Evan sudah terperangkap pada dinding sebaik sahaja dia menutup pintu rumah tadi. Kedua-dua tangannya dikunci ke belakang oleh tangan Rudy. Dia cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya kerana kekuatan Rudy melebihi kekuatannya.
"Kau siapa sebenarnya? Apa tujuan sebenar kau dekat dengan aku? Kau memang dah rancang semua ni dari awal?"
"Tak. Saya tak rancang. Semua ni kebetulan."
"Kebetulan? Kau kerja dalam rumah ni hanya kebetulan atau kau tahu aku, Rudy Tobias?"
"Saya tak tahu. Saya tak ingat pun nama 1st Jester tu. Lagi pun dalam iklan tu Tuan Rudy tak letak nama penuh."
Rudy cuba mengingati semula iklan pencarian pembantu rumah sebelum ini. Dia hanya memggunakan nama 'Rudy' pada nombor telefonnya. Dalam iklan itu juga tertera alamat rumah dan penyataan tentang kerja sambilan atau sepenuh masa.
"Jadi, kau tahu pasal 1st Jester? Kau kenal Yome Ye. Kau tahu rumah keluarga Tobias. Maksudnya kau pun sebahagian daripada keluarga Hao?"
"Y-ya."
"Apa yang kau nak daripada aku lepas kau tahu pasal aku?"
"Saya akan lindungi Tuan Rudy."
"Untuk apa? Tebusan?"
"Tak. Kebebasan. Keluarga Hao lebih pentingkan pelindungan dan kebebasan ahli. Kami bukan orang senang. Kami hidup saling membantu dan melindungi. Keluarga Hao sediakan kawasan untuk golongan yang memerlukan. Keluarga Tobias pula tindas golongan macam tu hanya demi kawasan dan kekayaan," jelasnya kepada Rudy.
Rudy tahu tentang ketamakan ketua keluarga Tobias. Dia tidak menafikannya.
"Tuan Rudy dah dua kali selamatkan saya. Tak mungkin saya nak khianati Tuan Rudy," katanya dengan tenang.
"Yome Ye dah bunuh kawan aku. Nathan satu-satunya kawan yang aku percaya. Kau tak faham perasaan hidup sendirian."
Rudy melepaskan Evan. Dia berjalan ke arah ruang tamu. Evan menghampiri Rudy lalu memeluk Rudy dari belakang. Rudy terkejut.
"Saya minta maaf. Kalau saya tahu semua ni akan berlaku. Saya dah halang Yome untuk teruskan niat dia. Tuan Rudy boleh hukum saya sebab saya ketua yang tak guna."
Rudy terkejut mendengar kata-kata Evan. Dia terdiam seribu bahasa. Evan pula sudah tidak mampu memegang rahsia besar ini lama-lama.
"Saya ada niat nak bunuh 1st Jester sebelum ni untuk naik sebagai penguasa Jester. Jatuhkan keluarga Tobias. Tapi saya tak tahu pula majikan yang saya harapkan untuk bekerja lama di sisi dia ialah 1st Jester. Mustahil saya nak bunuh majikan yang rela lindungi saya daripada dibunuh."
Air mata Evan mula menitis. Perasaan kecewa kepada diri sendiri dapat dirasai olehnya. Dia tidak mampu menahan sebak di dada.
Rudy menundukkan pandangannya. Lengan kanan Evan pegang dengan lembut. Hatinya yang marah tadi sudah kembali tenang.
"Kau pun dah selamatkan aku dua kali. Kalau bukan disebabkan kau. Aku dah mati. Aku tak tahu macam mana aku boleh hidup lagi. Aku tak nak orang lain mati disebabkan aku lagi. Jiwa aku rasa sakit."
Lengan itu digenggam erat. Rudy mula menangis. Dia teringat tentang ibunya dan rakan-rakan yang terkorban sebelum ini.
"Tuan Rudy tak sendirian sebab keluarga Hao dah jadi sebahagian daripada diri Tuan Rudy. Semua ni berkat novel Tuan Rudy."
"Eh?"
"Cara-cara nak miliki naga dari langit. Kita kena hapuskan yang tertinggi dengan kuasa tertinggi sebelum hapuskan penguasa untuk miliki naga. The Dragon Treasure."
