Evan masuk ke dalam bilik Rudy selepas mengetuk pintu bilik. Wajahnya kelihatan terkejut ketika melihat ke arah Rudy di atas katil. Cepat-cepat dia meletak dulang berisi sarapan di atas sebuah meja pendek.
Dia berlari ke arah katil Rudy lalu menarik selimut untuk menutup tubuh Rudy yang terdedah. Matanya dialihkan ke arah pajama di atas lantai. Pajama dikutip lalu diletak di atas katil.
Kenapa dia buka semua pakaian ni? Tak sejuk ke? Apa masalah dia ni? Aku pula yang jadi malu. Arghhh!
"Tuan Rudy. Sarapan dah siap."
Bahu kiri Rudy digongcang. Rudy terjaga. Dia melihat ke arah Evan.
"Hm?"
"Sarapan dah siap."
"Aku nak tidur. Sibuk la."
Selimut ditendang sehingga melayang ke arah lain. Evan terkejut melihat perbuatan tersebut. Dia kembali menyelimut Rudy.
"Panas la," Rudy marah.
Dia tendang selimut sehingga tertendang wajah Evan. Hidung Evan berdarah. Evan segera memegang hidungnya.
Arghhhh! Dia ni dah kenapa? Saja buat aku marah ke?
Tangan kanan Evan dilabuhkan di atas dahi Rudy. Panas. Ternyata majikannya ini sedang demam. Tetapi perlukah sampai sedemikian perangainya?
Evan mengeluh. Dia keluar dari bilik itu untuk mengurus diri sendiri sebelum urus manusia pelik pada pagi ini.
***
Evan menggangam baju sejuk Rudy dengan perasaan marah apabila dia melihat Rudy membuka pakaiannya lagi ketika waktu makan tengah hari. Sudah kali ketiga dia memberi manusia itu memakai pakaian tetapi tetap ditanggal dengan alasan panas. Mahu sahaja dia rendam manusia itu di dalam ais.
Rudy melihat ke arah Evan ketika berada di atas katil. Dia memeluk bantal.
"Jangan dekat dengan aku lagi."
"Pakai la pakaian sendiri kalau tak nak saya datang dekat."
"Panas."
"Tuan Rudy ni dah kenapa?"
"Panas."
"Kalau nak hilangkan demam tu kena pakai pakaian tebal. Kalau macam ni. Sampai bila-bila pun tak lega demam," tegasnya yang sudah hilang sabar.
"Panas."
"Arghh! Mandi ais je la kalau macam ni."
"Ais? Boleh sejuk ke?"
"Ya."
"Okay. Ice bath satu. Aiskrim nak banyak."
"Orang demam mana boleh makan aiskrim."
"Panas."
Evan tepuk dahi. "Tak ada perkataan lain ke?"
***
Dua jam menjadi masa yang lama untuk seseorang berendam di dalam ais. Evan melihat ke arah makanan dan minuman yang tidak disentuh oleh Rudy di atas meja pendek itu. Bilik ini juga kosong.
Tak akan la dia tak siap mandi lagi?
Pintu bilik mandi diketuk lalu dibuka. Rudy sedang tidur lena di dalam tab mandi. Ais di dalam tab mandi itu juga sudah menghilang kerana cair. Evan geleng kepala.
Macam mana la dia boleh tidur dalam tu? Satu hal aku nak kena angkat dalam keadaan basah macam ni. Kalau aku panggil nanti kena marah lagi. Nak kena bagi pakai pakaian pula. Nanti dia buka lagi. Tak akan la nak ikat dia dalam selimut pula?
Evan menghampiri Rudy. Dia mengangkat Rudy keluar dari tab mandi. Rudy terjaga lalu dia bergerak-gerak sehingga Evan tergelincir. Evan terjatuh masuk ke dalam tab mandi yang luas itu.
Sejuk gila!
Rudy melihat ke arah Evan di dalam tab mandi itu. Dia tersengih. Kepala Evan ditekan masuk ke dalam air. Evan terkapai-kapai sambil cuba menarik tangan Rudy.
Dia nak bunuh aku ke?
Rudy ketawa tatkala melihat Evan teseksa di dalam air itu. Rambut Evan ditarik keluar dari dalam air.
"Kau tahu aku siapa?"
"Rudy Tobias," jawab Evan.
Rudy kelihatan marah. Kepala Evan diselam sekali lagi.
"Aku, Rudy Trevis. Aku tak ada ayah nama Voldera Tobias. Aku hanya ada ibu, Ruene Trevis. Aku tak tahu kenapa dia muncul masa tu. Aku tak tahu kenapa dia abaikan ibu selama ni dan muncul masa ibu dah meninggal. Aku tak tahu kenapa ada saja orang jahat kejar kami. Tangkap aku. Culik aku. Seksa aku. Ibu selalu je muncul selamatkan aku. Apa salah aku?"
Air mata Rudy mengalir ketika meninggikan suaranya. Rambut Evan ditarik sekali lagi.
"Aku dah janji dengan ibu. Aku akan jaga diri aku. Aku dah janji dengan ibu. Aku tak akan percayakan sesiapa selain diri sendiri. Tapi hati aku makin sakit bila tengok kawan-kawan aku dikhianati oleh orang yang mereka percaya. Semua ni sebab orang tua tu. Aku benci dia."
Rambut Evan dilepaskan. Rudy menutup wajahnya dan menjerit sekuat hatinya.
"Aku tak nak hidup macam ni."
Evan bagaikan memahami perasan perit kehidupan Rudy. Dia memeluk Rudy dengan penuh kasih sayang sebagai seorang sahabat.
"Saya ada di sini. Saya akan jatuhkan Voldera Tobias kalau itu yang Tuan Rudy mahu. Kesakitan dalam hati tak boleh disimpan lama-lama. Nanti boleh jadi gila," nasihatnya daripada pengalaman sendiri.
Rudy kembali tenang. Dia membalas pelukan Evan. Perlahan-lahan matanya dipejamkan.
Eh? Dia tidur balik?
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Misteri / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...