PSYCHOPATH LOVER 2
- 1 -" ugh " kepalaku yang sedikit sakit aku sentuh sebaik sahaja kelopak mata aku buka . Aku memandang persekitaran yang tersihat sedikit familiar dimataku .
Hospital .
Kenapa aku berada dihospital lagi ? Bukankah aku telah hidup bahagia tanpa sebarang masalah pun bersama Sunoo ?
Ataupun tidak ?
" Apa yang terjadi ni ?"
Aku cuba memproses apa yang berlaku tetapi apa yang aku ingat adalah Sunoo melamarku dan hidup bahagia bersama-sama . Fikiranku diganggu apabila seseorang mula masuk kedalam wad tempat aku berada .
Jungwon terkejut melihat kakaknya yang sudahpun bangun dari tidur yang lama . Kakinya maju dengan pantas dan melabuhkan punggungnya duduk dihadapanku .
"Eonni ! Rasa okay ??" Tanya Jungwon sedikit risau membuatku berkerut .
" Jungwon , kenapa eonni berada kat hospital lagi ?"
" Lagi ? Eonni , eonni koma 2 tahun and baru hari ini eonni bangun " Ujar Jungwon membuatkan ku terkebil-kebil .
2 tahun ? Bukankah seharusnya aku koma selama 20 tahun.....?
Jadi , kegembiraan yang aku alami itu hanyalah sebuah mimpi ?
Kalau begitu , apa yang terjadi terhadap sunoo ?
" Jungwon "
" Mhm ?"
" Apa yang terjadi dengan....Sunoo ketika eonni koma ?" Tanyaku kepada Jungwon . Jungwon terdiam seketika sebelum menjawab pertanyaanku .
"Sunoo hyung...Dia tinggal kat rumah ibunya , terima rawatan khas untuk sembuhkannya dari penyakit ."Kata Jungwon sedikit perlahan membuatkan aku mengeluh . Sunoo mesti telah lalui banyak ujian ketika aku tiada . Tetapi dia gembira kerana Sunoo berada dalam kawalan ibunya memandangkan Sunoo amat benci dan trauma untuk masuk kehospital mental dan menerima rawatan disana .
" How a-about jay-?" Tanyaku lagi . Jungwon mula menjelaskan apa yang terjadi pada malam kejadian itu .
Jay meninggal dan mendermakan jantungnya kepadaku untuk menyelamatkan sedangkan pada malam itu aku yang seharusnya mati , bukannya dia . Aku merasa bersalah terhadapnya dan pada masa yang sama aku pelik mengapa Jay mendermakan jantungnya kepadaku . Dia jelas menyakitiku dan memaksaku dalam bentuk fizikal .
Jungwon berdiri membuatku memandangnya .
" Uwon panggil doktor tau " Kata Jungwon dan aku membalasnya dengan anggukan . Kaki Jungwon pun mula melangkah keluar meninggalkan bilik tersebut . Pintu ditutup rapat .
Nafas berat aku keluarkan dari mulut dan fikiranku penuh dengan tanda tanya .
Mengapa aku mimpi sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali—? 20 tahun dan ketika itu umurku 40 what- tapi aku harus fikirkan hal yang bakal terjadi di reality ini .
Aku nak lihat keadaan sunoo... Dia dah pulih atau belum ? Aku tahu aku tidak patut mengetahui dan mengambil tahu tentangnya atas apa yang dia telah buat selama ini padaku tetapi perasaanku terhadapnya penyebab aku menjadi sedemikian rupa .
Adakah sunoo merinduiku sebagaimana aku merinduinya sekarang ini ?
꒰ — ꒱
"Sakit...."
" Sakit...! " Tubuhnya meronta-ronta ingin dilepaskan daripada ikatan yang kuat dilengan, kaki, dan badan. Doktor yang ditugaskan untuk merawatnya hanya mengabaikannya dan menyuntik tubuhnya dengan ubat.
" Kim Sunoo-shi, tolong jangan banyak bergerak atau ia akan menjadi lebih sakit lagi." ujar doktor tersebut dengan nada lembut.
