Burung-burung berkicau riang di luar rumah menandakan waktu pagi sudah tiba. Suasana di dalam bilik tidur ini juga sudah terang kerana disinari cahaya matahari musim sejuk. Musim sejuk baru sahaja bermula walaupun salji belum turun dari langit.
Mata dibuka perlahan lalu dipisat-pisat. Siling putih dilihat seketika. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya ke arah jam dinding.
"10:30 pagi. Aku rasa baru je tidur tadi. Tak sangka pula dah tujuh jam aku tidur."
Dia duduk di atas katil. Suasana pagi dilihat dari tingkap yang berada tidak jauh dari katilnya. Kemudian, dia bangun dari katil dan menuju ke bilik mandi.
***
Rambut diperkemaskan ketika berdiri di hadapan sebuah rumah mewah milik seorang anak usahawan berjaya. Rumah tiga tingkat ini hanya diduduki oleh seorang manusia bernama Rudy Tobias.
Loceng rumah ditekan. Dia menunggu seketika sebelum menekan loceng tersebut sekali lagi.
"Ada orang ke? Sepi je."
Dia melihat ke arah garaj kenderaan. Di situ masih ada sebuah kereta Lamborghini Aventador LP780-4 Ultimae dan sebuah motosikal Kawasaki Ninja H2R.
"Mustahil tak ada orang."
Loceng ditekan sekali lagi.
Tidak lama selepas itu, seorang jejaka membuka pintu rumah tersebut. Jejaka itu masih memakai pajama berwarna putih yang bercorak panda. Rambutnya juga masih kusut-masai seperti baru sahaja bangun tidur."Ada apa, ya?"
"Selamat pagi. Saya, Evan Douglas. Saya datang sini sebab iklan pencarian maid," beritahunya kepada jejaka itu.
Rudy melihat manusia di hadapannya dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Kepalanya digaru. Dia berfikir seketika sebelum berkata sesuatu kepada Evan.
"Aku tak peduli perempuan atau lelaki. Yang pasti, boleh buat kerja. Rumah ni ada tiga tingkat. Banyak bilik. Mampu ke?"
"Saya akan berusaha," katanya dengan bersemangat.
"Masuklah."
Rudy berjalan ke arah ruang tamu. Evan mengekorinya. Dia duduk di atas sofa bertentangan dengan Rudy selepas dipersilakan duduk.
"Bilik kau di tingkat dua. Aku dah letak papan tanda 'maid'. Kau boleh mula kerja hari ni. Tugas untuk hari ni, siapkan sarapan, lunch, minum petang dan dinner."
"Baiklah. Saya nak tanya. Maid sebelum ni pergi mana?"
"Rumah ni tak pernah ada maid. Aku baru dua bulan pindah sini. Rimas duduk rumah family."
"Jadi, encik kemas sendiri rumah besar ni?"
Rudy mengeluh. "Tak ada masa aku nak kemas semua ni. Call khidmat pembersihan untuk uruskan rumah ni bulan lepas."
Dia merenung ke arah Evan. "Kenapa kau pilih kerja ni? Muka kacak. Badan tak ada la papan mana.Sepatutnya boleh cari kerja yang lagi bagus. Umur berapa?"
Evan tersengih janggal. "Umur saya, 23 tahun. Saya dah cuba cari kerja di tempat lain tapi ramai nak pekerja tetap. Saya pula masih pelajar. Dalam iklan encik tulis tu ada kata boleh buat part time. Sebab tu saya pilih kerja ni."
"Kau pandai memasak? Pandai mengemas?"
"Pandai. Saya dah biasa buat kerja macam tu di rumah sebab saya kena jaga adik-adik sejak ibu saya tinggalkan keluarga. Kahwin lain."
"Oh. Kalau macam tu, bagus la."
Rudy berdiri dari sofa. Dia menuju ke arah tangga untuk ke biliknya.
"Aku tak akan ambil pekerja yang tak tahu buat kerja. Aku ada kerja nak buat. Siapkan sarapan. Hantar dalam bilik kerja. Tingkat tiga."
Evan segera berdiri.
"Baik, Tuan Rudy."
Langkah Rudy berhenti seketika apabila namanya disebut. Dia melihat ke arah Evan.
"Rudy je. Umur kita tak ada beza."
Langkahnya diteruskan. Evan pula senyum bahagia kerana dia sudah mendapat pekerjaan di dalam rumah mewah ini. Esok dia perlu berpindah ke sini. Barang-barangnya masih berada di hotel murah yang terletak jauh dari kawasan perumahan ini.
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Misterio / SuspensoDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...