hal tu? Tapi tu dah lama. Daddy lebih perlukan nyawa dia berbanding aku dan abang aku. Pada hal selama ni Mommy yang selalu ada di sisi Daddy.

"Kau boleh ambil kedudukan ketua 1st Jester kalau kau nak. Aku dah tak nak terlibat dengan Jester."

"Kau tak boleh buat macam tu. Keluarga kita dalam bahaya. Sekarang ni 3th Jester dah mati. Yang ambil kedudukan tu, Yome Ye. Dia dari keluarga Hao."

Rudy melihat ke arah Levin, abang ketiganya. Dia lebih rapat dengan Levin berbanding Rex dan adik-beradik yang lain.

"Nathan dah mati? Keluarga Walter dah musnah la?"

"Ya. Tapi ketua mereka dan keluarga utama masih selamat. Mereka dijaga oleh keluarga Darby."

"7th Jester. Edgar Darby."

Rudy masih mengingati nama-nama 10 orang ahli Jester yang dia kenal selama ini. Jester merupakan satu majlis tertinggi bagi sekumpulan mafia yang menjalin kerjasama. Namun, tidak semua bekerjasama. Ada sahaja musuh di antara mereka.

Setiap keluarga memiliki wakil Jester. Mereka tergolong dalam kalangan manusia yang paling kuat antara ahli keluarga lain. Kedudukan pula berdasarkan kekuatan masing-masing ketika bertempur sesama mereka.

Mereka boleh merebut kedudukan Jester lain dengan membunuh ahli Jester tersebut. Hal ini berlaku kepada Nathan, 3th Jester.

Rudy yang tiba-tiba sahaja meletak jawatan sebagai 1st Jester telah membangkitkan kemaraan golongan mafia pada ketika ini. Mereka mengambil kesempatan untuk menghancukan keluarga Tobias kerana tiada Jester yang mempertahankan keluarga itu. Hal ini membuatkan ketua keluarga Tobias marah kepada Rudy.

***

Rudy menepis tangan bapanya apabila orang tua itu cuba menampar pipi kanannya. Mata dingin itu melihat ke arah si bapa tanpa perasaan.

"Kamu tak patut keluar dari rumah ni. Kalau kamu cuba lari lagi. Daddy akan arahkan mereka untuk bunuh orang di sekeliling kamu sampai kamu merayu."

"Tak cukup lagi Daddy paksa orang korbankan nyawa hanya untuk kesenangan sendiri? Daddy tak pernah faham perasaan orang lain." Rudy meninggikan suaranya kerana terlalu marah tatkala teringat rakan-rakan seperjuangan yang terkorban akibat perubatan bapanya.

Dia tidak diberitahu bahawa di dalam markas musuh sudah dipasang perangkap. Bom meletup ketika dia memantau CCTV dari jauh. Patutlah dia diminta untuk tidak terlibat dalam perlawanan itu sedangkan ahli pasukan terbaiknya dihantar ke sana. Dia rasa dirinya dikhianati oleh bapa sendiri.

"Daddy buat semua ni untuk kebaikan keluarga kita."

"Kebaikan? Kebaikan apa kalau abaikan orang lain? Orang yang susah-susah korbankan diri untuk keluarga kita. Daddy tak pernah bagi pampasan atau apa-apa pada keluarga mereka. Mereka bukan orang senang macam kita."

Dinding diketuk dengan kuat. Dia masih dirinya yang dahulu. Walaupun dia dikatakan seorang pembunuh yang kejam tetapi dia tetap pedulikan orang lain. Dia hanya alat untuk membunuh. Dia sedar dirinya tidak mampu ubah takdir bahawa dia seorang pembunuh.

"Rudy. Kamu masih mentah. Kamu tak faham...,"

"Tak faham? Apa yang Rudy tak faham? Daddy cuba nak hasut Rudy lagi ke? Rudy dah tak percaya dengan Daddy."

Dia berjalan ke arah pintu ruangan tersebut. Si bapa pula mencapai sepucuk pistol di dalam laci lalu menembak ke arah pintu ruangan itu. Rudy menjeling ke arah bapanya.

"Kalau kamu keluar dari rumah ni. Kamu akan menyesal."

"Rudy tak akan pernah menyesal. Mulai hari ni, aku bukan anak kau lagi. Rudy Tobias dah mati. Pandai-pandai la pilih 1st Jester yang baru."

Si bapa tersengih kerana dia ada niat jahat untuk membuatkan Rudy menyesal. Rudy pula membuka pintu ruangan itu untuk keluar dari situ.

"Kalau kamu fikir kamu pilih jalan tu. Kamu akan menyesal. Pembantu rumah kamu akan mati, Rudy."

Langkah Rudy terhenti. Dia melihat ke arah bapanya dengan wajah yang serius.

"Kalau kau sentuh dia. Aku akan pastikan semua ahli keluarga Tobias lenyap. Aku dan keluarga ni dah tak ada apa-apa. Aku pun tak pernah harap kau ambil aku jadi anak kau masa tu."

Tembakan dilepaskan pada pintu lagi. "Dasar anak tak kenang budi. Kau dah tak hormat aku ke? Selama ni aku beri semua yang kau nak. Apa lagi yang tak cukup?"

"Aku boleh bayar balik apa yang kau dah bagi. Aku tak perlukan harta kau."

"Kau fikir setakat jadi penulis novel sampah macam tu kau boleh kaya ke?" tengkingnya.

Rudy tersengih mengejek. "Eh? Kau tak tahu ke? Aku sebenarnya tengah tulis pasal kejatuhan keluarga Tobias. Kau tak pernah baca novel aku, kan?"

"Kau berkomplot dengan keluarga Hao ke?" Pistol masih diacukan ke arah Rudy.

"Hao? Aku tak kenal. Aku hanya berlawan untuk diri sendiri. Aku ingatkan sekali lagi. Jangan sentuh pekerja aku. Jangan ganggu aku."

Dia keluar dari situ.

MR AUTHOR AND HIS BUTLERWhere stories live. Discover now