BAB 31

32 2 0
                                    

Rudy memerhati Evan sedang lena di atas katil selepas makan ubat tadi. Rudy memegang tangan kanan Evan sambil menempatkan wajahnya di atas katil. Dia sedang duduk di atas sebuah kerusi yang berada di sebelah kanan katil.

Apa aku buat ni?

Matanya dipejamkan. Dia tersenyum sendiri. Dia sudah penat untuk memikirkan perasaan sendiri dan orang lain. Lebih baik dia tidur sahaja untuk hilangkan rasa penat itu.

Evan membuka mata perlahan-lahan apabila dia merasakan tangannya dipegang oleh seseorang. Perasaan itu tidak pernah dia lupakan kerana dia sentiasa merasai pegangan tangan yang selesa itu.

Dia melihat ke arah Rudy. Rudy sedang tidur sambil memegang tangannya. Evan rasa terharu. Tangan kiri menutup matanya kerana dia rasa mahu menangis. Disangkanya Rudy sudah membenci dirinya tetapi Rudy masih ada di sisinya.

Evan terlihat terlihat ke arah bagasi berhampiran sofa di belakang Rudy. Kata-kata bapanya pada petang tadi bukan satu gurauan tetapi satu kenyataan.

Kenapa dia kembali? Dia sepatutnya dah pergi?

Evan memegang erat tangan Rudy. Dia masih tidak memahami perasaan sendiri. Adakah itu hanya sayang biasa antara majikan dan pekerja atau sebaliknya? Dia juga tidak faham.

Evan mengiring ke arah Rudy. Rambut perang milik Rudy diusap menggunakan tangan kirinya. Dia senyum sendiri.

"Saya minta maaf kalau saya dah sakitkan hati Tuan Rudy tanpa saya ingat. Saya tak layak untuk jaga Tuan Rudy lagi. Semoga Tuan Rudy boleh jumpa orang lain yang lagi layak berbanding saya."

Rudy mendengar kata-kata Evan kerana dia tidak tidur lena. Tangan kiri Evan dipegang olehnya. Evan terkejut.

"Tak ada sesiapa boleh ganti kau. Tak ada sesiapa yang sama macam kau. Tak ada sesiapa yang aku layan baik macam kau. Sebab aku hanya nak kau ada di sisi aku. Hanya kau yang faham diri aku, Evan Douglas."

Tangan kiri Evan dirapatkan pada pipi kanannya sambil tersenyum. Evan rasa tersentuh hati tatkala mendengar kata-kata Rudy.

"Mahukah kau jadi butler aku lagi?"

"Ya, Tuan Rudy. "

***

Tiga bulan kemudian.

Evan membaca sebuah novel di hadapan rak buku yang berada di dalam kedai buku. Wajahnya berona merah dan terasa hangat ketika membaca novel tersebut. Novel itu bertajuk Only You I Want, karya Pav Dou yang baru diterbitkan pada bulan ini.

Rudy memasukkan beberapa buah novel fantasi ke dalam raga merah yang tergantung pada lengan kiri Evan. Dia melihat tajuk novel yang dibaca oleh Evan. Wajahnya bertukar segan.

Novel dirampas lalu dicampak ke atas timbunan novel tersebut. Tangan kanan Evan ditarik untuk keluar dari kawasan itu.

"Kau ni buta ke? Tak akan la tak nampak papan tanda dekat atas tu?"

Dia tunding jari telunjuk ke arah papan tanda BL 18+ dengan perasaan marah ketika mereka berhenti di situ. Evan pula tutup mulut dengan lagak terkejut.

"Saya tertipu la ni? Tadi ada pekerja cadang buku tu. Tengah hot sekarang ni."

Pipi kanan Evan dicubit. Wajahnya serius walaupun berona merah.

"Kau memang suka tipu aku, kan?"

Evan tersengih sambil cuba menarik tangan Rudy supaya melepaskan pipinya.

"Ala. Nak baca sikit pun tak boleh ke? Cerita Tuan Rudy tulis tu best la."

