BAB 19

22 1 0
                                    

Topeng pada wajah dipegang. Bau wangian pada topeng itu telah mengganggu deria bau Rudy kerana berbau seperti buah strawberi. Dalam mindanya hanya ada beberapa jenis manisan yang diperbuat daripada strawberi pada ketika ini. Topeng itu bukan miliknya tetapi milik Evan.

Otak aku tak berfungsi. Tak guna Evan. Kenapa topeng dia ada bau strawberry? Macam mana aku nak bincang dengan Falco ni?

"Macam mana? Setuju dengan syarat tu?" tanya Falco yang duduk bertentangan dengan Evan dan Rudy.

"Aku setuju kalau strawberry tu ditamatkan," kata Rudy.

"Strawberry?" soal mereka yang berada di situ.

Evan ketawa kecil.

"Eh? Bukan. Aku setuju kalau pergaduhan ditamatkan berdasarkan penjanjian kau tawarkan tu. Tapi kau jamin ketua keluarga Tobias tak hantar orang untuk buat serangan senyap-senyap di belakang kau?" kata Rudy.

Falco terdiam seketika. Dia cuba memikirkan kata-kata yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

"Kalau berdasarkan perjanjian. Kami tak akan serang kalau keluarga Tobias duduk diam. Kami cuma nak kawasan kami semula. Orang berpendapatan rendah tak patut ditindas dengan harga sara hidup yang tinggi," ujar Evan sebagai ketua keluarga Hao pula.

"Aku tak boleh janji kalau Daddy tak buat kerja di belakang aku. Tapi aku hanya boleh janji. Kumpulan aku tak akan ikut serta dalam perang tu. Aku hanya datang nak berunding. Tapi kalau dia masih nak perang. Dia sendiri yang hancurkan keluarga tu."

"Dasar strawberry lupa diri."

"Strawberry?"

Rudy tiba-tiba menarik rambut Evan. Evan hanya ketawa di sebalik topengnya.

"Kenapa topeng kau bau strawberry? Mengganggu otak aku berfikir je la."

Nasib baik hanya mereka bertiga yang ada di dalam bilik bos di rumah keluarga Hao. Jika ada orang lain, lagi malu.

Falco ketawa. Dia terhibur ketika melihat gelagat Rudy yang bertopeng itu. Dia tidak tahu bahawa itu ialah Rudy kerana suara berbeza ketika memakai topeng.

"Janganlah marah. Tu bau minyak wangi saya. Saya suka bau tu. Tapi malu la nak pakai pada pakaian. Nanti orang kata pondan pula."

Tangan Rudy ditarik supaya melepaskan rambutnya. Rudy melepaskan rambut Evan.

"Cis, buat aku rasa lapar je."

Falco cuba kembali fokus kepada tujuan asalnya. Dia melihat Evan membetulkan rambut yang sudah kusut itu.

"Ada apa-apa lagi yang kita perlu bincang?" tanya Falco kepada mereka.

"Kalau kau tarik diri daripada perang antara kami dengan keluarga Tobias. Aku tak ada masalah. Tapi apa bukti untuk aku percayakan kata-kata kau?" kata Evan.

"Orang hebat keluarga Tobias ada dalam keluarga kau. Kau boleh guna dia sebagai tebusan untuk takutkan kami. Daddy tak akan benarkan dia mati. Kalau kau bunuh dia. Peperangan ni akan tamat. Kau pun boleh bunuh aku untuk jatuhkan mereka. Kedudukan 1st Jester jadi milik kau. Keluarga Tobias tak mampu kalahkan keluarga Hao."

"Rudy Tobias bukan tebusan. Dia harta keluarga kami. Aku tak akan bunuh dia dan tak akan serahkan dia kepada Voldera Tobias."

"Kalau macam tu. Apa kata, kau jadian dia 1st Jester. Aku tarik diri. Ramai ketua keluarga lain hormat dia dan percayakan dia. Mereka boleh tolong keluarga Hao untuk bertahan. Win-win situation, kan?" cadang Falco dengan idea yang bernas.

"Aku tak akan pergunakan dia hanya untuk kuasa. Aku boleh naik sendiri kalau aku nak," kata Evan dengan serius.

"Dia bukan alat atau senjata. Dia manusia yang ada perasaan dan nyawa." Tambahnya lagi.

Falco tersenyum. "Sebab tu kau jaga dia? Evan."

Evan terkejut mendengar nama itu walhal dia memperkenalkan dirinya dengan nama samaran milik abangnya, Xi Hao

"Macam mana kau tahu?"

