Sebulan kemudian.
Evan menghidang teh suam dan muffin di atas meja ruang tamu ketika Rudy sedang berbual dengan seorang wanita. Wanita itu merupakan editor yang bertanggungjawab untuk mengurus manuskrip milik Rudy. Dia datang ke sini untuk melihat perkembangan manuskrip masa kini. Tambahan pula, masa penghantaran sudah semakin hampir.
"Bagus cerita ni. Bab satu pun dah boleh nampak keseraman walaupun bukan cerita hantu. Tak hairan la kalau watak utama ni ramai peminat. Encik Author pun makin terkenal."
Komputer riba masih ditatap oleh wanita itu ketika berbicara dengan Rudy. Dia sedang membaca manuskrip tersebut sebelum dimasukkan ke dalam pemacu kilat USB.
"Hanya ni yang saya mampu siapkan untuk masa ni. Kalau ada apa-apa idea atau masalah. Boleh beritahu saya cepat-cepat," kata Rudy dengan ramah.
"Baiklah," kata wanita itu dengan bersemangat.
"Jemputlah jamu," Rudy mempelajawanya.
Wanita bernama Sofia Jeannet itu segera mengalihkan pandangannya ke arah muffin pelbahai perisa di atas rak manisan tiga tingkat.
"Wah. Sedapnya."
Teh Jasmin diminum oleh Rudy. Evan pula menundur diri dari ruang tamu itu.
"Evan yang buat sendiri. Mesti sedap. Kalau Cik Sofia nak bawa balik pun boleh."
"Betul ni?"
Dia kelihatan teruja tatkala memegang seketul muffin coklat yang lembut itu. Perasaan bahagia itu terpancar pada wajah Sofia. Rudy senyum manis kepada wanita yang dikenalinya selama tiga tahun ini.
"Ya."
***
Rudy melihat kereta milik Sofia berlalu pergi dari kediaman barunya. Sudah seminggu dia berpindah di rumah ini selepas keluar dari hospital. Keadaannya juga semakin pulih.
Dia tidak menyangka bahawa Evan membeli rumah baru untuknya walaupun tidak semewah rumahnya. Banglo ini hanya memiliki dua tingkat. Tingkat satu terdapat tiga buah bilik dan tingkat dua terdapat empat buah bilik. Masih cukup besar untuk dua orang tinggal di dalam rumah ini.
Bukan itu sahaja, di belakang rumah ini juga terdapat kolam renang, kolam ikan dan taman mini. Gazebo untuk bersantai juga ada. Sangat sesuai untuk Rudy mencari idea dan rehatkan mindanya.
Rudy juga sudah berurusan dengan pihak rumah lama miliknya untuk menjual rumah tersebut. Hasil daripada duit rumahnya akan diberikan kepada Evan sebagai pembayaran semula. Dia tidak bertanya tentang wang yang dimiliki oleh Evan untuk membeli banglo itu kerana dia tidak berminat mengetahui hal peribadi.
"Tuan Rudy."
Rudy melihat ke arah Evan yang menghampiri dirinya. Langsir tingkap ditutup.
"Kenapa?"
"Ada apa-apa request untuk menu dinner?"
"Dinner? Ayam bakar macam kau buat minggu lepas. Tapi tak payah hantar dalam bilik kerja. Kerja aku dah siap."
"Baiklah. Saya pergi masak sekarang. Tuan Rudy rehatlah dulu. Luka tu masih belum sembuh betul-betul."
Rudy mengatur langkah menuju ke arah tangga untuk ke biliknya. Suasana di dalam rumah ini lebih selesa berbanding di rumah keluarga Tobias. Dia tidak perlu ikut arahan sesiapa untuk bekerja. Masa yang dia ada hanya untuk dirinya dan cita-citanya.
Aku tak perlukan sesiapa selain dia. Dia lebih memahami aku berbanding keluarga sendiri. Ni kawasan Hao. Mustahil Daddy akan hantar orang-orang ke sini untuk cari aku.
***
Evan pula membawa dulang ke kawasan dapur untuk dibersihkan. Dulang diletakkan di atas singki.
