Jam menujukkan detik 11:40 pagi. Suasana di dalam bilik ini masih lagi sepi kerana Rudy baru sahaja bangun dari mimpi yang panjang. Evan pula sudah berada di universiti. Pagi yang sepi ini tidak asing lagi bagi Rudy walaupun tinggal serumah dengan pembantu rumahnya.
Rudy terus ke ruangan dapur selepas selesai cuci muka dan gosok gigi. Tudung saji di atas meja diangkat. Terdapat satu teko teh, cawan kosong dan sepinggan pasta di atas meja tersebut.
Dia melabuhkan punggung di atas kerusi. Teh dituang ke dalam cawan. Pinggan dirapatkan pada dirinya lalu dia mula menyantap sarapan pagi. Sambil mengunyah, sambil menghayati kesedapan walaupun makanan dan minuman sudah sejuk.
Hari-hari makan sedap macam ni boleh gemuk aku. Tapi tak apa la. Duduk rumah sendiri pun boleh request makanan macam di restoran. Mungkin dia pernah kerja di sana sebelum ni. Tak terfikir pula nak tanya.
***
Suasana halaman rumah dihayati selepas selesai mandi dan berpakaian kemas. Musim sejuk juga sudah hampir ke penghujung tetapi kesejukan masih terasa. Dua lapis pakaian sudah cukup untuk menghangatkan tubuh Rudy.
Tangan dimasukkan ke dalam poket jaket berbulu walaupun sudah memakai sarung tangan tebal. Salji putih di atas rumput dilihat bertompok-tompok walaupun tidak banyak. Seperti halaman ini sudah dibersihkan tetapi ada tompokan salji yang baru di situ.
Dia tersenyum sendiri tatkala membayangkan Evan berusaha membersihkan halaman rumah yang luas ini. Sudah lebih sebulan Evan bekerja dengannya. Dia juga sudah mengakui kelebihan Evan untuk menguruskan rumah dan dirinya. Tetapi dia masih belum tahu tentang diri pekerjanya itu.
Langkah dihayun ke belakang rumah untuk melihat tempat pembakaran sampah. Lantai di kawasan itu kelihatan bersih daripada darah. Rudy pasti malam tadi dia meninggalkan beberapa titis darah ketika mengangkat musuh untuk disumbat ke dalam tempat pembakaran sampah.
Pintu tempat pembakaran sampah dibuka. Tiada mayat di dalamnya. Hanya ada abu yang masih hangat.
Dia dah bakar? Tak sangka pula dia tahu.
Pintu tersebut kembali ditutup. Dia terus ke arah taman mini yang terletak tidak jauh dari kawasan ini. Di situ terdapat sebuah gazebo, buaian dan satu set meja kayu beserta kerusi.
Dia duduk di atas gazebo lalu baring di situ. Dirinya terasa tenang ketika memghayati suasana pagi yang indah ini. Kesejukan bukan masalah baginya.
Minggu depan aku kena mula cari idea untuk novel baru. Rasanya sekarang aku patut jalan-jalan di kawasan ni untuk cari tempat menarik. Mungkin aku patut ajak Evan keluar.
Telefon pintar dikeluarkan dari poket baju jaket selepas membuka sarung tangan. Nama Evan dicari lalu dia menghantar mesej kepada Evan.
Rudy : Evan. Kau balik pukul berapa hari ni?
Evan : Dalam perjalan balik rumah. Ada apa-apa yang saya boleh bantu, Tuan Rudy?
Rudy : Aku nak ajak kau keluar jalan-jalan di kawasan ni.
Evan : Eh?
Rudy : Aku nak cari idea untuk novel baru sambil jalan-jalan. Aku beritahu kau pun sebab kau mesti cari aku kalau aku keluar seorang lagi.
Evan : Baiklah, Tuan Rudy. Kejap lagi saya sampai.
Rudy : Kau pergi kuliah naik apa?
Evan : Bas. Lagi pun pondok bas tak jauh dari rumah.
Rudy : Kepada kau tak guna motor aku? Senang sikit nak gerak jauh. Lagi pun aku dah lama tak guna motor tu.
Evan : Tak apa la. Saya dah biasa.
Rudy : Hati-hati.
Evan : Baik, Tuan Rudy.
PUK!
Telefon pintar jatuh di atas muka Rudy. Sakit terasa pada hidungnya. Telefon tersebut segera dialihkan dari wajahnya. Tangan kanannya juga sudah sejukan sebab itu dia terlepas telefon tadi.
Telefon disimpan kembali. Sarung tangan juga dipakai semula. Dia mengiring ke arah kiri sambil menutup mukanya.
Sakitnya. Nasib baik tak ada orang nampak. Malunya.
***
"Bos. Tersengih-sengih tengok telefon. Ada apa-apa ke tu?"
Evan melihat ke arah Yome Ye sambil menyimpan telefon pintar ke dalam poket baju sejuk. Mereka berdua sedang makan di sebuah restoran.
"Bos aku ajak keluar jalan-jalan. Dia bosan duduk rumah la tu."
"Jalan-jalan mana?"
"Kawasan Guinnes."
"Perghhhhh! Bestnya. Kawasan orang kaya. Saya pun dah lama tak jumpa Guinnes. Dengar khabar angin, dia dah nak kahwin. Tak ada peluang la saya nak masuk meminang."
"Dia dah tolak. Lagi pun, tu pilihan keluarga dia. Bakal suami dia dari kumpulan Hilos. Kau pun tahu, kan? Salah seorang dari kumpulan tu dah bunuh kekasih dia dulu?"
"Oh. Jadi betul la. Polis yang selalu keluar dengan dia tu boyfriend dia?"
"Ya. Dah lama bercinta. Sejak zaman sekolah. Mungkin aku je yang tahu."
Secawan kopi dicapai lalu diminum. Evan melihat ke arah luar tingkap. Suasana Black Side menghiasi pemandangannya.
"Sebab bos rapat dengan dia."
Tak. Sebab orang yang dia cintakan tu abang aku. Aku pula bertepuk sebelah tangan. Lebih baik tak ada sesiapa yang tahu tentang sejarah hidup aku.
***
Rudy melihat ke arah jam dinding, 3:30 petang. Evan sepatutnya sudah tiba di rumah ini sejam yang lalu selepas dia menghantar mesej kepada pekerjanya itu. Tetapi manusia itu belum pulang lagi.
Dia pula sudah setengah jam bersiap. Rudy menunggu Evan di ruang tamu sambil menonton televisyen. Beberapa berita harian menjadi perhatiannya. Kebanyakannya berita tentang pembunuhan dan pergaduhan antara kumpulan mafia. Nama keluarga Tobias juga naik kerana berita tentang kepulangan Falco Tobias.
Falco Tobias memiliki kedudukan penting dalam keluarga tersebut. Dia anak pertama daripada isteri pertama Voldera Tobias, ketua keluarga Tobias. Isteri pertamanya tinggal di negara asal bersama-sama anaknya sejak Voldera berkahwin dengan isteri kedua. Isteri yang dipilih atas dasar pilihan keluarga.
Namun, Falco lebih ramai pengikut di luar negara berbanding di dalam negara ini. Dalam negara ini hanya Rudy yang berjaya meraih kepercayaan ramai keluarga mafia dan pengaruhnya. Tetapi Falco tidak iri hati sebab dia memiliki kuasa sendiri di negara kelahirannya.
Lambatnya Evan ni. Jalan sesak ke? Aku rasa aku patut bagi kunci motor dekat dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/298542450-288-k358427.jpg)
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Mystery / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...