BAB 18

25 3 0
                                    

Tiga hari kemudian.

Rudy berselimut di atas katil apabila Evan masuk ke dalam biliknya. Dia melihat ke arah Evan dengan perasaan malu tatkala teringat beberapa memorinya ketika demam.

"Selamat pagi, Tuan Rudy."

"Selamat pagi."

"Tuan Rudy sejuk ke?"

Evan menghampiri Rudy. Evan kelihatan mengeluh tatkala melihat pajama Rudy di atas lantai.

"Berapa kali saya pesan. Jangan buka pakaian masa tidur? Tak malu orang lain tengok ke?"

"Malu la," jeritnya.

"Eh?"

"Kau tak buat apa-apa dekat aku, kan?"

"Buat apa?"

"Aku tak percayakan sesiapa. Jadi, aku pun tak percayakan kau. Aku tak tahu niat kau. Aku tak tahu rancangan kau."

Selimut dipegang erat menutupi tubuhnya. Evan pula geleng kepala dengan wajah cemas. Wajahnya berona merah kerana Rudy telah sedar sepenuhnya.

"Saya tak buat apa-apa. Tuan Rudy yang asyik buka pakaian sejak demam. Tuan Rudy kata, panas."

"Dah. Kau boleh keluar. Aku nak mandi."

"Baiklah, Tuan Rudy."

Evan keluar dari bilik itu. Pintu bilik ditutup. Evan tersenyum sendiri tatkala teringat wajah segan milik Rudy tadi. Rasa mahu ketawa tetapi ditahan olehnya.

Rudy pula menempatkan tapak tangan kanan di atas dahinya. Dahinya sudah tidak panas lagi. Dia tumbang di atas katil lalu mencapai batal golek. Wajahnya dibenamkan pada bantal golek. Terasa hangat kerana malu dirinya yang sedemikian dilihat oleh orang luar. Selama ini, jika dia demam hanya ibunya dan Levin yang melayani karenahnya.

Apa dia fikir lepas tengok aku macam tu? Kalau Levin aku tak peduli sangat sebab dia keluarga aku. Arghhhh! Aku tak patut lepak luar malam tu.

***

Rudy sedang kebosanan. Dia tinggal sendirian di rumah ini sejak Evan pergi kuliah. Dia juga tidak mampu fokus untuk membuat novel baru kerana teringat memori yang memalukan.

Cerita yang macam mana aku patut tulis lepas ni?

Dia berdiri di atas bumbung. Dia cuba mengosongkan mindanya daripada pelbagai masalah. Ketinggian sedemikian mampu melepaskan perasaan beban dalam dirinya. Sebab itu juga dia duduk di atas bumbung pada malam itu untuk mengosongkan mindanya daripada masalah yang dia hadapi selama ini. Dia perlu lebih fokus untuk mencari idea. Bukan untuk mencari masalah.

Evan segera menongkat motosikal milik Rudy di halaman rumah apabila dia melihat Rudy berdiri di atas bumbung. Dia bergegas ke arah Rudy.

"Tuan Rudy. Jangan bunuh diri. Semua masalah boleh selesai. Tolonglah hidup lebih lama lagi," kata Evan dengan kuat supaya Rudy mampu mendengar suaranya di halaman rumah ini.

"Bila masa pula aku nak bunuh diri? Aku tengah cari idea," laung Rudy pula.

"Bahaya la berdiri atas tu."

"Aku nak turun la ni."

Rudy berjalan perlahan-lahan menuju ke arah tingkap biliknya. Namun, dia tersilap langkah dan tergelongsor ke bawah. Evan pantas menerap ke arah Rudy untuk menyambutnya.

Rudy jatuh di atas Evan. Evan pula sudah terlentang di atas tanah.

"Tuan Rudy okay ke?"

Rudy segera berdiri.

"Sorry."

Evan duduk di atas tanah sambil memegang belakang kepalanya yang terhantuk tadi. Perit terasa pada badan dan kepalanya.

"Tak apa. Keselamatan Tuan Rudy penting."

Rudy rasa bersalah. Dia memegang tangan kiri Evan sehingga Evan berdiri. Evan terpaksa berdiri. Tangan itu diletak di atas bahunya. Mereka berjalan beriringan.

"Keselamatan kau pun penting. Keluarga Hao tak mampu berdiri tanpa kau. Aku boleh jaga diri sendiri."

Evan tersenyum. Mereka masuk ke dalam rumah.

***

Evan meletakkan telefon pintar di atas katil selepas menjawab panggilan daripada ahli keluarga Hao berkaitan perkembangan masa kini. Yome Ye juga telah menelefonnya sebelum ini untuk memberi tahu bahawa Falco Tobias mahu bertemu dengannya. Falco mahu membuat perjanjian damai dengan ketua keluarga Hao. Evan terpaksa turun padang.

Pintu bilik Evan diketuk. Evan terkejut. Dia melihat ke arah jam dinding. Masih belum masuk waktu makan malam. Biasanya dia akan memasak sejam sebelum waktu makan malam.

Evan membuka pintu biliknya. Rudy berada di hadapan biliknya. Pajama bercorak kuda belang dilihat dengan penuh tanda tanya.

"Ya. Ada apa, Tuan Rudy?"

"Kau tahu baiki laptop?"

"Laptop?"

"Laptop aku tiba-tiba terpadam. Aku dah cas. Tak jadi apa. Kalau buka pun skrin jadi hitam."

"Kalau macam tu. Kena bawa pergi kedai untuk baiki laptop. Saya tak tahu sangat pasal tu."

Rudy kelihatan kecewa.

Manuskrip aku berlambak dalam tu. Maklumat lain pun berlambak dalam tu. Macam mana ni? Malang betul nasib aku.

"Esok saya bawa laptop Tuan Rudy pergi kedai."

"Aku tak boleh kalau tak menulis sehari."

"Saya pinjamkan laptop saya."

"Tak apa ke?"

"Tak apa."

"Thanks."

"Tapi jangan buka benda lain selain tempat menulis tu."

Amaran! Beraninya dia bagi amaran dekat majikan. Tapi tu hak dia.

"Okay," kata Rudy.

"Malam ni saya nak keluar. Falco nak jumpa untuk buat perjanjian damai."

"Aku nak ikut."

"Tapi...,"

Rudy merenung mata Evan dengan harapan yang tinggi.

"Aku nak ikut. Kau tak boleh percayakan keluarga Tobias bulat-bulat. Mereka mesti ada rancangan lain."

"Kalau kalau Tuan Rudy di sana mesti jadi bahaya."

Pipi kiri Evan dicubit sekuat hatinya. Dia marah.

"Keselamatan kau pun penting. Aku ada hak ikut kau sebab aku sebahagian daripada keluarga Hao, kan?"

Evan terdiam seketika sambil gosok pipi kiri yang kemerahan itu.

Dia ni nak buat apa ikut aku?

"Baiklah, Tuan Rudy."

MR AUTHOR AND HIS BUTLERWhere stories live. Discover now