1st Jester yang orang bayangkan tak sama yang aku nampak. Aku tak harap dia kembali ke kehidupan lama dia. Dia lebih sesuai jadi penulis berbanding pembunuh. Siri novel 'The Brutal Life' yang aku baca selama ni, pasal kehidupan dia.
"Evan~"
"Ya."
Evan segera ke arah ruang tamu apabila namanya dipanggil. Dia melihat ke arah koridor di hadapan bilik Rudy.
"Kau ada nampak telefon aku tak?"
"Tak ada."
"Aku lupa aku letak mana tadi."
"Dalam bilik kerja tak ada?"
"Tak ada."
"Tuan Rudy rehat la dulu. Saya cari telefon tu."
"Okay. Sorry la susahkan kau."
"Tak ada masalah."
Dia senyum manis kepada Rudy. Rudy masuk semula ke dalam biliknya. Evan segera ke arah bilik di sebelah kiri bilik Rudy. Dia masuk ke dalam bilik tersebut. Bilik itu sudah menjadi bilik tidurnya.
Telefon pintar berwarna hitam dia atas meja dilihat olehnya seketika. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya ke arah komputer riba yang memaparkan perkataan 'complete'. Dia Sebenarnya baru sahaja menyalin semua maklumat dari telefon pintar milik Rudy.
Telefon itu dia ambil ketika Rudy tertinggal di atas meja makan. Hanya itu kesempatannya untuk melihat isi di dalam telefon pintar milik majikannya. Dia memerlukan maklumat untuk berurusan dengan keluarga Tobias.
Dah siap.
Penyambung USB dicabut dari telefon pintar itu. Dia membawa telefon pintar tersebut keluar dari biliknya.
Pintu bilik Rudy diketuk lalu dibuka. Rudy melihat ke arah Evan ketika dia sedang membuka baju. Parut pembedahan kelihatan jelas pada dada kirinya.
"Telefon dah jumpa. Ada di dapur."
"Thanks."
Baju t-shirt dicampak ke dalam raga pakaian. Evan melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Telefon pintar diletak di atas meja.
"Pakaian dalam raga dah penuh. Saya basuhkan."
Rudy membelek-belek pakaian di dalam almarinya. Sehelai pajama bercorak arnab diambil lalu dipakai pada tubuhnya. Dia memang gemar memakai pajama bercorak haiwan yang kelihatan comel.
"Kejap lagi saya naik semula ambil raga lain."
Evan keluar dari bilik Rudy. Pintu bilik ditutup. Dia bersandar pada pintu tersebut.
Kenapa aku rasa kesal bila tengok luka tu? Tak guna. Kenapa mesti dia depan aku? Kenapa perlu Rudy Tobias? Kenapa bukan orang lain yang jadi majikan aku? Kalau dia bukan majikan aku. Aku tak kenal dia dan aku masih anggap dia musuh terbesar dalam keluarga Tobias.
Pintu bilik tiba-tiba sahaja dibuka. Evan yang bersandar pada pintu tadi terundur berapa tapak ke belakang sehingga terlanggar Rudy. Dia terjatuh di atas Rudy.
"Warghhh!" Rudy menjerit.
Evan segera menjauhi Rudy. Kedua-dua tangannya diangkat sehingga paras bahu. Matanya melihat ke arah Rudy di atas lantai.
"Sakit la, sial."
Terkeluar sikap kurang ajar Rudy di hadapan Evan. Pandangan amarah diberikan khas kepada manusia di hadapannya.
"Saya minta maaf."
"Tsk!"
Rudy bangun dari baringan. Dada kiri dipegang kerana terasa sakit akibat kejadian tadi. Evan menundukkan pandangannya kerana rasa bersalah.
"Saya minta maaf."
"Kau buat apa depan bilik aku?"
"Tak ada apa."
Rudy berdiri. Dia keluar dari biliknya lalu menuju ke arah bilik kerja di sebelah kanan biliknya. Evan diabaikan.
Dia dah marah.
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
غموض / إثارةDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...