Dua hari kemudian.
Yves merenung ke arah Evan ketika makan di kafe fakulti. Evan kelihatan termenung sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya. Yves petik jari di hadapan Evan.
"Bos. Termenung apa tu?"
Evan tersedar dari lamunannya. Dia melihat ke arah Yves. Makanan ditelan.
"Tak ada apa."
"Tak ada apa? Tapi macam ada apa-apa je ni."
Air soda di dalam gelas disedut oleh Evan. Spageti dililit pada garfu.
"Betul la. Tak ada apa."
"Hmmm...,"
"Apa hal pandang aku macam tu?"
Evan menyuap makanan ke dalam mulutnya. Yves pula tersengih.
"Bos dah ada girlfriend ke?"
Evan tersedak ketika sedang mengunyah. Dia cepat-cepat minum air.
Eh? Aku teka betul ke?
***
Sofia menyusun beberapa helai kertas lakaran plot cadangan novel baru yang ditujuk oleh Rudy tadi. Sehelai kertas plot diletakkan di hadapan Rudy. Selebihnya diletak ke tepi.
"Saya cadangkan Encik Author buat cerita cinta pula kali ni. Cabaran baru. Tak nak cuba ke? Sekarang ni genre romantik tengah hot," kata Sofia kepada Rudy.
"Cinta? Macam payah je. Saya ni single lagi. Pengalaman pun tak ada."
"Apa kata kalau Encik Author tanya Evan. Mungkin dia pernah bercinta."
"Tak. Dia pun single. Saya pernah tanya dulu."
"Kalau macam tu. Encik Author baca beberapa novel cinta. Saya boleh bagi cadangan."
Rudy garu kepala sambil bersandar pada sofa. Dia mengeluh sebab dia sendiri tidak berminat untuk tengok atau baca cerita macam tu.
"Saya sebenarnya tak minat genre tu. Tu genre penulis perempuan."
"Penulis lelaki pun ada tulis genre macam tu. Contoh macam Lapas Walthon. Ramai pembaca perempuan suka novel dia. Top writer in romance," jelas Sofia dengan bersemangat.
"Mungkin dia playboy. Sebab tu banyak cerita cinta dia boleh tulis."
Ringkasnya pemikiran dia. Cepat betul dia menilai orang lain.
"Tak akan la Encik Author tak nak buat sesuatu yang baru? Semua novel thriller dan seram Encik Author dah top."
Suasana sepi seketika. Sofia pula rasa janggal.
"Macam mana kalau Encik Author cuba cari kekasih. Ada pengalaman baru boleh tulis, kan?" cadangnya.
"Cari kekasih? Perempuan mana nak dekat dengan saya?"
"Mesti ramai terpikat. Encik Author kacak," Sofia memberi semangat.
"Romance Thriller," kata Sofia lagi.
Ibu jari tangan kanan diangkat oleh Sofia. Rudy tepuk dahi.
Ada masa pula aku nak cari girlfriend.
***
Evan melihat ke arah Rudy yang bercekak pingang di hadapan pintu rumah ketika dia masuk ke dalam rumah. Evan tertanya-tanya tentang kesilapan yang dia lakukan pada kali ini.
"Tuan Rudy. Kenapa muka serius je ni?"
"Kau masih tak ada girlfriend lagi?"
"Ha?"
"Jawab la."
Kenapa dia tanya soalan ni pula?
"Tak ada."
"Bagus."
"Eh?"
"Mulai esok, kau dating dengan Qistina. Semua perkembangan aku nak tahu."
"Qistina Tobias ke?"
Terkejut besar Evan apabila mendengar kata-kata Rudy tadi. Dia tidak menyangka tentang hal itu.
"Ya. Kenapa?"
"Tapi dia kan dari keluarga Tobias? Apa pula orang kata nanti? Saya ni ketua keluarga Hao."
"Aku tak suruh pun kau kahwin dengan dia. Dating je."
"Eh? Untuk apa? Saya tak suka mainkan perasaan orang lain."
Evan cemas. Dia geleng kepala sambil angkat tangan sehingga ke paras bahu. Rudy pula angkat ibu jari tangan kanan sambil tersengih.
"Semestinya untuk cari idea novel baru aku. Sofia suruh buat genre romantik. Tak akan la aku nak cari girlfriend dalam keadaan sibuk macam ni. Ambil masa."
"Tapi macam mana pula dengan saya? Mustahil Qistina suka saya."
"Jangan risau. Dia suka kau. Kejap lagi aku beritahu dia. Mesti dia setuju."
"Macam mana Tuan Rudy tahu?"
"Aku tahu la. Dia pandang kau pun bukan macam dia pandang aku."
Rudy menuju ke arah biliknya. Evan diabaikan di situ.
Ehhhhh? Kenapa tiba-tiba semua orang cakap pasal girlfriend hari ni? Aku yang jadi mangsa.
***
6:20 petang. Masa yang dijanjikan oleh Qistina untuk bertemu dengan Evan di sebuah pusat beli-belah. Evan berdiri berhampiran pintu masuk bangunan tersebut. Rudy pula memerhati dari jauh.
Evan dihantui oleh perasaan segan kerana dia tidak pernah keluar berduaan dengan perempuan. Selama ini dia hanya mencintai Guinnes dalam diam kerana gadis itu milik abangnya pada suatu masa dahulu.
"Hai, awak," sapa Qistina di hadapan Evan.
"Hai."
"Awak dah lama tunggu?"
"Baru je. 15 minit."
"Sorry sebab lambat. Jom la kita masuk."
Tanpa segan silu, Qistina memegang tangan kanan Evan lalu menarik Evan ke dalam pusat beli-belah. Evan sangat terkejut terhadap perbuatan itu tetapi dia tidak melepaskannya kerana dia tahu Rudy sedang memerhatinya.
Rudy tersengih sambil mencatat sesuatu pada buku nota. Rancangannya telah berjaya.
Macam tu rupanya. Jalan sambil pegang tangan dapat eratkan rasa cinta. Okay.
Dia mengekori mereka. Namun, langkahnya tiba-tiba sahaja berhenti. Tapak tangan kanannya dilihat. Wajahnya mula berona merah.
Pegang tangan?
Dia baru sahaja tersedar tentang sesuatu yang selama ini dia tidak sedar. Selama ini tangan siapa yang selalu memegang tangannya jika bukan Evan?
![](https://img.wattpad.com/cover/298542450-288-k358427.jpg)
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Misteri / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...