Evan dan Rudy berjalan beriringan ketika berada di bandar Pavilion di kawasan milik keluarga Hao. Kawasan mewah ini dijaga oleh Guinness Pavilion daripada keturunan bangsawan yang terkenal di negara ini. Nama Pavilion tidak asing lagi di kawasan ini kerana tanah di sini memang sepenuhnya milik keluarga Pavilion sebab mereka pengasas bandar tersebut.
"Cantiknya kawasan ni. Tapi macam mana keluarga Hao boleh dapat tanah Pavilion?"
"Mungkin mereka ada perjanjian atau lebih kurang macam tu. Lagi pun, sejak dulu keluarga Pavilion ada musuh untuk rebut tanah ni. Mustahil la nak jual sebab ni tanah nenek moyang mereka," kata Evan yang sebenarnya dia sendiri terlibat dalam hal ini.
"Sekarang ni cucu sulung daripada keluarga sulung yang jaga kawasan ni. Macam mana kalau orang yang kahwin dengan dia hanya nak kuasai kawasan ni? Dia perempuan."
"Kenapa Tuan Rudy fikir macam tu?"
Rudy melihat ke arah Evan. Dia senyum manis lalu memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket jaket.
"Setiap perbuatan ada sebab. Orang yang fikirkan kesenagan tak akan buat kerja sia-sia tanpa sebab yang menguntungkan."
Wajah Evan kelihatan muram. Dia teringat tentang abang kandung yang terkorban hanya kerana cinta kepada Guinnes. Abangnya sanggup mencari dan melindungi kekasihnya yang diculik tanpa memikirkan balasan harta.
"Evan."
Evan tersedar dari lamunan. Dia melihat ke arah Rudy. Rudy pula memandang hairan kepada pekerjanya itu.
"Kenapa nampak sedih je?"
"Eh? Tak ada apa la. Tuan Rudy nak singgah mana-mana kedai? Di sini ada kedai manisan."
"Di mana?"
Rudy tercari-cari kedai yang dimaksudkan itu. Evan ketawa kecil melihat semangat Rudy pada ketika ini. Mereka meneruskan perjalanan sehingga tiba di sebuah kedai bakeri.
Loceng pada pintu berbunyi ketika mereka masuk ke dalam kedai tersebut. Bau haruman kek, roti, muffin dan sebagainya mula menguasai minda Rudy. Dia sangat suka bau di dalam kedai itu. Perutnya juga terasa lapar sebab sudah tiba untuk makan petang.
"Selamat datang," sambut seorang pekerja di situ.
Rudy terus ke arah rak kek untuk memilih makanan di situ. Evan menuju ke arah Rudy.
"Makanan di sini sedap. Kalau beli dalam set lagi murah."
"Set?"
"Jom kita cari tempat duduk dulu."
Evan mengatur langkah ke arah sebuah meja makan. Rudy mengekori Evan sambil melihat suasana di dalam kedai ini.
"Yo, Evan."
Evan dan Rudy melihat ke arah seseorang yang menyapa Evan ketika mereka mahu duduk. Dua orang lelaki menghampiri Evan.
Joe Ye? Yome Ye? Apa mereka buat di sini?
"Tak sangka boleh terjumpa di sini. Tak sangka pula kau suka makan makanan manis," kata Joe Ye yang merupakan kawan kepada abang Evan pada suatu masa dahulu.
Joe Ye bukan ahli keluarga Hao. Dia bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej komuniti di dalam bandar mewah ini. Dia tinggal di sini. Adiknya pula tinggal di Black Side sebagai ahli keluarga Hao.
"Siapa tu?" Rudy berbisik.
"Kenalkan, ini kawan abang saya. Joe Ye. Dan tu adik dia, Yome Ye."
Yome Ye? Orang yang dah bunuh Nathan. Macam mana Evan boleh kenal dengan manusia macam Yome Ye? Dia ahli keluarga Hao. Kejap. Tak akan la Evan pun dari sana?
"Ni majikan aku, Ru...,"
"Ruen Trevis," kata Rudy.
"Eh? Muda macam ni majikan kau?" soal Joe kepada Evan.
"Umur kami sama," kata Evan.
"Patut la. Tapi kau lagi nampak tua dari dia. Mungkin sebab kau tinggi sikit kot," kata Joe tanpa pedulikan perasaan orang lain.
Yome hanya geleng kepala sebab dia tahu sikap abangnya itu. Suka membandingkan orang lain. Tangan kanan si abang dipegang lalu diheret untuk keluar dari situ.
"Hoi. Nak pergi mana ni?"
"Saya minta maaf. Abang saya ni tak waras sikit," kata Yome sebelum keluar dari situ.
"Maaflah. Dia memang macam tu," kata Evan.
Rudy duduk di atas sebuah kerusi. Dia mendiamkan diri. Evan pula mengambil tempat bertentangan dengan Rudy.
Dia marah ke?
Sekeping kad menu di atas meja diambil lalu dibuka. Terdapat beberapa set makanan dalam kad menu tersebut. Rudy mengangkat tangannya untuk membuat pesanan makanan.
***
"Yome Ye. Macam mana kau boleh kenal dengan orang macam mereka?"
Setelah sekian lama Rudy mendiamkan diri. Dia bertanya kepada Evan tentang Yome Ye ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Evan yang memandu keretanya pada masa ini. Dia pula duduk di tempat duduk penumpang hadapan.
Tak akan la aku nak cakap dia orang kanan aku? Alasan apa aku nak bagi ni?
"Kenapa tak jawab?"
"Kami dah lama berkawan. Kenapa Tuan Rudy tanya? Tuan Rudy dah mula nak tahu tentang saya?"
"Aku rasa aku patut tahu. Banyak soalan dalam kepala aku pasal kau."
"Eh?"
"Masa tu. Macam mana kau tahu aku ada di rumah tu? Mana kau tahu pasal rumah keluarga Tobias? Orang biasa tak akan tahu. Dan kenapa kau pakai topeng?"
Alamak. Apa aku nak cakap ni? Jujur? Tipu lagi?
Dia cuba berlagak tenang walaupun dia sebenarnya sudah mengelabah untuk mencari idea.
"Kau tengah fikir apa? Susah sangat ke soalan aku?"
Rudy memberikan pandangan dingin ke arah Evan. Evan tidak melihat ke arah majikannya kerana dia sedang memandu.
Arghhhh! Aku nak cakap apa ni? Otak aku dah pecah. Aduh.
Rudy berdecit. Dia melihat ke arah luar tingkap. Evan curi pandang ke arah Rudy.
Aku kena buang kerja ke nanti?
YOU ARE READING
MR AUTHOR AND HIS BUTLER
Misterio / SuspensoDia seorang penulis yang sangat terkenal dalam dunia thriller dengan nama Author T. Namun, tiada sesiapa sangka bahawa nama itu bukan nama sebenarnya. Kehidupan sebenar dia juga berbeza daripada sangkaan orang lain. Kemunculan seorang jejaka bernama...