"Daripada kata-kata kau aku dapat kaitkan kau dengan Evan. Tapi kenapa kau kerja dengan dia? Apa rancangan kau?"

"Kebetulan."

"Kebetulan? Mungkin. Kalau betul kau cuba nak bunuh dia dan hancurkan keluarga Tobias. Kau dah lama bunuh dia, kan? Bukan lindungi dia."

"Ya."

"Apa sebenarnya yang kau nampak pada dia?"

"Dia tak sekejam yang dibayangkan."

Rudy hanya mendiamkan diri tatkala mereka berdua berbicara tentang dirinya. Mindanya juga sudah terbuai dalam bayangan makanan berasaskan strawberi. Jika dia buka mulut. Sudah pasti perkataan 'strawberry' yang keluar lagi.

"Aku ada tanya mama aku pasal Rudy lepas baca novel dia. My Treasurer Is Your Life. Mama kata, Rudy bukan anak Voldera Tobias. Dia anak Ruene Trevis dan Bennet Pavilion. Selama ini yang cari mereka ialah Voldera Tobias."

Rudy terkejut mendengar penjelasan itu. Kemarahannya mula membuak. Mahu sahaja dia menjerit tetapi tangan kanannya dipegang oleh Evan untuk menenangkannya.

"Kenapa Voldera ambil Rudy masuk dalam keluarga tu dan mengaku anak dia?"

"Kawasan, kekayaan dan pengaruh. Dalam negara ni ramai orang akan hormat dengan pewaris nama Pavilion sebab jasa keluarga bangsawan tu masa dulu. Kau sendiri pun ada ahli dari keluarga Pavilion, Guinnes Pavilion. Macam mana kau boleh dapat dia?"

"Dia tunang abang aku, Edgar Douglas," kata Evan.

"Edgar Douglas?"

Wajah Falco terkejut mendengar nama itu disebut. Dia pernah mendengar nama itu sebelum ini.

"Mustahil la dia yang selama ini orang panggil Pavilion Shadow."

"Ya. Edgar Douglas pemilik keluarga Hao. Dia dah meninggal sebab dibunuh oleh musuh yang culik Guinnes. Keluarga ni ditubuhkan untuk lindungi orang susah daripada penindasan dan untuk jaga Pavilion. Sebab tu kami bukan lemah. Kami ada di mana-mana. Hanya memerhati dan tunggu masa."

"Jadi, siapa yang buat rancangan untuk serang keluarga Tobias?"

"Abang aku. Aku jumpa rancangan tu dalam diari dia. Sebagai ketua baru. Itu sepatutnya aku buat sebagai hadiah untuk dia. Kejatuhan keluarga Tobias. Kami mula serang sebaik sahaja dapat berita Rudy Tobias letak jawatan sebagai 1st Jester," jelas Evan kepada Falco.

Falco pegang dahinya. Dia mengeluh memikirkan masalah yang berpusing-pusing ini. Menyesal pula dia terima seruan bapanya untuk datang ke negara ini.

Semuanya berkaitan dengan Pavilion. Rudy lari sebab kesilapan besar Daddy sendiri.

"Adakah ibu Rudy mati pun disebabkan Voldera Tobias?" tanya Rudy sendiri dengan serius.

"Aku tak jamin. Tapi siapa je yang tahu tentang diri Rudy selain Voldera Tobias? Ruene terpaksa melarikan diri ke Black Side untuk bersembunyi masa Rudy masih bayi. Bennet Pavilion dah mati dibunuh dalam perjalanan pulang ke negera sendiri," beritahunya berdasarkan cerita ibunya tentang keluarga sebenar Rudy.

Rudy berdiri. Topengnya dibuka. Dia melihat ke arah Falco dengan pandangan maut.

"Voldera Tobias tak patut hidup," kata Rudy.

Falco terdiam melihat manusia yang disebut tadi berada di hadapannya. Dia tarik nafas dan berdiri. Tangan kanan dihulurkan kepada Rudy.

"Ini antara kau dengan Daddy. Aku tak akan masuk campur."

Rudy menerima salaman tersebut. Tangan Falco digenggam erat.

"Kau patut balik sana jaga mama kau."

"Mama aku pun dah tak peduli Daddy hidup atau mati sebab mama dah tak sanggup tengok ramai orang terseksa disebabkan Daddy," kata Falco sambil melepaskan salaman.

"Aku percayakan kau untuk jadi ketua baru, Along."

"Thanks, Rudy."

MR AUTHOR AND HIS BUTLERWhere stories live. Discover now