Rudy memeriksa kepala Evan ketika Evan sudah pengsan akibat kepalanya yang kesakitan. Rambut lebat milik Evan pada bahagian belakang kepala diselak dengan berhati-hati. Dia dapat melihat kesan jahitan pada belakang kepala Evan. Tetapi kesan jahitan itu sudah lama.
Rudy mengikut setiap kesan jahitan itu untuk melihat penghujungnya. Ternyata kesan jahitan itu sangat luas. Dia tidak tahu bagaimana manusia bernama Evan Douglas mampu hidup dengan kecederaan sedemikian.
Macam mana dia boleh dapat luka yang teruk ni? Kemalangan ke?
Wajah Evan dilihat seketika sebelum dia bangun dari katil.
Dia perlu rehat.
***
Evan mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya apabila dia terjaga daripada lena. Tangan kanannya cuba mencapai laci meja untuk mendapatkan ubat tahan sakit. Tubuhnya pula sudah menggeletar.
BANG!
Bunyi tembakan menyapa minda dan pendengarannya walaupun tiada apa-apa yang didengari oleh orang lain. Hanya ilusi yang menyakitkan kepalanya. Air matanya mula mengalir kerana kesakitan.
Laci dibuka. Dia meraba-raba tangan di dalam laci itu untuk mengambil ubatnya. Ubat dicapai lalu dia segera makan ubat. Botol air di atas meja di sebelah kiri katilnya diambil. Air diminum.
Kedua-dua telinganya ditutup sambil merapatkan kedua-dua lutut pada dadanya. Dia cuba tenangkan diri dan singkirkan bunyi tembakan daripada mindanya.
"Aku masih hidup. Aku masih hidup."
Terkumat-kamit mulutnya berbicara perlahan-lahan. Hanya dirinya yang dapat mendengar suara sendiri. Dia seperti berada dalam keadaan trauma.
Bunyi pintu bilik Rudy telah memeranjatkannya. Dia melihat ke arah pintu biliknya. Kelihatan bayang-bayang di hadapan pintu kerana Rudy lalu di hadapan pintu biliknya.
***
Rudy menuju ke arah dapur bersama-sama gelas kosong. Dia tidak dapat lena pada malam ini kerana dia sudah lama tidur sejak petang tadi. Malam ini dia mula menulis lakaran plot untuk novel baru.
Gelas diletakkan di atas meja makan. Peti sejuk dibuka. Sekotak susu diambil lalu susu dituang ke dalam gelas.
"Tuan Rudy."
Rudy melihat ke arah Evan. Sekotak susu diletakkan di atas meja.
"Evan. Dah okay ke?"
"Ya. Saya minta maaf sebab tak mampu siapkan makan malam hari ni."
Sekotak susu disimpan kembali ke dalam peti sejuk. Pintu peti sejuk ditutup. Dia berjalan menghampiri Evan bersama-sama gelasnya.
"Tak apa. Kau rehat la. Esok kau cuti. Tak payah buat apa-apa. Nanti aku masak sendiri."
"Tapi...,"
"Jangan degil. Aku tahu kau sakit. Aku tak akan paksa kau kerja untuk aku. Kalau kau ada masalah. Tak payah simpan sendiri. Beritahu aku. Aku boleh faham. Aku tak sama macam mereka yang tak hargai orang lain."
Rudy berjalan ke arah tangga untuk ke biliknya. Evan pula menuju ke arah bilik mandi untuk ke tandas. Tetapi langkahnya terhenti apabila dia terlihat sesuatu di atas meja makan.
Tudung saji dibuka. Terdapat semangkuk bubur nasi di atas meja itu. Sekeping kertas diambil lalu buka.
'Lepas makan ni. Rehat. Esok cuti. Kalau kau kerja juga. Aku ikat kau atas katil.'
Evan terketawa kecil tatkala membaca isi surat itu.
***
Rudy menghabiskan masanya di ruang tamu selepas selesai memerah idea di dalam bilik kerjanya. Dia tidak melihat Evan di ruangan dapur dan di sekitar rumahnya. Sudah pasti Evan sedang berehat di dalam bilik.
Rudy bangun dari sofa. Dia menuju ke arah ruangan dapur. Tudung saji di atas meja diangkat. Nasi goreng yang dia masak untuk makan tengah hari tidak dimakan oleh Evan. Ini bermaksud Evan masih belum makan lagi.
Tudung saji diletak kembali. Dia menuju ke arah bilik Evan. Pintu bilik diketuk lalu dibuka. Evan tiada di dalam bilik.
Dia keluar?
Rudy segera memeriksa beberapa bilik yang mungkin menjadi tempat lepak Evan di dalam rumah ini. Tetap kosong.
Dia keluar tak beritahu aku?
Rudy keluar dari rumah untuk memeriksa kenderaannya. Semua kenderaanya masih ada di garaj.
Dia sudah memeriksa sekeliling rumah sebelum ini. Sudah pasti kali ini jika diperiksa pun tetap sama. Tapi di mana Evan berada sekarang?
Rudy mengeluarkan telefon pintar dari dalam poket seluar. Nombor telefon Evan ditekan untuk menelefon pekerjanya itu.
Rudy berlari ke dalam rumah apabila terdengar bunyi telefon pintar milik Evan di dalam perpustakaan mini. Dia masuk ke dalam perpustakaan itu. Tiada sesiapa di dalamnya. Hanya buku-buku yang bersepah, telefon pintar dan komputer riba yang terpadam.
"Evan."
Dia memeriksa setiap ruangan di antara rak buku di dalam perpustakaan mini ini sehingga dia terjumpa Evan di satu sudut. Evan bersandar pada dinding dalam keadaan bersila. Pada tangan kanannya terdapat sebuah novel bertajuk I'm Still Alive yang ditulis oleh Author T.
Rudy menghampiri Evan. Dia rasa lega kerana Evan masih di dalam rumah ini. Tadi dia rasa sangat cemas seperti kehilangan harta yang berharga.
"Evan."
Rudy bercangkung di hadapan Evan. Bahu kanan Evan dicubit. Evan terkejut dan terjaga daripada lena. Dia melihat ke arah Rudy.
"Tuan Rudy?"
"Kalau nak tidur. Masuk bilik."
Evan memisat matanya. Novel tadi masih dipegang pada tangan kanannya.
"Saya tertidur."
"Dah. Bangun. Makan tengah hari. Lepas tu, sambung tidur."
"Tapi saya tak masak lagi."
"Aku dah masak nasi goreng. Sedap."
Rudy berdiri. Tangan kanan dihulurkan kepada Evan. Evan menyambutnya. Dia turut berdiri.
"Terima kasih. Tapi Tuan Rudy jangan la risau sangat. Saya dah sihat."
"Betul?"
"Ya. Sikit je ni. Migrain."
"Migrain?"
"Ya."
Dia masih nak tipu aku?
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Mysterie / ThrillerDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...