BAB 3

35 3 0
                                    

Dua minggu kemudian.

"Rudy! Bila kamu nak balik sini? Sampai bila kamu nak lari?" tengking seorang lelaki melalui panggilan telefon.

Rudy mendiamkan diri seketika. Matanya menatap komputer riba yang memaparkan manuskrip novel miliknya. Dia berdecit.

"Rudy tak akan balik sana kalau Daddy masih nak kongkong Rudy dengan laluan yang Daddy pilih. Rudy ada kehidupan sendiri. Rudy ada cita-cita sendiri. Daddy tak ada hak untuk tentukan kehidupan Rudy," balasnya.

"Sampai bila Rudy nak degil macam ni? Rudy nak tengok keluarga Tobias jatuh ke?"

Rudy tersengih. "Kekayaan dan kuasa Daddy tak ada kaitan dengan Rudy."

"Rudy, anak Daddy. Mesti la ada kaitan."

"Anak Daddy ramai. Kenapa Rudy yang kena?"

"Sebab Rudy tak sama macam mereka."

Rudy sengaja menamatkan panggilan tersebut. Butang kelantangan bunyi ditekan sehingga kosong. Dia tidak mahu diganggu oleh bapanya lagi. Panggilan daripada bapanya juga diabaikan. Telefon pintar diletakkan di atas meja.

Pintu bilik kerja diketuk sebelum Evan masuk ke ruangan itu bersama-sama dulang berisi makanan dan minuman. Rudy hanya memerhati Evan melaksanakan tugasnya sebagai pembantu rumah itu.

"Minum petang dah siap. Rehatlah dulu."

Rudy bangun dari kerusinya untuk ke sebuah meja rehat. Di atas meja itu sudah dihidangkan teh suam, muffin, sepotong kek keju dan puding karamel. Rudy memilih manisan sebagai pelengkap minum petang.

"Bilik bacaan dah siap kemas?"

Dia duduk di atas kerusi. Evan pula menuang teh ke dalam cawan dengan berhati-hati.

"Sudah. Tadi saya ada periksa stor. Kejap lagi saya rasa saya perlu kemas stor juga. Sebab terjumpa tikus."

Rudy mencapai tangkai cawan lalu dia minum teh suam. Mindanya terasa tenang kerana aroma teh Jasmin kegemarannya.

"Bagus juga. Aku pun dah lama tak tengok stor tu."

"Kalau dah tak ada apa-apa. Saya minta diri dulu."

"Tunggu."

"Ya?"

"Kalau ada orang datang. Kata, aku keluar dengan kawan. Tak peduli la siapa yang datang. Aku tak ada mood nak layan orang."

"Baiklah."

***

Loceng rumah berbunyi berkali-kali. Evan segera keluar dari stor selepas selesai membawa keluar semua barang dari situ. Barang-barang itu akan disimpan kembali selepas dia menyapu dan mop lantai.

Pintu rumah dibuka. Dia melihat ke arah seorang lelaki di hadapannya. Wajah lelaki itu kelihatan bengis dan garang. Lelaki itu juga memiliki rambut berwarna perang seperti Rudy.

"Rudy mana?"

"Tuan Rudy keluar dengan kawan."

"Tuan Rudy? Kau kerja dengan dia?"

"Ya. Saya pembantu rumah ni."

"Heh! Pembantu rumah, lelaki. Tak ada citarasa langsung."

"Saya sendiri yang pilih kerja ni."

"Lebih baik kau berhenti je. Dia tak akan lama tinggal dalam rumah ni. Kau patut cari kerja lain."

"Boleh saya tahu. Encik ni siapa?"

"Aku, abang dia. Rex Tobias."

Bahu kiri Evan ditolak. Rex masuk ke dalam rumah tersebut. Dia duduk di atas sebuah sofa yang berada di ruang tamu. Evan hanya melihat dari pintu rumah.

MR AUTHOR AND HIS BUTLERWhere stories live. Discover now