BAB 22

20 2 0
                                    

Dua bulan kemudian.

Keamanan antara keluarga Hao dan keluarga Tobias tidak mampu bertahan lama. Sangkaan Rudy tepat, Voldera akan menghantar orang bawahan untuk menyerang keluarga Hao sebaik sahaja Falco kembali ke negaranya. Keluarga Tobias cuba merebut kembali kawasan yang diserahkan kepada keluarga Hao. Perjanjian itu dilanggar oleh keluarga Tobias.

Rudy dan Evan berdiri di hadapan rumah keluarga Tobias. Mereka datang ke sini untuk mengisytiharkan perang antara keluarga Hao dan keluarga Tobias. Mereka membawa senjata masing-masing untuk mempertahankan diri.

Rudy memakai topeng pada wajah. Topeng itu miliknya. Dia datang ke sini sebagai dirinya, Silent Killer. Bekas 1st Jester yang mengerunkan.

"Jom."

Dia berjalan mendahului Evan. Evan mempercepatkan langkahnya sehingga berjalan beriringan dengan Rudy. Evan memakai topeng yang sama seperti sebelum ini. Dia ke sini sebagai ketua keluarga Hao.

Dua orang pengawal rumah mewah itu berdiri di hadapan mereka ketika mereka tiba di hadapan pintu pagar. Mereka mengeluarkan senjata sebagai langkah berjaga-jaga.

"Aku nak jumpa Voldera Tobias," beritahu Rudy kepada mereka berdua

"Kau dah tak ada kaitan dengan keluarga ni. Tiada orang luar dibenarkan masuk dalam kawasan ni," kata lelaki berseragam hitam itu.

"Aku tak ada urusan dengan kau. Aku nak jumpa Voldera Tobias. Kalau kau halang laluan aku. Aku bunuh," Rudy mengancam mereka berdua.

PAK!

Belakang leher dua orang manusia itu telah diketuk oleh Evan. Entah bila masa Evan bergerak. Rudy juga tidak perasan.

Mereka terus memanjat pagar dan masuk ke kawasan halaman rumah. Sekuriti di dalam kawasan ini kelihatan longgar mungkin kerana mereka yakin mereka akan menang dengan kekuatan ahli keluarga mereka. Hal ini demikian kerana keluarga Hao tidak membuat sebarang tindakan selepas rampasan kembali kawasan sebelum ini.

Namun, Voldera tidak tahu bahawa Rudy menjadi sebahagian daripada mereka. Falco tidak memberitahunya tentang hal ini selain daripada perjanjian damai.

***

Komputer riba ditutup selepas tugasnya sebagai seorang pemilik syarikat perusahaan elektronik telah selesai untuk hari ini. Dia tidak pergi ke pejabat kerana dia mahu lebih fokus kepada tugasnya sebagai ketua keluarga Tobias. Maka, dia siapkan kerjanya di rumah sahaja.

Telefon pintar berbunyi. Telefon itu dicapai dari atas meja. Panggilan dijawab selepas melihat nama anak ketiganya, Levin.

"Hello?"

"Daddy tak apa-apa ke?" soalnya dengan cemas.

"Kenapa?"

"Dua orang ahli kita dah pengsan depan pagar ni. Levin baru je balik dari pejabat."

Voldera segera berdiri dari kerusi. Dia melihat ke arah luar tingkap. Beberapa orang ahli keluarganya telah tumbang di halaman rumah. Dia juga tidak mendengar bunyi tembakan dari luar rumah sebelum ini.

"Tak ada sesiapa beritahu Daddy ada musuh masuk," kata Voldera.

"Apa?"

Panggilan ditamatkan. Levin segera membuka pintu pagar rumah selepas menekan alat kawalan di dalam pondok keselamatan. Dia berlari masuk ke dalam kawasan rumahnya.

Beberapa ahli keluarga Tobias terbaring di atas tanah. Levin menghampiri mereka dan memeriksa nadi. Mereka masih hidup.

Siapa yang masuk sini? Tak ada pergelutan. Senjata pun masih disimpan. Ini bukan sebarangan musuh.

Levin melangkah ke arah pintu rumah. Dia masuk ke dalam rumah dan melihat suasana di dalam rumah itu. Sama seperti yang berlaku di luar rumah. Adik-beradiknya juga sedemikian. Tetapi mereka yang berada di dalam rumah ini memegang senjata masing-masing.

Daddy mesti ada dalam bilik kerja.