Benar, kini Sunoo ditahan dihospital sakit jiwa dan merupakan pesakit yang dalam kawalan ketat disebabkan jenis penyakitnya dan kekejaman yang pernah dia lakukan sebelum ini. Apa yang Jungwon katakan kepada Wonhee tentang Sunoo terima rawatan dirumah ibunya adalah tidak benar,
Kerana semua ini adalah untuk keselamatan kakaknya.
Sunoo melihatnya dengan mata yang tertutup sedikit.
" Kau fikir kau dapat sembuhkan aku dengan benda bodoh ni ? Kau salah ! Lepaskan aku, aku nak Wonhee ku..." Sunoo semakin lama semakin kuat jeritannya seperti telahpun hilang kawalan membuatkan doktor tersebut menekan butang amaran.
Tidak sampai beberapa saat, jururawat mula masuk dan menahan tubuh Sunoo daripada terus bergerak dengan aggresif.
" LEPASKAN AKU SIAL ! AKU....AKU HAHAHAHAHA KAU FIKIR KAU DAPAT HALANG AKU HA ?!"
Doktor itu menahan lengan Sunoo.
" Sunoo-ya, relaks...aku akan pasti kau sembuh..." kata doktor tersebut buat kali yang terakhir sebelum jarum suntikan itu ditusukkan kelengannya.
" Lepas-kan....." mata sunoo kini semakin sayu sebelum ia tutup sepenuhnya dan bilik itu kini menjadi senyap. Doktor tersebut mengeluh lega dan megusap rambutnya dengan perasaan yang sedikit tidak selesa.
" Kerja yang baik semua " kata doktor tersebut dengan senyuman yang manis diwajahnya. Semua jururawat yang berada disitu tersipu malu dan tunduk hormat kepadanya sebelum beralih keluar daripada bilik tersebut. Doktor itu mengalihkan pandangannya kembali kepada Sunoo, membaca riak wajah pesakit itu dengan pandangan yang sayu.
" Apa yang jadi dengan dunia ini....disebalik wajah yang innocent ini rupanya merupakan manusia yang kejam..." kata doktor tersebut dalam fikirannya.
Doktor itu pun memulakan langkahnya untuk keluar daripada bilik tersebut dengan tangan kirinya dipoket labcoat yang di gunakan.
꒰ — ꒱
" Cik Wonhee,awak ada rasa tidak selesa dimana-mana ?" tanya doktor yang kini memeriksa keadaanku yang baru bangun dari kom selama 2 tahun.
Aku hanya menggelengkan kepalaku.Doktor itu mengangguk faham dan menulis sesuatu dikertas.
"Baiklah kalau macam tu, maybe esok cik wonhee dah boleh keluar wad dah" ujar doktor tersebut dengan nada yang sopan.
" Okay,doktor" kataku perlahan. Doktor itu pun melangkah keluar setelah memeriksaku. Sebaik sahaja doktor tersebut keluar, aku mula mengeluh perlahan dan mengalihkan pandanganku kearah tingkap yang berada tidak terlalu jauh dari katil tempat aku berada.
Fikiranku mula kosong, memikirkan apa yang jadi selama aku tidur. Adakah dunia telah berubah ? Adakah orang yang aku kenali telah memulakan hidup baharu seperti yang aku mimpikan ? dan yang paling penting....
Adakah Kim Sunoo telahpun sembuh ? Dan lebih baik daripada sebelum ini ?
" Hah....aku tak tahu..."
TBC
YOU ARE READING
『 𝐒2ⸯⸯ𝐎𝐆 』𝐏sychopath 𝐋over ♡⃕ 𝙠im sunoo ⸯⸯ ᵉⁿʰʸᵖᵉⁿ
Mystery / ThrillerKim Sunoo,seorang lelaki psycho yang amat kejam.Dia akan menjadikan sesiapa yang menarik minatnya at first sight akan dijadikan isteri. Yang Wonhee,wanita ceria dan cantik yang baru berpindah ke Seoul dan melanjutkan pelajaran dikejutkan dengan wata...