Tangan dan pipi Evan dilepaskan. Perut Evan ditumbuk. Evan mengaduh kesakitan.

"Saya nak beli buku tu boleh?"

Rudy memberi pandangan maut ke arah Evan.

"Kau nak mampus ke? Aku haramkan novel sampah tu ada dalam rumah aku. Lepas ni, aku tak akan tulis novel sampah macam tu lagi walaupun minah gedik tu suka. Kenapa la aku tulis cerita tu?"

Dia tepuk dahi kerana rasa kesal selepas menunjuk manuskrip novel itu kepada Sofia sebelum ini. Dia tidak sangka bahawa Sofia menerimanya. Malah menerbitnya. Nasib sahaja bukan atas nama Author T. Bertambah malu dia nanti.

Minah gedik? Cik Sofia ke?

Rudy berjalan ke arah destinasinya. Dia mengabaikan Evan. Evan mengejarnya.

"Saya minta maaf."

"Dah. Aku tak nak dengar."

Aduh. Merajuk lagi.

***

Rudy melihat sebentuk cincin emas pada jari tangan kirinya. Cincin itu dibeli oleh Evan ketika mereka ke kedai emas tadi. Evan juga memiliki cincin yang sama sepertinya.

Wajah Rudy terasa hangat lalu dia menutup wajahnya menggunakan kedua-dua tapak tangannya. Evan pula tiada di situ sebab sedang mengambil pesanan makanan mereka tadi. Mereka berada di kedai makanan segera.

Aku harap tak ada orang tahu pasal ni. Kalau Qistina tahu. Dia mesti kecewa habis. Tiba-tiba, keluarga Tobias isytihar perang sebab Evan pula.

Hanya Levin yang tahu hal ini. Dia meminta Levin untuk menyimpan rahsia.

"Tuan Rudy. Makanan dah sampai. Nak makan sendiri atau nak saya suap?" sakatnya.

Evan duduk bertentangan dengan Rudy. Rudy segera mengambil burger dari atas dulang dan makan. Evan hanya ketawa kecil melihat gelagat Rudy.

"Sarapan esok saya suap, okay?"

"Ceh. Aku sibuk."

"Okay. Kalau macam tu. Esok saya minta cuti. Nak lepak dengan Lee dekat pub. Boleh?"

"Lee? Tak ada orang lain ke? Dia tu dah la bising."

"Kalau macam tu dengan Yome je la," sengaja dia berkata sedemikian.

Dia mahu menguji Rudy. Rudy pula sedang tahan sabar. Dia cuba abaikan satu perasaan dalam dirinya pada ketika ini.

"Tuan Rudy tak cemburu?"

"Ha? Cemburu? Apa benda tu? Makanan ke?"

Akhirnya, Evan tertawa.

Evan melihat suasana sekeliling. Tiada sesiapa yang perasaan kedudukan mereka di sini kerana sedikit tertutup disebabkan oleh pokok hiasan di sebelah kiri Rudy.

Tangan kiri Rudy dipegang. Evan senyum kepadanya. Rudy pula tersentak kerana terkejut. Dia gelabah dan melihat suasana di dalam kedai ini. Tiada sesiapa yang melihat ke arah mereka.

"I love you, Rudy Pavilion."

Pantas dia mencapai burger di hadapannya lalu disumbat ke dalam mulut Evan. Evan terdiam.

"Makan," kata Rudy.

Wajah Rudy jelas kelihatan malu terhadap Evan yang memegang tangannya. Dia bimbang jika ada yang melihat mereka pada ketika ini. Lagi risau jika yang melihat itu ialah Qistina sebab dia tahu Qistina suka Evan.

Sudah berkali-kali Qistina minta Rudy aturkan perjumpaan dengan Evan lagi sejak mereka 'dating' sebelum ini. Tetapi asyik ditolak dengan alasan Evan sibuk untuk siapkan tugasan sebagai pelajar universiti.

[TAMAT]

MR AUTHOR AND HIS BUTLERWhere stories live. Discover now