Dia segera berlari ke arah tingkat tiga. Dia harap bapanya masih selamat. Pistol dikeluarkan dan dipegang dengan kemas ketika berlari.

***

Pintu bilik kerja Voldera dibuka. Rudy berdiri di hadapan pintu tersebut. Voldera mengacukan pistol ke arah Rudy kerana terkejut ketika mendengar pintu bilik tersebut dibuka.

"Rudy? Apa kau buat di sini? Kau datang sini nak merayu kepada aku ke?"

Rudy ketawa. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah Voldera. Tangan kanannya bermain dengan tiga bilah pisau yang nipis.

"Aku tak akan jilat ludah sendiri. Aku tak akan merayu kepada orang yang pergunakan aku untuk kepuasan diri."

"Apa maksud kau?"

Rudy berhenti melangkah. Dia memberi pandangan tajam yang penuh kebencikan kepada Voldera.

"Kau yang selama ini buru aku dan ibu aku, kan?"

"Kau merepek apa ni? Aku yang selamatkan kau daripada semua tu."

"Jangan nak tipu la. Aku dah tahu semuanya. Kau bukan ayah aku. Ayah aku, Bennet Pavilion," tengkingnya.

Voldera berdecit. Dia tidak mampu bersembunyi lagi. Tiada guna dia menyimpan Rudy lagi jika Rudy tahu hal sebenar.

"Siapa beritahu kau?"

"Roh ibu aku. Ibu aku sentiasa jaga aku."

"Jangan nak bergurau la. Dia dah mati. Mustahil orang mati boleh jaga orang hidup lagi. Dia dah banyak menyusahkan aku. Dia dah hasut Bennet untuk tak berkerjasama dengan aku."

"Jadi, kau bunuh ayah aku dan cuba culik aku?"

Voldera tersengih. Wajah kejahatannya mula terserlah. Tiada lagi lakonan.

"Ya. Aku tahu dia ada anak. Aku dapatkan kau. Aku jaga kau dengan alasan untuk lindungi kau dan permintaan Bennet. Datuk kau setuju aku tukar nama kau. Ketua keluarga lain semua tahu pasal kau. Sebab tu mereka berpihak kepada aku. Tapi kau dah tarik diri daripada Jester. Kau dah hancurkan harapan aku."

Dia mula naik angin ketika mengungkapkan ayat terakhirnya. Dia sangat marah kepada Rudy. Namun, dia tidak tahu bahawa kemarahan Rudy lagi serius berbanding dirinya kerana berkaitan dengan nyawa.

Rudy cuba tenangkan diri.

"Aku rancang untuk isytiharkan perang antara Tobias dan Hao tapi aku rasa ni dah masuk urusan peribadi aku."

"Hao? Apa kaitan kau dengan Hao?"

Rudy tersengih disebalik topengnya lalu berkata dengan angkuh. Tiga bilah pisau berada di celah jari tangan kanan.

"Eh? Kau dah lupa apa aku cakap sebelum ni? Kalau keluarga Hao nak jatuhkan keluarga Tobias. Aku pun akan ikut serta. Sebab mereka hargai aku lebih daripada kau pergunakan aku."

***

Larian Levin terhenti apabila bertemu dengan seorang lelaki bertopeng. Lelaki itu baru sahaja selesai menumbangkan beberapa orang ahli keluarga Tobias.

"Apa kau dah buat dengan abang aku?"

Matanya melihat ke arah Rex pada tangan kanan Evan. Leher Rex dicekik sehingga seperuh nyawa. Rex dicampak ke tepi lalu jatuh ke atas lantai. Levin pula mengacu pistol ke hadapan.

"Dia hidup lagi."

"Semua ni kerja kau?"

"Ya."

"Kau ni siapa?"

"Xi Hao. Ketua keluarga Hao."

"Berapa ramai orang yang kau bawa dalam kawasan ni?"

"Hanya aku dan Tuan Rudy."

"Rudy? Macam mana kau kenal dia?"

"Dia, tuan aku."

"Mustahil Rudy nak kerjasama dengan musuh keluarga ni. Kejap. Kau ni orang yang bawa lari Rudy hari tu, kan?"

Levin teringat tentang kejadian beberapa bulan yang lalu ketika dia membawa pulang Rudy rumah ini. Tiada sesiapa tahu bagaimana manusia misteri itu mampu masuk ke dalam kawasan tersebut tanpa diperasani oleh sesiapa.

"Ya."

MR AUTHOR AND HIS BUTLERWhere stories live. Discover now