Rudy terketawa tatkala tajuk novel pertamanya disebut. Novel itu berlatar belakangkan dua golongan, bangsawan dan orang biasa. Berlaku penindasan dan kejaman sehingga rakyat biasa bangkit untuk memberontak. Muncul beberapa orang wira untuk menjatuhkan kerajaan sedemikian supaya rakyat biasa boleh hidup dengan aman tanpa mengira status.
"Tak sangka kau baca novel aku."
"Saya peminat Author T. Mestilah saya tahu semua novel Tuan Rudy. Tak sabar nak baca novel baru. Bila agaknya siap publish?"
Rudy senyum. Dia merasakan dirinya dihargai setelah sekian lama dia tidak merasakan semua ini. Selama ini dia hanya senjata bernyawa untuk keluarga Tobias.
"Terima kasih sebab muncul dalam hidup aku."
Rudy melepaskan lengan Evan dan Evan pula melepaskan pelukannya. Evan rasa lega selepas menjelaskan semuanya tanpa ada rahsia di antara mereka. Tetapi masih ada rahsia dalam diri Rudy yang dia tidak tahu.
Rudy menghadap ke arah Evan. Evan mengelap air mata sendiri menggunakan lengan baju tangan kanan.
"Kau, ketua Hao yang tak guna. Kenapa kerja jadi pembantu rumah? Kerja lain ada, kan?"
Dia masih marah lagi?
"Sebab saya rasa saya lagi sesuai kerja dalam rumah."
"Kata je la kau nak menyorok dari orang lain."
"Eh?"
"Orang malam tadi bukan dari keluarga Tobias. Mereka datang sini mesti sebab kau. Lagi pun rumah ni masih atas nama kau."
Evan garu kepala sambil tersengih. Dia rasa dia tidak perlu bersembunyi lagi jika itu yang sebenarnya berlaku.
"Sebenarnya, ayah tiri saya tengah cari saya sebab saya sorok ibu saya. Ibu saya sebenarnya ada dalam wad mental lepas kahwin dengan dia. Saya bawa lari ibu saya."
"Kenapa boleh jadi macam tu?"
Wajah Evan berubah muram. Dia sebenarnya tidak mahu mengingati semua ini tetapi dia perlu menjawab soalan Rudy.
"Ayah tiri saya ketua keluarga Hilos. Dia pikat ibu dengan kekayaan. Lepas kahwin, dia dera ibu. Saya dah biasa buat kerja rumah sebab tinggal di sana. Saya dah tak tahan bila tengok ibu dah jadi gila macam tu. Jadi, saya bawa lari ibu dengan bantuan abang saya."
"Maksudnya, sebelum ni kau tipu aku la?"
"Saya minta maaf."
Rudy mengeluh. "Tak apa. Aku tak marah. Tapi macam mana kau boleh ada keluarga Hao pula?"
"Keluarga Hao bukan milik saya. Tapi abang saya. Saya tak tahu hal sebenar sebab abang saya selalu simpan rahsia sendiri. Dia kerja polis sebelum dia meninggal. Dia meninggal sebab dibunuh oleh orang bawahan Hilos. Dia cuba selamatkan Guinnes Pavilion. Mereka sepatutnya berkahwin dalam seminggu lagi."
"Culik Guinnes untuk dapatkan tanah milik Pavilion?"
"Ya."
"Macam mana keluarga Hao ada banyak kawasan? Setahun tu masa singkat."
"Saya tak tahu. Sebab saya hanya ada satu kawasan sebagai geng jalanan sebelum ni. Black Side."
"Eh? Tempat tu?" Terkejutnya.
Evan geleng kepala. Kedua-dua tangannya digoyangkan dengan wajah cemas.
"Jangan fikir bukan-bukan. Saya tak buat benda pelik. Kawasan tu banyak kawasan penduduk miskin. Mungkin sebab orang luar hanya kenal tempat tu macam tu. Nak buat macam mana?"
"Betul juga. Kalau tak masuk dan perhati kawasan. Tak akan tahu kebenaran yang terselindung."
Evan rasa lega.
"Dah ada girlfriend?"
"Tak. Saya sibuk jaga ibu saya sebelum ni. Tak sempat cari calon."
"Jadi, kau ni teruna lagi la?"
Evan terdiam.
Eh?
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Mystery / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...