Lima hari kemudian.
Rudy sentiasa menanti ketibaan Evan di dalam wad itu sebaik sahaja dia membuka mata tetapi yang muncul hanya Qistina. Kadang-kala Qistina melawatnya. Qistina juga tidak tahu di mana Evan berada. Panggilan telefon Rudy diabaikan.
Yome juga tidak tahu keadaan Evan kerana Evan tidak kembali ke rumah keluarga Hao. Kawan-kawannya yang berada di Black Side juga tidak mampu menjawab keberadaan Evan pada ketika ini tatkala ditanya oleh Yome. Evan menghilangkan dirinya.
Hidup Rudy jadi sepi. Dia tidak dapat melihat senyuman Evan lagi. Dia tidak dapat bergurau kasar dengan Evan lagi. Hidupnya sepi seperti sebelum ini.
Kenapa aku masih hidup? Perlu ke aku hidup lagi? Evan mesti dah berhenti kerja sebab aku lemah. Aku perlu jadi kuat semula untuk jaga diri aku. Aku tak boleh harapkan orang lain. Aku bukan budak-budak kecil.
Rudy memaksa dirinya untuk berdiri dari kerusi roda. Tapak kakinya terasa sakit akibat tikaman sebelum ini. Begitu juga dengan pehanya. Dia terjatuh di atas lantai.
Buku lima digenggam. Kecewa terhadap diri sendiri yang lemah. Kecewa kerana sendirian lagi.
Rudy memegang tingkap lalu berdiri di tepi tingkap itu. Kesakitan ditahan olehnya. Dia melihat suasana di luar hospital.
Dia mesti tengah sibuk sekarang ni. Mungkin exam.
Rudy cuba berfikiran positif. Dari sini dia dapat melihat kampus yang menjadi tempat belajar Evan kerana hospital ini juga terletak di dalam Universiti Visara Celestial.
***
Evan merebahkan dirinya di atas katil. Lengan kanan diletak di atas dahi. Kot putih masih dipakai pada tubuh. Dia mahu berehat seketika selepas penat menjalankan tugas.
Pintu bilik rehat dibuka. Evan mengabaikannya.
"Di sini rupanya Dr. Evan. Puas saya cari," kata seorang jururawat.
"Nak apa? Saya nak rehat kejap."
"Prof. Douglas panggil."
"Buat apa pula ayah panggil? Aduh."
Kepalanya digaru. Dia duduk di atas katil. Jururawat itu pula tersipu-sipu ketika melihat wajah kacak itu.
"Ada pesakit perlukan pembedahan segera. Jantung mekanikal yang dipasang sebelum ni bagi respon negatif."
"Penderma ada ke?"
"Ada."
Evan berdiri. Dia berjalan ke arah pintu bilik rehat.
"Siapkan bilik operasi. Kejap lagi saya datang."
"Baik, Dr. Evan."
Evan berjalan ke arah tandas lelaki berhampiran bilik rehat itu. Dia masuk ke dalam ruangan tandas lelaki. Wajahnya dilihat pada cermin seketika sebelum dicuci dengan air.
Aku kembali ke sini sebab Tuan Rudy ada di sini. Tapi tak sangka pula ayah pergunakan aku untuk jadi doktor bedah semula. Aku nak fokus pasal perubatan pun terbantut. Macam mana kalau Tuan Rudy tahu hal sebenar sebab aku pakai macam ni?
Dia mengeluh. Langkahnya ke arah kubikel tandas.
***
Rudy kebosanan berada di dalam wad peribadinya. Dia memilih untuk keluar dari wad tersebut untuk jalan-jalan di taman bertentangan dengan biliknya. Dia pernah ke sana sebelum ini kerana dibawa oleh Qistina. Tapi kali ini dia mahu keluar sendirian.
Kerusi roda yang diduduki oleh Rudy berhenti tatkala sebuah katil dari dalam wad awam ditolak keluar dari wad tersebut untuk dibawa ke bilik pembedahan. Bilik pembedahan terletak di tingkat lima.
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Mystery / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...