Tiga hari kemudian.
Perlahan-lahan mata dibuka. Bau ubat-ubatan mula menyapa hidungnya. Dia melihat suasana bilik serba putih yang asing bagi dirinya. Kemudian, pandangannya tertacap ke arah seorang jejaka yang terlena di atas sebuah kerusi di sebelah kanan katil.
"Evan?"
Dada kiri yang terasa sakit itu dipegang olehnya. Dia cuba menahan sakit. Memorinya cuba dikorek kembali untuk mengingati situasi sebelum ini.
Aku masih hidup? Tapi macam mana?
Dada baju diselak lalu dia melihat ke dalam bajunya. Terdapat balutan pada dada. Sudah jelas, dia telah menjalani operasi pembedahan untuk keluarkan peluru tersebut.
"Tuan Rudy."
Rudy segera melihat ke arah Evan apabila namanya dipanggil. Evan senyum gembira kepadanya.
"Selamat kembali."
"Terima kasih sebab dah selamatkan aku."
"Dah tiga hari Tuan Rudy tak sedarkan diri. Saya fikir lama lagi Tuan Rudy akan sedar."
Rudy menjeling ke arah lain.
Dia masih panggil aku macam tu. Rasa tua pula.
"Tuan Rudy, okay ke? Sekejap saya panggil doktor."
Evan berdiri. Rudy hanya memerhati Evan keluar dari wad tersebut. Kemudian, dia mengalih pandangannya ke arah tingkap wad. Kelihatan salji turun ke bumi walaupun tidak lebat.
Macam mana hidup aku lepas ni? Kenapalah aku ditakdirkan untuk jadi anak Daddy? Tsk! Selama ni dia abaikan ibu. Ibu yang besarkan aku. Dia muncul entah dari mana. Ambil aku lepas ibu dah tak ada.
Buku lima digenggam. "Aku bukan budak-budak lagi. Aku dah tak perlukan dia."
***
Evan setia di sisi Rudy di dalam wad. Sudah tiga hari dia bermalam di dalam wad tersebut untuk menjaga Rudy. Dia bimbang orang-orang daripada keluarga Tobias mengganggu Rudy lagi.
Dia juga terpaksa ponteng kuliah pada waktu siang. Hal ini menyebabkan Rudy berasa tidak puas hati apabila Evan memberitahu bahawa dia tidak masuk kuliah sudah tiga hari.
"Kau nak sia-siakan hidup kau hanya sebab aku?"
"Eh? Saya...,"
Mata dingin itu memendang tajam ke arah Evan. Evan pula tidak berani bertentang mata dengan Rudy selepas dibaling dengan bantal tadi. Dia tahu Rudy marah kepadanya.
"Kalau macam tu. Utamakan pendidikan kau dulu sebelum kau urus aku. Pagi esok. Aku tak nak tengok muka kau dalam wad ni. Lepas kuliah. Datang sini."
"Tapi macam mana kalau orang hari tu datang lagi?"
"Tu bukan urusan kau."
"Baiklah."
Evan terpaksa akur. Dia juga tidak sangka bahawa majikannya lebih peduli tentang dirinya berbanding keselamatan sendiri. Jika orang lain, sudah pasti pentingkan keselamatan sendiri berbanding kehidupan pekerjanya.
Rudy menarik selimut. "Aku nak tidur. Tutup lampu."
"Baiklah."
Evan berdiri dari kerusi. Dia menuju ke arah dinding lalu menekan suis lampu. Lampu terpadam.
"Selamat malam, Tuan Rudy."
"Selamat malam."
Rudy memejamkan matanya. Evan pula terus ke arah sebuah sofa berhampiran untuk merebahkan diri di situ. Dia pun perlu berehat sebab esok dia akan ke kuliah.
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Mystery / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...